Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Beraya di Kellie's Castle......

$
0
0

Selepas dari rumah Makcik Ani, kami menuju ke sini. Tak jauh mana pun....cuaca panas sangat ni dalam jam 2 petang. Nasib baik la bawa sekali topi pantai ni. 

Nak masuk sini kena bayar RM5/dewasa dan parking RM2. Tak faham kenapa ada yang sanggup parking kat luar dan jalan jauh-jauh nak masuk sini. Nampak bawa juga anak-anak kecik dan orang tua...


Tengok la. Mata pun tak boleh nak bukak dah. 


Sejarah Kellie's Castle. 


Ni tempat penggambaran filem Munafik 2 tu kan?. 


Batu-bata ni memang cantik. 


Gambar berdua pulak la. 


Ada la sejarah Kellie's Castle ni. Saya ambik la gambar. 


Ni susunan perabot seperti rumah William Kellie Smith di Scotland. 


Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. 


Saya suka gambar Dania yang ni. Saya la yang tukang ambik. 


William Kellie Smith ni warga Scotland. Kiranya penjajah juga la zaman tu. 


Dania dan ayahnya naik sampai atas sampai saya kata takpe la saya tunggu bawah. Banyak dengar cerita pasal Kellie's Castle ni kan....


Kalau tengok bangunan tu...ya tengah tu orang betul bukan yang lagi satu. Kebetulan bajunya warna putih pulak. Kalau malam-malam mungkin yang lagi satu tu...👻


Sebelum naik ke bahagian bumbung, hubby dan Dania ke bahagian bawah ni tempat penyimpanan arak zaman dulu. Ni pun saya tak ikut. 


Tangga Spiral. 


Saya tunggu kat bawah lepas hubby cakap nak naik atas dengan Dania. 


Tiba atas dah kome....


Kat sini pula. Hubby dan Dania cover bumbung kanan, kiri dan tengah. 


Kat sini pulak. 


Ramai pula yang berpakaian baju raya bergambar satu family kat sini. Bangsa lain pun tak melepaskan peluang melawat Kellie's Castle sempena cuti umum. 





XOXO,
Ezna




 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853