Ni bergambar setelah selesai check out. Minta adik kat counter tolong ambikkan gambar. Barulah ada gambar raya masa hari kedua.
Inilah rumah yang kami pergi ni. Ni rumah sepupu papa saya. Ini lagi satu rumah yang selalu pergi bila hari raya masa papa dan mama ada dulu. Kami selalunya akan makan tengahari di sini.
Kebetulan masa kami datang tu ada sekumpulan keluarga belah makcik saya ni.
Sementara itu kami bertiga tunggu di ruangan sini. Bagi peluang tetamu yang datang awal makan dulu.
Kami dijamu laksa. Ya allah sedapnya....saya suka laksa....
Banyak yang Makcik Ani cerita kepada saya.....
Dulu moyang saya bernama Sawiyah. Dikenali di kalangan orang kampung sini sebagai 'Soyah Kayo'. Memiliki emas termasuk tali pinggang (pending) yang di bahagian hadapannya diperbuat daripada emas. Juga ada emas yang dipakai di kedua lengan. Moyang lelaki pula dulunya bekerja mengukur jalan dan boleh berbahasa cina mahupun perancis. Ada beberapa bahasa lagi yang moyang lelaki saya tahu. Moyang saya ni datang dari Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu menaiki kapal. Mempunyai banyak tanah. Kalau nak jual tanah je moyang lelaki saya akan membelinya. Ada driver juga. Masa tu kalau ada driver memang orang akan kata kayalah. Tapi.....akhirnya tak tahu dibawa ke mana oleh komunis. Meninggalnya pun tak tahu.....hilang terus. Sampai macam tu ya pada zaman tu....ya lah zaman tu telefon pun mungkin tak ada lagi kan.....sebenarnya cerita ni tak diceritakan pun oleh papa saya....
Diceritakan oleh makcik saya ni melalui cerita dari suaminya arwah Pakcik Lan yang sangat baik dengan papa saya. Kiranya yang diceritakan ni pangkat atuk kepada Pakcik Lan la. Pakcik Lan dan papa sepupu.
Makcik Ani cakap supaya kamu tahu susur galur kamu. Kalau makcik dah tak ada....siapa pulak yang nak bercerita.....simpan sini untuk kenangan saya.
Ni lah rumah Makcik Ani saya. Kawasan punyalah luas.
Sebelum balik, kita abadikan gambar ya....
Moga berjumpa lagi Makcik Ani....Insya-Allah.
Lepas ni kami ke satu tempat ni. Kebetulan dah dekat dah pun.....post selepas ni ya....😊
XOXO,
Ezna