Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1852

Article 1

$
0
0

Setelah menghantar Dania ke Fakulti, hari ni (Jumaat, 19 Julai 2024) ada final paper Agriculture, Environment and Food System. Jauh juga gap yang pertama tu. Isnin kemudian Jumaat. Sambung balik Selasa dan Rabu minggu depan. All the best buat anak ummi ya. 


Lepas hantar Dania, saya ke Khalifah Jewels yang terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. 


Saya nak betulkan gelang saya yang dah tercabut ni. Nasib baik tercabut kat rumah je. Memang gelang separa jagung ni saya beli kat sini. Bila tiba je kat Khalifah Jewels ni nak kena menunggu la pulak. Tukang emas pergi beli susu nak hantar ke anaknya yang baru lahir. Dalam fikiran....baru lahir ni tak minum susu badan ke?. Ezna....tak payah nak menyibuk ya 😅. 


Sambil-sambil mengerling kat bayaran parking online saya di telefon. Lagi 16 minit tinggal untuk parking saya tamat tempoh. Maknanya saya dah duduk sini 44 minit masa menunggu sebab saya bayar parking untuk 1 jam. 

Takkan nak tunggu je kan? Siap mencuba beberapa bentuk cincin lagi. Hehe. 


Nombor-nombor kat sini menunjukkan saiz cincin ya. Macam-macam bentuk. 


Ini pula cincin belah rotan. 


Setelah tukang emas datang, kejap je dia buat dan harganya?. Tak payah bayar apa-apa. Berbaloi la saya tunggu sampai 44 minit tu. Design jagung gelang saya yang tengah ni sebelah tu tertanggal dari tempat pemegang dia jadi tukang emas masukkan balik dan ketatkan. Ok selesai....tak payah la saya tukar kepada gelang yang baru. Pakai je apa yang ada ni selagi boleh dibaiki. 😊


Ok....selesai satu perkara....





XOXO,
Ezna

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1852