Dania yang ajak ayah ke sini.....IOI City Mall masa Hari Ibu 12 Mei 2024. Ramainya kat sini....
Kat mana nak pergi ni?. Ok dah nampak dah masa naik escalator.
Kami nak ke sini....
Gula Petite by Gula Cakery
Atas tulisan kedai tu dihiasi bunga ros tiruan....
Tempat kat sini very limited tapi nasib baik masa kami pergi tu ada meja kosong.
Kami....
Meja-meja kat sini dipenuhi dengan keluarga. Kalau couple ada la 1 meja kot. Makan makan sempena nak sambut Hari Ibu mungkin.
Saya bersama Chocolate Pavlova. Ni ummi yang pilih. Dania ikut je sebab Hari Ibu....Dania nak ummi yang pilih. Pavlova ni Dania nak bayar tapi ayah dia tolong bayarkan.
Lepas tu, Dania beratur kat tempat aiskrim ni. Dania nak bayar.....kemudian ayah dia pulak bayarkan. Eh dah 2 kali dah ayah bayarkan.
Cantik pulak tempat aiskrim ni warna kegemaran saya....purple....hehehe....
Kami memilih perisa Berry Pavlova.
Seleksi aiskrim yang halal kat sini.
Berry Pavlova ni beli 1 cup je single scoop size regular. Share je la kami bertiga. Rasanya tak manis. Just nice je.
Kalau nak buat event pun boleh serve aiskrim ni. Boleh pilih la pakej yang mana sesuai...
Ambik lagi gambar bunga ros kat kaunter ni.
Hari ni memang tak masak la saya.....wahhhh rasa macam queen. Hehe....
Hari Ibu tidaklah wajib untuk family saya raikan. Kalau ada....ada la....tidak la menjadi acara yang wajib macam sambutan hari jadi.
XOXO,
Ezna