Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1852

Sofiah & Aisyah....Welcome to CFS Universiti Islam Antarabangsa

$
0
0

Semalam, adik saya Erma menghantar anaknya mendaftar di UIA. 


Laluan nak masuk ke pintu utama Universiti Islam Antarabangsa kampus Gambang ni memang agak sesak la kata adik saya. 

Gambar ni pun diambil dalam kereta je. Sebenarnya kakak dia (saya la tu) dah bagitau nak gambar apa. Hehehe.....

Pada mulanya anak saudara saya Nur Batrisyia Sofiah ni dah mendaftar masuk ke Matrikulasi Kejuruteraan Johor tapi pada masa yang sama dapat juga melalui UPU, Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar ni. Masa mendengar taklimat di Matrikulasi Kejuruteraan Johor tu jika minat menjadi arkitek boleh la masuk line Kejuruteraan Sivil tapi anak saudara saya kata lebih kurang sama dengan senibina tetapi ada kelainan juga dan Sofiah sendiri meminati senibina dan rekabentuk. Sofiah pun memang dari background MRSM Teknikal iaitu di MRSM Bentong. 

Jadi ada juga la Aunty Ena ni haa bagitau...kalau dah minat line senibina dan rekabentuk ni terus la masuk laluan yang betul iaitu di UIA. UIA ni memang asasi dia dah menjurus dah. Main concern rupanya Bahasa Arab. Sofiah takut nak kena ambik bahasa arab jadi saya tanya2 juga kat kawan Dania dan kawan saya Suzi. Bila dah dapat input bagilah kat Sofiah. Akhirnya ya.....inilah jawapannya. Keluar dari Matrikulasi Kejuruteraan Johor tu dan masuk ke sini.....alhamdulilah. 


Gambar yang Sofiah hantar....bangunan makmal. 



Cubicle Sofiah. Ada katil, almari baju dan meja belajar. 


Dari tingkap Mahallah. 


Bilik Sofiah ada 4 cubicle. 1 bilik ni ambil asasi yang sama. 


Masa ni tengah menunggu Sofiah untuk mendaftar. 


Sofiah ni sebelah Dania. Saling tak tumpah macam muka ummi dia....Erma. Belakang Sofiah ni adik dia Adlina. Kadang panggil Sofiah ni Erma Junior. Hehe. Sebijik sangat. Cara senyum kat bawah ni pun sama dengan ummi dia...


Ini pula Nur Aisyah Latifah cucu saudara saya sebelah hubby. Beliau dulu dari MRSM Tun Ghafar Baba. Aisyah pun mendaftar semalam di UIA Gambang. Jurusan Aisyah ialah Asasi Sains Kesihatan Bersekutu. Ini pun sama ni main concern kena ambil bahasa arab kat UIA. Masing-masing takut. Bahasa Arab yang mereka kena ambil di UIA ni Bahasa Arab basic sahaja. Masa tanya kawan Dania pun katanya mulanya dia pun takut jugak tapi akhirnya ok katanya. 

Tak payah Sofiah dan Aisyah....Dania dulu pun takut juga nak masuk UIA ni sebab kena ambik bahasa arab walaupun Dania ada juga basic Sekolah Rendah Agama. Tapinya UIA ni top 3 yang Dania mintak melalui permohonan UPU. Rezeki Dania dapat Asasi Sains Pertanian di UPM. 

Tok Tam ambik dari IG Aisyah naaa....

Ada juga berwhatsapp dengan lecturer UIA sendiri....Hehehe.....lecturer UIA Suzz pun mengucapkan Welcome to UIA. 


Jadi....Nur Batrisyia Sofiah dan Nur Aisyah Latifah kena buat yang terbaik untuk mencapai cita-cita ya....all the best dan selamat berjuang!!!

Kadang-kadang ada orang memilih institusi yang dia nak masuk macam institusi idaman la, tapi bagi saya kita masuk laluan yang kita nak sebab kita tak tahu nanti in future dapat ke peluang macam ni lagi?. Kalau masuk Matrikulasi nanti nak masuk Ijazah kena melalui UPU lagi dan kursus senibina ni diantara kursus yang ramai nak masuk juga jadi kebarangkalian nak dapat tu rendah sikit la berbanding masuk UIA ni di Asasi Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar. Satu kaki dah masuk ke arah Senibina dah. Tunggu kena score betul2 dan insya allah boleh la masuk ke kursus Ijazah idaman. 

Bukan nak kata Matrikulasi tak bagus ke apa tapi tanya anak apa yang dia nak belajar?. Kalau tak tahu lagi nak menjurus ke mana boleh je masuk Matrkulasi atau Asasi Sains kat mana-mana Universiti yang menawarkannya. Nak belajarnya anak biarlah anak yang pilih mengikut minatnya tapi kita sebagai ibu ayah ni boleh la guide......kita kan lebih dulu makan garam (banyak pengalaman) kan....






XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1852