Lepas hantar Dania kat Klinik Pergigian UPM tu, saya pun menuju ke Pejabat Pos Bandar Baru Bangi. Err terlupa pasal Pejabat Pos dalam UPM. Pun ada juga. 😅Nak hantar baju baby yang saya beli tu untuk 2 anak saudara saya. Dah siap wrap 2 warna yang berbeza jadi tahulah untuk siapa. Kedua baju baby ni untuk baby girl.
Beli 2 sampul size M kemudian tulislah alamat semua. Pastikan ambil salinan pengirim sebelum masukkan kat tempat plastik bahagian belakang.
Kalau nak hantar barang ni selalunya saya menggunakan khidmat Poslaju dan bukan kurier yang lain. Mungkin sebab paling dekat dengan rumah dan banyak cawangan kot. Sekarang ni kan dah banyak kurier yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Lepas tu hantar la kat kaunter. Tak perlu bayar apa dah sebab dah bayar sampul kan.
Bila balik je....mulalah prepare nak masak untuk makan tengahari pulak.
Lobak merah dan bayam tumis.
Actually ni nasi yang dimasukkan dalam air dan tunggu kembang nasi ni baru tutup api. Masuk juga kentang, lobak merah dan isi ketam untuk Dania. Saya letak sikit minyak bijan dalam ni. Senang sikit la Dania nak makan sebab lembut. Dania kata sedap. Alhamdulilah....
Ketam bercili. Saya buat berkuah sikit.
Dah siap semua....Alhamdulilah.....
Hubby malam baru balik jadi makan tengahari untuk 2 beranak je la.
XOXO,
Ezna