Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Anak Wardina Safiyyah kahwin | Amna Nafeesa

$
0
0

Pelakon yang satu ni memang saya minat dulu. Siapa lagi kalau bukan Wardina Safiyyah. Pernah berlakon dalam sitkom Spanar Jaya. Dulu siap tahu nama anak-anak Wardina lagi iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazzi. Comel-comel je masa mereka kecil2 dulu kan.

Bila Wardina belajar dekat Universiti di Australia, beliau bawa semua anak-anak sekali dengan suaminya. Kemudian dapat tahu Wardina berhijrah ke Brisbane, Australia. Tak silap saya ayah dan ibu Wardina pun tinggal kat Australia. Ayah Wardina kan berasal dari Australia iaitu Fadlullah Wilmot. 

Dalam gambar ni Amna kat sebelah Wardina. 

Credit : Instagram Wardina Safiyyah

Masih mengikuti beliau di Instagram walaupun dah bersara dari dunia glamour. Tak banyak Wardina kongsi cerita atau gambar-gambar keluarga kat Australia. Tahu tahu bila buka Instagram nampak gambar ni.....anak sulung Wardina, Amna Nafeesa dah kahwin you alls. Kejap je masa berlalu. Kenal masa Amna ni kecil lagi. Tahu tahu dah kahwin. Dalam gambar Amna dan bapanya, Ikhwan. Cantik sangat baju Amna. Nampak berseri-seri. 

Masha Allah....

Credit : Instagram Wardina Safiyyah

Dari jauh nampak jejaka pakai tuxedo ni saya agak suami Amna atau menantu Wardina Safiyyah. Nama suami Amna ni Yusuf. Kalau tengok gambar macam berketurunan Arab. Ya...beliau dari Turki. Amna ni berumur 20 tahun. Maknanya setahun tua je dari Dania. Muda lagi.  

Masha Allah...

Credit : Instagram Wardina Safiyyah

Ni gambar masa Hari Raya tahun 2021 Wardina dan keluarganya di Australia. 

Credit : Instagram Wardina Safiyyah

Saya pun pernah menang peraduan Electrolux dan hadiahnya dapat beraya di rumah Wardina (masa ni Wardina tinggal kat Kota Damansara). Rasa teruja, rasa happy sangat. Saya ada kongsikan di sini

Tahniah buat Amna dan Yusuf. Moga berkasih sayang sehingga ke syurga. Tahniah Dina.....akak tumpang happy untuk Dina dan keluarga semua. 💜💜💜. Sebak pula tiba-tiba.....





XOXO,
Ezna






Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853