Post sebelum ni saya cerita pasal Pejabat Tanah yang saya dan Dania pergi tu kan. Ini kali kedua saya pergi pada 8 Disember 2023. Nasib baik urusan dipermudah. On the way nak balik, saya dan Dania singgah kat Ani Sup Utara ni. Masih ada lagi kedai ni. Saya pernah makan kat kedai ni masa saya belajar kat UITM Shah Alam pada tahun 1997-1999. Masih wujud lagi kedai ni sampai hari ni. Ingat lagi dulu pergi makan dengan kawan. Kawan makan bihun sup lepas tu tambah banyak cili tu kemudian terus sakit perut. Banyak sangat makan cili kicap tu....😆
Saya order bihun sup utara.
Dengan teh o ais. Panas-panas lepas tu minum ais pulak memang best la.
Dania order kuaytiaw sup.
Lepas tu singgah kejap stesyen minyak kemudian Dania belanja ummi ice cream. Makan dulu sampai habis sebelum memulakan perjalanan balik.
Dapat pula whatsapp tanya saya kat mana dan suruh ambik laksa Pahang. Wahhhh rezeki. Kebetulan petangnya nak ke IOI City Mall sebab saya ada appointment kat Thai Odyssey. Ingat nak keluar sekali dengan Dania tapi lambat betul siapnya jadi saya pick up Laksa Pahang dulu. Later saya review rasanya.
Sempat la berborak kejap sebelum saya minta diri nak balik sebab appointment saya jam 4.30 petang. Pick Dania dan suruh Dania letakkan dalam peti ais Laksa Pahang tu kemudian ke IOI City Mall pulak.
Ini je yang saya ambil gambar ya....teh herba atas katil. Saya ambil Thai Aromatherapy Massage untuk 90 minit. Urutan ni menggunakan minyak aromatherapy. Akhir sekali ada stretching. Lega sungguh2 la lepas beberapa bulan ni asyik busy je.
Masa saya tengah mengurut ni Dania jalan-jalan la dalam IOI City Mall ni. Bila saya dah selesai datang balik dengan beg dari Objet. Dania kata dia beli hadiah anniversary ummi dan ayah. Awwww terus cair tapi bila kata nak tengok Dania tak bagi. 😆. Nampaknya kena tunggu anniversary la ya....😍
Malam pulak, kami makan la Laksa Pahang yang kawan saya buat sendiri ni. Specialnya mee tu kawan saya buat dengan menggunakan tepung gandum. Bukan beli ya. Patutnya kawan saya nak ajak saya makan kat rumah dia je sambil borak sebab dah lama katanya tak tanya khabar berita kemudian saya tak balas whatsapp dia lama. Ye la saya tengah drive kot masa tu ke Bukit Raja, Klang.
Ni lah pertama kali saya makan Laksa Pahang ni. Kuahnya macam ni rasa macam kuah laksam cumanya kuah laksam berwarna putih kan. Dania makan kuah sekali dah rasa nak tambah kuah lagi.
Didatangkan dengan ulaman juga belacan. Bila campur semuanya...rasanya perfect. Alhamdulilah. Rezeki kami sekeluarga. Terima kasih Kak Tie....
Kadang-kadang rezeki ni memang tak disangka la kan....
XOXO,
Ezna