Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Kami dah 'raya'.....

$
0
0

Lambat pulak post ni keluar. Sebenarnya pada 30 April 2024 lepas ni, kami ada makan kar Serai Cyberjaya sempena selesai puasa ganti dan puasa enam. Hubby puasa enam je la. Kiranya ni hari last hubby berpuasa (30 April 2024). Dah berbuka dulu kat rumah. Hubby stop hari jumaat dan hari yang office buat makan-makan tapi saya dan Dania puasa hari tu. Jadinya saya dan Dania habis dulu. Alhamdulilah. 

Saya suka kat Serai Shaftbury ni sebab selalunya tenang ajer tak ramai orang tapi masa kami pergi tu ramai pulak. 


Ada staff tolong ambikkan gambar. Ikutkan mulanya hubby nak selfie ajer. 



Pencuci mulut ni kami makan awal. Pavlova....


Cantik deko dalam Serai Shaftbury Cyberjaya ni. 


Hubby punya Thai nasi goreng. 


Dania punya spaghetti carbonara. 


1 slice Pavlova.


Sang Har Ying Yong dengan udang galah seekor. Kick betul makan dengan cili potong. 


Alhamdulilah selesai dah puasa kami. Kalau nak tangguh puasa lagi agak mencabar. Bila ganti selepas habis bulan Syawal tu agak senang sebab perut kita pun dah terbiasa tak makan kan (kecuali raya la kan macam-macam makan)....Alhamdulilah untuk semua. Makanan kat sini pun sedap. 

Kalau nak makan kat Serai Shaftsbury, Cyberjaya ni :

P3A-16&17, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor





XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854