Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853

Pandu Puteri mengimbau kenangan lama

$
0
0
Pagi lagi kena hantar Dania ke sekolah. Actually macam hantar ke sekolah hari2 biasa je cuma pagi ni Dania dan kawan-kawan pakai baju Pandu Puteri Renjer. Mereka kena pergi sekolah SMK Saujana Impian untuk program Majlis Pandu Puteri Renjer Daerah Hulu Langat 2020. Saya hantar takat kat sekolah je le sebab mereka semua akan mengikut kereta cikgu. 

Ada 4 orang semuanya dari kiri : Dania, Dina, Fatimah. Zalilah tak tiba lagi masa ni. 



Sibuk saya menanya guru pengiring dan inilah hasilnya gambar-gambar dan video dari cikgu. Hehe. Ada sekali tu Dania kata cikgu Shuraidah kata "saya tak tahu parent mana minta ambik gambar kamu semua". Dania dalam hati cakap mesti ummi punya kerja ni. 😆😆😆

Ada 3 lagu yang dipersembahkan.

1. Lulalalu Lalalulalulale
2. Ging Gang Gooli
3. Umpa Umpa Umpala

Video ni hanya ada lagu Umpa Umpa Umpala ajer. 

Ketiga lagu yang dipersembahankan mereka ni terpahat dalam kepala saya pernah menyanyi juga masa saya di bangku sekolah. 


Kalau ikutkan persembahan yang Dania buat ni mereka tengah nyanyi Heyla oh Heyla Shayla....kena menyanyi dengan memakai pakaian dari suratkhabar. 


Jerry Lost Temper ni projek 'big book'. Mereka punya ni cantik tapi disqualified sebab mereka lipat kad manila ni. Tak boleh lipat untuk projek ni. Ada salah faham mereka kat sini lah. Takpelah...


Dania dan kawan-kawan dengan Cikgu Shuraidah yang bertugas di meja pendaftaran pada hari tersebut. Cikgu Shuraidah ni yang saya minta gambar Dania dan kawan-kawan. 


Cikgu yang pakai baju Pandu Puteri ni namanya Cikgu Hayati yang pernah ajar Dania masa Form 3 subjek Geografi dan Form 4 ni ajar subjek Sejarah. 


Majlis penyampaian hadiah dengan wakilnya kawan baik Dania, Zalilah. 


Tahniah semua mendapat sijil pencapaian No. 3. Kira bertuah juga dari 40 lebih kumpulan yang bertanding dari sekolah-sekolah di daerah Hulu Langat, sekolah Dania dapat No. 3 untuk action song. Ada juga hadiah untuk 'big book'. Boleh la tambah markah untuk kokurikulum. 


Disudahi dengan gambar ramai-ramai.


Saya sokong je kalau Dania nak pergi untuk bagi pengalaman kan....tambahan pula subjek hari jumaat ni tak la heavy sangat jadi oklah. Kalau ada Matematik Tambahan ke nak kena fikir 2 kali la bagi pergi kan?. 

Ambik gambar mereka dari tempat ummi parking kereta. Alhamdulilah pergi dengan harapan, pulang bawa kejayaan. Saya pun Pandu Puteri juga jadi bila anak pun join Pandu Puteri tu memang mengimbau kenangan saya zaman sekolah dulu. 


Saya Pandu Puteri. Anda??

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1853