Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Reversible Mickey Mouse bucket hat

$
0
0

Saya nak mencari bucket hat untuk Dania pakai masa amali di tempat haiwan. Sebelum ni cuma ada satu je bucket hat. Kalau basuh, guna balik. Jadi tak ada tukar-tukar bucket hat dia. Bucket hat ni best sebab dia tutup keliling. Kalau pakai cap ala baseball tu dia tutup depan je. 

Kalau boleh nak cari yang warna kelabu sebab nanti boleh match / sedondon dengan coverall Dania warna kelabu ni. 


Bila google ternampak Bucket Hat dari Forest yang kalau kat shopping mall tu jual baju dan seluar sukan. Ada jual Bucket Hat kolaborasi dengan Disney karakter Mickey Mouse sempena Disney dah berumur 100 tahun. Lama dah Disney ni di pasaran ya.....dari saya kecik dah ada karakter Disney ni. 

Bucket hat hitam ni ada muka Mickey Mouse. 

Credit : Forest Clothing

Uniknya sebab bucket hat ni kalau bertukar side lain berwarna kelabu pulak. Bucket hat yang sama tapi boleh pakai dua side. Side lagi satu warna kelabu. Memang ngam dengan coverall Dania nak buat amali. 

Belah kelabu ni pula Mickey buat gaya lain pulak. Siap ada badan Mickey.  

Credit : Forest Clothing

Bucket hat sebelum ni Aunty Ris (Raja Intan Syariah) kawan ummi beli dari Korea. Tu yang sulam nama Dania in Hangul. Harganya within budget la. Takde la mahal sebab beli bucket hat je pun. 


Memang pakai la masa amali tapi bila basuh pakai je yang sama takde bertukar-tukar. Masa ni coverall yang ditempah satu kelas tak siap lagi. 


Kalau pakai bucket hat ni boleh la tukar2 warna kejap hitam kejap kelabu (konon 2 topi yang berbeza). Comel pulak Mickey Mouse tu. Mickey ni klasik jadi orang dewasa pun boleh je pakai. Lepas tu tukar2 dengan bucket hat biru yang sedia ada. 😊





XOXO,
Ezna





Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853