Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Workshop di The Body Shop | IOI City Mall

$
0
0


Saya seorang member The Body Shop. Ada produk yang saya guna untuk kulit muka. Kebetulan buka apps nak beli hadiah birthday untuk Suzi. Selesai membeli ternampak pulak workshop kat The Body Shop IOI City Mall...apa lagi saya nak join la kan. Pilih slot petang jam 3pm sebab pagi sibuk nak hantar Dania ke kelas pulak. 


Ambik gambar dulu kat The Body Shop. Ada range baru sekarang ni iaitu Lychee, Bluebell dan Yuzu. 


Dania pun join sekali sebab workshop ni ada kosong. Kena teman ummi la nampaknya ya. 


Promoter tengah memperkenalkan range terbaharu dan cara pemakaian yang betul. Kalau nak pakai skrub badan, muka atau tangan boleh pakai cuma pemakaiannya bukan setiap hari. Badan kita juga mempunyai minyak semulajadi. Kalau pakai kerap minyak semulajadi badan kita akan menghasilkan lagi minyak membuatkan muka kita bertambah berminyak. Pemakaian produk yang ada vitamin C ni kadangkala membuatkan kulit kering tapi kita kena banyak minum air supaya kulit kita mendapat cukup lembapan dan tidak akan menyebabkan kekeringan kulit. 


Snek yang disediakan untuk yang join. Buah lemon tu hiasan je. 


Sebelah saya ni ada produk Bluebell. Boleh try produk yang ada 'Try Me' tu. Bau ni bagi saya memang tak kena dengan saya. 


Saya ada cuba hand cream ni. 


Saya dan Dania....Dania masa ni tengah berpuasa last day dah ni. Punya gigih walaupun berpuasa boleh join ummi. 


Ni saya try test Lychee. Bau dia better la dari Bluebell tu. 


Dania tengah mencuba produk. 


Adik ni duduk depan saya tapi tiba-tiba tanya saya ni cikgu ke?. Cikgu kat sekolah kat Putrajaya. Saya kata la tak tapi sebenarnya memang ramai orang cakap saya cikgu. 😅. Gaya dah ada agaknya....😝. Tanya punya tanya umurnya 20 tahun dan sebaya dengan Dania dan katanya bersekolah di SMK Putrajaya Presint 18 (1). Dania tanya Tingkatan 1 kelas mana?. Katanya 1 AC (Azam Cabaran). Sah la Balqis ni sekelas dengan Dania dulu. Dania tak berapa cam sangat Balqis. Balqis kata Dania ni pun familiar jugak. Lepas sekolah ni Dania pindah ke SMK Jalan Empat. Dua minggu je kot kat Putrajaya. Mana la nak ingat kan....


Ambik gambar la tanda kenang-kenangan. Balqis pula memilih untuk mengambil STPM dan masih menanti keputusan STPM diumumkan. Batch sama tahun SPM 2021 tapi lain-lain kemasukan. Kalau laluan STPM ni....kemasukan ke universiti ni lambat setahun. Kiranya bila masuk peringkat Ijazah, Balqis Sem 1....Dania pula dah Sem 3. 


Selesai workshop dapat la bawa balik body shower strawberry. Kalau nak beli barangan The Body Shop pun boleh. Peserta akan mendapat potongan RM10 jika nak beli barangan di sini tapi syaratnya kena harga RM50 dan ke atas la ya....Saya tak membeli sebab nak tunggu birthday month. Dapat potongan 25%. 

Dania beli snek je untuk berbuka puasa sebab lepas maghrib kami nak pergi open house. Tunggu post selepas ni saya update ya...





XOXO,
Ezna

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853