Tajuk pun kan.....ya saya dapat jemputan di rumah kawan saya ex Pengacara Jemputan Nona.....Junaidah Zainuddin pada 26 Jun 2024 (Jumaat). Time tu June bergandingan dengan Nornisamsila. Selain daripada itu June ni juga pengacara Wanita Hari Ini, Remaja dan Fabrik di TV3. Sekarang ni dah bersara la. Buat business sendiri.
Ok....masa tengah makan hubby ternampak Roy Azman ni. Saya pun apa lagi approach nak ambik gambar la. Rupanya Roy Azman ni gang main bola sama2 dengan hubby June. Hubby tengok Roy ni masa Maharaja Lawak. Boleh tahan lawak juga. Kemudian Projek Bapak-Bapak.....kalau saya Roy Azman ni saya teringat watak dalam Sembilu tu.....eiiii jahatnya.....(dalam filem je ya.....bukan kat luar). Ada affair dengan kakak ipar Wati (Erra Fazira). Kakak ipar Erra tu wataknya dilakonkan oleh Aida Khalida. Pastu dalam filem tu Roy ni bunuh Aida ni.....
June tengah bercakap dengan kawan semeja saya jadi saya cakap dengan June nak ambik gambar sebab nak bagi kat kawan-kawan. Kawan-kawan tu maksudnya group whatsapp kawan-kawan sekolah saya. Saya bersekolah rendah SK Damansara Jaya dan menengah SMK Damansara Jaya dengan June. Kalau menengah tu kelas kami sebelah menyebelah.
Lawa betul June ni.....tu yang jadi Pengacara Nona tu. Pengacara Nona ni bertukar-tukar kan.....
Ni saya bergambar dengan June dan hubby seorang pilot MAS, Capt Nazri. Masa nak masuk area rumah June kat kawasan tanah lot kat Bukit Jelutong....guard tanya rumah Capt Nazri ke?. Kisah perjumpaan June dengan hubby ni agak menarik sebab berjumpa dalam aerotrain KLIA. June nak pergi buat assignment kat Italy untuk rancangan Nona, Capt Nazri pun ada dalam aerotrain sebab ada flight ke mana tak sure. Dah jodoh namanya kan?.
Saya dan Dania lebih selesa berseluar. Majlis waktu malam kat rumah jadi santai la juga kan.
Kawasan perumahan June ni memang rumah banglo belaka. Dania tanya ummi....rumah depan kawan Ummi ni macam istana je. Tengoklah betapa besarnya rumah ni. Kalau tengok depan mata memang besar sangat.
Rumah June ni ada diletakkan kanopi depan rumah. Saya dan family duduk kat dalam. Depan kipas besar. Haha.....habis terbang tudung. Nak kena jaga-jaga. Patut depan kipas ni takde yang duduk. 😅
Seleksi makanan. Nasi ni saya tak ambil pun sebab tak rasa nak makan nasi.
Ni kat area dalam kawasan berumput. Gambar blur sikit.
Kanopi kat dalam rumah. Nampak tak kipas tu. Haaa kipas tu la depan meja saya tu. Kalau siapa yang kurus tu pun silap-silap boleh terbang jugak.
Ni yang saya ambik ni. Ambik serba sikit. Putih tu laksa saya makan macam tu je. Perut rasa tak berapa selesa kalau nak makan dengan kuah.....ambil pun berpada-pada je.
Rumah June ni tiga tingkat. Pokok bucida depan rumah June punya rendang.
Kami parking kereta depan rumah ni. Bukan betul2 depan rumahnya. Kang marah tuan rumah....tapi opposite...kat rumah yang nak dijual. Agaknya berapa juta la agaknya?.
Sambil jalan....tengok la rumah-rumah kat sini.
Terima kasih June dan suami kerana mengajak. June dah bagitau saya....bila lagi boleh jumpa ya Ena?. Kita jumpa setahun lagi la. Maknanya masa open house jumpa la. 😅. Actually ada beberapa kawan sekolah saya dijemput juga tapi masing2 ada hal masing2 tak dapat datang....saya je yang datang. Haaa ingat tak Mat Kepoh dalam Melodi dulu....sikit2 bongkarkan kes artis....dia pakai topeng.....akhirnya dapat tahu juga kan lelaki di sebalik topeng kan?. Namanya Yusmal. Senior saya masa kat SMK Damansara Jaya. Ada juga kat majlis ni tapi saya tak approach sebab takut salah orang. Rupanya bila tanya June memang betul Yusmal. Rupanya sama batch dengan hubby June dekat RMC.
XOXO,
Ezna