Pada hari yang ditetapkan, Dania dan kawan-kawan menuai hasil sayur-sayuran masing-masing. Time ni bukan waktu kuliah jadi ummi pun datang sekejap sebelum pergi makan breakfast dengan ayah. Haha yang selalu menyibuk pun ummi. Takde orang lain dah. Ambik dulu gambar bayam Dania sebelum dituai. Macam sayang je nak kena ambil gambar semua untuk kenang-kenangan.
Nak tahu kenapa bayam Dania kecik je? Ini disebabkan peti sejuk yang menyimpan benih tanaman ni (benih bayam Dania) kena sambar petir jadi peti sejuk tu rosak jadinya effectnya benih ni tak baik jadi sayurnya kecik je.
Comel tak tanda nama Dania ni?. Buat daripada Canva. Ada seekor kucing hitam tengah mengintai. Kucing tu....simbolik kucing yang selalu datang kat rumah. Kucing ni suka kalau Dania tepuk2 badan dia. Nampak Dania je dia duduk nak suruh orang tepuk2 badan dia....Biasa tu......
Tanaman bayam ni untuk subjek Amalan Ladang : Tanaman makanan (Farm Practice : Food Crops). Ada 30% markah untuk ladang jadi kena buat betul-betul la ya untuk score. Rasanya tak ada final exam sebab subjek ni hanya amali sahaja.
Kehadiran : 10%
Kerja ladang : 30%
Projek jagung : 20%
Laporan amali : 20%
Kuiz 1 : 10%
Kuiz 2 : 10%
Bayam yang dicabut sekali dengan akarnya.
Dania dan kawan-kawan tengah kusyuk menuai.
Ada yang tanam kangkung, bayam merah dan bayam hijau.
Farisha dengan tanaman kangkung. Rasanya Farisha ni replant sebab tanamannya kena makan dengan serangga. Sihat-sihat kangkungnya kali ini.
Tarshini pun tanam bayam hijau tapi bayamnya sihat dan besar.
Zara punya bayam hijau lagi besar daripada Tarshini dan Dania.
Dah selesai semua, Dania dan kawan-kawan akan timbang bayam masing-masing dan berat bayam Dania ialah 1.4kg. Berat juga walaupun kenit je. Kemudian mereka akan basuh bayam atau sayur yang dituai kemudian akan dipek dan dipasarkan di Putra Mart (kedai dalam UPM ni untuk hasil ladang).
Di bawah ni pula bayam yang Dania dan kumpulannya tanam untuk subjek Agriculture and Life. Ini adalah subjek wajib universiti. Semua kena ambik tak kiralah course apa pun. Saya tunjuk ni polibeg kumpulan Dania. Sederet ni kumpulan Dania punya polibeg. Tak silap Dania cakap kumpulan Dania ni bergabung juga dengan kelas dari Bacelor Sains Haiwan. Maknanya Bacelor Sains Perniagaantani bergabung dengan Bacelor Sains Haiwan. Dania cerita satu group juga dengan kawan sebiliknya masa Asasi.
Dania nak tuai ni waktu kuliah jadi sebelum lecturer datang, cepat2 saya ambik gambar Dania dengan bayam kat sini sebab lepas ni dah tak ada bayam ni sebab dah kena tuai. 😅
Masa ni saya dah balik. Dania sempat tu hantar whatsapp kata dapat bawak balik. Dania ambik 2 ikat walaupun lecturer kata ambik la lagi.
Ni lah bayam yang Dania tuai setelah saya siap basuh.
Bayam tumis ajer saya masak. Alhamdulilah merasa bayam yang fresh lagi.
Ini pula tanaman jagung yang Dania usahakan. Ni setelah 6 hari mencabut rumpai. Naik balik rumpainya. Belah kanan Dania pelajar dari Wuhan, China. Katanya tengah buat Final Year Project (FYP). Lepas tanam jagung dia langsung tak merumpai dan membaja. Boleh nampak warna daunnya hijau cerah berbanding Dania berwarna hijau gelap (Dania dah 2 kali membaja).
Batas sebelah kiri Dania pulak tak datang membaja kali kedua (setakat hari ini) dan merumpai. Boleh nampak rumpainya panjang dan jagung pun dah tak nampak dah. Rumpai yang banyak ni boleh effect juga kawasan Dania sebab dia akan merebak jadi kalau la jiran Dania ni tak datang merumpai nampaknya Dania kena bekerja keras la jugak. Bila dah membaja kali pertama....pokok jagung dan rumpai akan lebih sihat. Bandingkan dengan belah kanan Dania. Rumpainya kecik je sebab tak datang membaja pun. Sebenarnya blessing in disguise juga sebab rumpainya takdelah effect belah kanan Dania berbanding yang kiri. 😅 Harap2 yang kiri ni datang la merumpai. Idak mau je saya whatsapp orangnya....
Bila nampak batas kita bersih tu dah kira macam komitmen kita untuk kerja di ladang. Sebenarnya tak sabar juga saya nak Dania melepasi Sem 1 ni sebab Sem 2 dah tak ada kerja di ladang. Semua indoor. Anak letih, ummi yang tengok pun letih....😅
Pokok jagung Dania dah setinggi pinggang dah. Task selepas ini kena membaja kali ketiga dan yang terakhir dan memetik 2 putik jagung (baby corn) yang terbaik. Baby corn ni yang buat sayur tu. Tak lupa juga kena bersihkan dari rumpai ya....
Nanti saya akan kongsikan hasil tuaian jagung yang Dania jaga ni. Tak sabarnya.....dijangka pada 9 Januari 2023.
XOXO,
Ezna