Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854

Kambing & Dania

$
0
0

Dah namanya ambik program Animal Science...memang banyak la jumpa haiwan ni haa...Kali ni Dania ke tempat amali untuk belajar cara menambat kambing. Tengok la gambar Dania dengan haiwan ni...saya nampak memang Dania ni sesuai di lapangan ni. Ada ihsan dengan haiwan seperti kambing. 

Di bahu Dania tu tali yang akan digunakan untuk menambat kambing. Kalau dalam bahasa inggeris 'restrain'. Nak tambat kambing pun kena ada caranya supaya ia tidak menyakitkan haiwan. Dania cerita kena bagi kambing tu diam dengan cara menyandarkannya pada dinding. 

Tapi, kambing-kambing kat sini jinak-jinak sebab dah redha dah amali dengan bebudak Ansci (Animal Science) ni. Dah biasa ada student kat sini. Masalah akan timbul dengan kambing-kambing liar ni. Haaa barulah kena gunakan skill yang ada. 

Tengok kambing ni....dah ready dah depan phone camera. Hehe. 


Senior sebelum ini baju coverall dia 1 piece iaitu seluar dan baju bersambung. Macam ala ala pakaian tentera macam Maverick tu. Ianya berwarna biru gelap. Jadi batch Dania lain sikit dari senior2 dia.     


Ni lah baju coverall yang Dania pakai kat luar. Dalam tu pakai T Shirt lengan panjang dan tracksuit. Warna yang lecturer pilih kali ni ialah kelabu. 

Rasional tempah 2 piece macam ni baju dan seluar asing ni sebab faktor cuaca makin panas. Warna biru gelap yang senior pakai tu pun lecturer kata panas kalau pakai. Dr. Frisco Nobilly yang mengajar kelas Dania kata kalau pakai masa buat praktikal di ladang New Zealand boleh la pakai macam tu sebab cuaca di New Zealand sejuk. Dr. Frisco sendiri ada pengalaman bekerja di ladang New Zealand sewaktu beliau menuntut dan buat PHD Animal Science di Lincoln University. 


Saya pun lega juga 2 piece macam ni sebab bajunya labuh dan menutup bon bon berbanding yang 1 piece tu. 

Lagi satu kalau nak amali di ladang, tidak boleh memakai tudung yang berwarna merah sebab boleh menarik perhatian lembu. Kena pakai kemas tudungnya tak boleh tudung tu berfesyen bagai macam tudung tu menari-nari je kat sebelah muka....Errr faham ke?. Kena tahu juga Do's and Don'ts  ketika amali ni. 



***Post ni berkongsi pengalaman anak di ladang penternakan UPM. Jika ada anak-anak yang berminat untuk mengambil Bacelor Sains Haiwan, UPM ini adalah diantara silibus yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar. Tidak berniat untuk berkongsi apa-apa yang tidak baik di sini kerana sesungguhnya anak saya sangat berminat dengan program Sains Haiwan yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia. Info sangat sedikit tentang program ini jadi saya mengambil pendekatan untuk berkongsi info untuk mereka yang berminat. 





XOXO,
Ezna

Saya

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1854