Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1860

Tudung Ruffle X Wardah

$
0
0

Kalau ikutkan lepas makan dan try kad ATM Dania tu saya nak terus balik je tapi Dania nak tengok je ummi katanya....ok tengok je tau. 


Dania mula tengok-tengok tudungnya. Sebelum tu ada tengok kat Nona pasal Tudung Ruffle ni berkolaborasi dengan TV3 tetapi collab tu tudung dah sold out dah. 


Tudung Ruffle ada collab dengan Wardah Cosmetics juga. 


Kedainya takde la besar mana tapi ada juga datang membelek tudungnya. 


Dania try tudung Ruffle X Wardah in Fiorella Poppy. 


Mula-mula nak yang ini. Satu ummi dan satu untuk Dania.  


Akhirnya ummi ambik yang Dania cuba tadi Ruffle X Wardah in Fiorella Poppy dan Dania pilih Ruffle X Wardah in Fiorella Raven. Sebab sebelum tu ummi cakap warna hitam ni memang cantik. Dania cerah jadi bila pakai hitam memang ok la kan...

Udahnya sama pattern, warna je lain. Kalau Ruffle X Wardah ni ada Fiorella, Evelyn, Fleur dan Laura. 


Ada juga collab dengan Gigi Coffee. 


Setiap tudung dimasukkan dalam pouch comel ni. Cantik kan?. 


Dalam pouch tu juga ada pin berbentuk ribbon. Lawa betul la dan sweet. 


Dania dah merasmikan masa presentation Anatomy & Physiology of Domestic Animals 1 depan Dr. Faris. Kawan satu group Dania suruh pakai warna hitam jadi Dania pakai tudung je warna hitam. Jubahnya maroon. Hari jumaat pulak tu. Masa ni kat muka tak tepek bedak, lip balm dan pemerah pipi. Biar nampak presentable. Semua letak sweet2 je. Macam tak cantik pula mengenakan warna terang2 kat muka. Biar nampak natural bagi saya la kan....


Serius cantik la Tudung Ruffle X Wardah tu. Manis tudungnya bertema ribbon. Dapat pula pouch comel dan pin ribbon. Nanti nak beli untuk adik-adik saya pula. Nanti saya update yang mana saya beli untuk adik-adik....





XOXO,
Ezna


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1860