Macamana kita nak check Wang Tak Dituntut?. Ini mengikut pengalaman saya la ni.
1. Click egumis.anm.gov.my. Kena click semakan dan isi details. Kena tunggu link kat email sebelum kita dapat buat semakan kat web. Kalau ada WTD (Wang tak dituntut) boleh ke step No. 2
2. Sediakan :
a) Fotostat I/C
b) Surat bank mengesahkan nombor akaun kita. Kena akaun yang aktif ye. (Letterhead bank, tandatangan bank, cop bank). Saya dari Maybank. Surat ni pun mungkin kena ambil masa juga kat bank.
3. Bila check dan ada Wang Tak Dituntut, sila la ke cawangan Jabatan Akauntan Negara. Macam saya terus ke Jabatan Akauntan Negara kat Putrajaya. Dapatkan borang UMA-7 ni.
Borangnya seperti di bawah.
4. Pegawai akan check samada kita perlu dapatkan letterhead seperti di bawah atau tidak kat bank / institusi yang berkenaan. Kalau tak ada boleh proceed ke step No. 3 kat atas dan terus hantar borang dan dokumen diperlukan. (Itulah kena siap2 prepare fotostat I/C dan surat bank pengesahan nombor akaun).
Macam saya kena dapatkan pengesahan 1 transaksi saya dari CIMB. Boleh dapatkan dari mana-mana cawangan CIMB yang terdekat (bank lain pun mungkin boleh dapatkan dari mana-mana cawangan terdekat). Kalau mengikut format di atas, inilah format dari pihak bank yang perlu dihantar ke Jabatan Akauntan Negara. Kena tunggu dalam 2 minggu juga dari pihak bank.
5. Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi boleh la dihantar ke Jabatan Akauntan Negara atau cawangan yang terdekat. Wang akan dikredit terus ke dalam akaun dalam 1 bulan - 3 bulan dari tarikh hantar borang.
Sekian la step2 Wang Tak Dituntut. Agak renyah la juga tapi kalau ikut step kat atas tu mempercepatkan proses jugak la.