Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Sepetang di Setia City Mall

$
0
0

Abang kepada suami nak jumpa suami waktu petang tapi saya dan Dania tak nak ikut la kot la ada benda penting nak dibincangkan. Jadi, suami decide nak drop kan saya dan Dania kat Setia City Mall. Apa Setia City Mall?. Terus bersemangat la nak ikut. 😆 Dania kejap-kejap tanya bila nak keluar?. Jam 5 petang kami menuju ke Setia City Mall. 

Dalam perjalanan nampak la asap macam ni. Suspens jugak la. Datang dari manakah agaknya? I bet hari tu masa pesawat terhempas kat Elmina pun mesti asap tebal juga kan?. Jalan ni jalan atas berdekatan dengan MSU, Shah Alam.  


Suami drop ajer saya dan Dania, kami ke surau dulu. Dah selesai solat baru kami berjalan-jalan. Kedai ni masuk dulu sebab nak beli inner seluar untuk Dania. Nasib baik jumpa. Max ni jenama dari Dubai. 


Kemudian, ini kedai kedua yang kami masuk. Pernah saya ada terbaca mengenai suami isteri yang membuka perniagaan ni. Nama Somerset ni sempena Universiti yang mereka belajar di Somerset,  England.


Baju ni caught my eyes. Memang saya imagine Dania yang pakai baju kebaya ni. Manis sangat design dia. Nampaknya Dania setuju dengan ummi. Ok yang ni saya beli. 


Rambang mata juga tengok pilihan baju kurung kedah, baju kebarung dan baju kebaya kat sini. Manis-manis design dia. Kain yang digunakan pula sedap dipakai sebab menggunakan kain cotton.


Lagi pilihan....


Saya ambik video dalam kedai ni. 


Kemudian nak minum petang pula dengan Dania. Lalu la sebelah robot ni. Saya rasa Megatron dalam movie Transformer tu. Tengok muka dia seram oiii....


Lepas tu kami ke Dotty's sebab nak minum petang. 



Beli ni share berdua dengan Dania. Salted Egg Cronut.


Minum pula 2 teh ais. 


Dekorasi dalam Dotty's ni nampak elegan. 


Belah sini ada cermin dan dinding wainscoting. Nampak sangat elegan. 


Kalau kat tepi berdua boleh juga duduk kat sini tapi saya dan Dania pilih nak duduk dekat tengah. 


Lepas makan, Dotty's hujung sini, nak ke MPH hujung sana pulak. Jenuh juga nak berjalan. Pelan-pelan akhirnya tiba jugak. Kalau ada kedai buku memang Dania suka singgah. 


Kat tangan dah ada novel dah, lepas tu tengok-tengok novel yang lain pulak. Novel ni kesinambungan dari 2 novel yang sedia ada. Novel 1 dah habis baca, Novel 2 tengah baca dan yang ni ketiga. Semuanya tebal macam yang Dania pegang tu. 


Haaa ni lagi satu kedai Dania suka masuk tapi kat sini tak beli apa-apa. Cuci mata je. 


Apa yang dipegangnya tu?. 


Masa jalan-jalan nampak Barbie x Fossil. Saya cuma cuci mata nak tengok apa item yang kolaborasi?. 


Beg sling warna raspberry ni berharga RM900++.


Kat PerrySmith ada kolaborasi dengan Barbie juga. Slice Bread Toaster ni berharga RM249. Manis je warna pink ni.  


Lepas tu berpisah dulu dengan Dania sebab Dania nak pergi tengok Lego dan saya nak masuk dalam Kaison ni. Cantik-cantik pulak bunga kat Kaison ni. Ada yang saya dah siap ambik lepas tu tak jadi pulak nak beli 😅. Kat sini saya beli paper bag. 


Jalan-jalan, waktu maghrib singgah surau kat Setia City Mall lagi. Suami kata nak ambik lepas Maghrib. Suka surau kat sini luas. Haa kauuu penangan shopping. Letak kat depan sejadah. Beg dah beranak. 😅


Bila turun bawah, nampak Megatron ni dah mati 😅. Tadi elok je berdiri kan?. 😆


Comel pulak tengok pressure cooker ni. Nak yang mana...Hello Kitty ke, Mickey Mouse ke? 


Tau tak...saya ada toaster ni. Comel sangat jadi tu yang beli. Dah lama dah beli bukan beli kat sini. 


Ada juga Disney Princess. 


Toaster Spider Man


Toaster Iron Man. 


Harga Toaster kalau nak beli ya...


Ada juga air fryer Hello Kitty dan waffle maker Hello Kitty ni. Comel betul. 

 
Dok la teringat Russell Crowe sebab baru tengok movie dia Gladiator kat Astro. 
Ni Russell Taylors ya. 


Kedai ni lalu je tapi nama kedai dia catchy. 


Settle semua, keluar la kami dari Setia City Mall ni menuju ke restoran mana?. 
Selepas ni..... 😃





XOXO,
Ezna

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853