Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Hari Raya Pertama kami | 2024

$
0
0

Lepas solat hari raya, baru kami memulakan perjalanan balik ke Ipoh. Ya tahun ni kami beraya di Ipoh. Memulakan perjalanan di lebuhraya baru WCE. Perjalanan agak lancar cuma jalan dalam tu biasalah banyak kereta. 


Ni masuk PLUS pula jalan agak sesak dengan kereta terutama berdekatan Simpang Pulai. Jalan agak slow. 


Nampak je signboard Ipoh ni. Alhamdulilah dah tiba Ipoh. 


Kami menginap di MU Hotel yang dulunya nama dia Ibis Style. Tiba Ipoh dalam jam 4 petang. Ada berhenti kat 1 Hentian Rehat. 

Area lobi ni punya wangi. Bau wangian apa pun tak dapat dipastikan. 


Mengadap kedai-kedai pula bilik kami. Takde balkoni. 


Ada almari la kalau nak sangkut baju tu. Kalau nak menggosok pun ada seterika tapi kami bawa dari rumah je. 


Bilik air ada dua area terpisah. Tempat buang air dan shower. 


Ni ada beberapa kit diletakkan seperti berus dan ubat gigi, penutup kepala etc...


Berehat dulu di bilik sebelum malamnya selepas maghrib kami ke rumah sepupu saya di Kampung Kepayang. 


Dijamu dengan soto, dan roti perca. Katanya sebab tengok Dato Siti yang buat. Dania sampai tambah 2 kali. Sedap la tu. Ini pula kuih makmur. Disuruhnya saya makan kuih ni lepas tu cakap ok Ena boleh senyap sikit. Jahat tak?. 😅. Makan kuih ni tak boleh bercakap takut menyembur ya. 


Sepupu saya. Ibunya @ ibu saudara saya yang dipanggil Mie dah meninggal. Bersilaturrahim dengan anak-anak Mie. Belah kiri Kak Pi (Afizah). Siapa tak kenal veteran ex TKC batch pertama. Ketua Pengawas pulak tu. Belah kanan saya panggil Tak (Delilah) pun ex TKC juga. TKC tu Tunku Kurshiah College. 

Dulu Mie dan mama saya memang ngam. Saya pun dulu kadang mereka berdua yang menjaga saya masa kecik. Katanya saya kuat menangis. Haha....ngada-ngada jugak la saya ni. 😆. Masa kecik je....dah besar baik....😂


Terima kasih. Masa untuk kami pulang. Moga berjumpa lagi lain kali. Banyak juga cerita. Cerita yang saya baru tahu pun ada. Kena tahu cerita supaya saya nanti tak tersalah tanya kat sepupu saya tu. 


Belakang Tak tu anaknya Nazran. Nazran ni pakar bedah ortopedik. Pernah masuk berita kerana berjaya membuat pembedahan tulang seorang warga Turki disini. Sebelah Nazran tu Lin dan belakang tu suaminya. 


Ambik gambar bunga api tu. Cantik.....
Terima kasih Kak Pi dan Tak. 


Ibu dan ayah saudara ramai yang dah meninggal jadi saya melawat sepupu saya la sebagai ganti. Masa hidupnya pun memang mama dan papa akan ke rumah Mie masa raya. Tradisi tu diteruskan juga....

Macam mana raya anda semua?. 






XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853