Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all 1852 articles
Browse latest View live

Nak bertindik ?

$
0
0

Ada apa dengan tahun baru 2021?. Kejap je kan tahun 2020 tu berlalu pergi. Ye lah dok PKP dan ada pulak huruf lain selepas PKP tu sampai tak terkira pun. Hehe. Masa weekend tahun baru bulan Januari tahun ni saje2 jalan ke Mid Valley. Lepas tu berdiri depan Habib Jewels. Saje tanya2 kot ada tindik telinga. Saya mencabar diri saya untuk tindik lubang kedua. Ni kira berani-berani takut oh. Staff tu kata tak buat hari ni sebab ramai orang. Disuruhnya datang keesokkannya harinya. Hubby dah bersungut dah kata ingat rumah kita ni dekat Mid Valley ke nak suruh datang esok?. Ye tak ye jugak kan?. 😂

Ok fine, tak boleh tak apa kita jalan-jalan dulu sekitar Mid Valley. Lepas tu masa maghrib pun solat dulu kat Mid Valley ni. Nak kena alert pulak dengan waktu solat ni sebab surau buka sekejap je masa Maghrib. Kalau terlambat pergi surau tutup dan nak kena pergi surau yang lain tingkat pulak. Macam tu lah jadi kat kami. Letih nak kena pergi pulak surau kedua. 

Lepas solat, hubby sibuk suruh pergi jenguk Habib sebab katanya mana tahu dah kurang orang. Eh eh...boleh pulak ternampak seorang ni tengah tindik telinga. Apa lagi terus la nak tindik. Customer tu nak tindik kat lubang yang dah tertutup. Saya pulak kat lubang tindik baru kedua. Teknik bertindik ada 2 ye. Cara tembak dan cara menggunakan jarum. Boleh refer kat sini. Teknik bertindik kat Habib ni adalah teknik bertindik menggunakan jarum. Not exactly jarum ala peniti tu tapi bentuknya macam pistol kecik tapi kat situ adanya jarum surgikal yang bersambung dengan subang. Subang pula kena guna subang bertindik tu. Dalam 2 minggu baru boleh tukar pakai subang emas. Dan lagi yang saya suka bertindik di Habib ni ialah alat bertindik ni pakai buang dan bukannya gunapakai semua pelanggan ye. Lebih selamat la zaman penyakit ni kan?. Saya pernah tanya bertindik kat 1 kedai emas di Alamanda tu dia kata guna penindik yang sama semua orang. Bukan yang pakai buang. Errr??? 😬. Rasa seram je kan. 

Ok lah macamana rasanya?. Adalah rasa sakit tu. Tipulah tak sakit. Tapi....idaklah sampai rasa sakit macam sakit gigi ke rasa sakit nak beranak tu. Lagi sakit woooo.....haaa boleh imagine tak sakit macamana bertindik tu?. Insya allah kita boleh tahan. Ye saya hubby kata muka pucat nak bertindik 😆. Ni bawah ni muka selepas bertindik. Abaikan tak pakai lipstick pun lepas solat tu. Malas. Hehe. 

 
Habib bagi ni sekali ye untuk sapu kat telinga yang baru tindik tu. Harga bertindik kat Habib RM40 termasuk subang tindik. 


Masa Habib ada buat sale tu ada la ke Habib nak cari subang. Saya pilih subang rose gold ada berlian tapi size kecik ajer. Time sale saya pergi. Paling kecik kot berlian ni. Actually ni la first time saya pakai yang ada berlian. 

Kemudian baru-baru ni pun pergi Habib untuk cari subang juga untuk pakai di lubang kedua. Lubang pertama saya pakai stud atas ni. Bila pakai jenis stud (berskru kat belakang) rasa telinga kat tempat tindik yang baru tu sakit. Maybe skru tu menekan telinga masa tidur, jadi saya pilih la subang jenis ring. Time ni pun Habib ada Auspicious Sale sempena Hari Raya Cina. Baru je berakhir 28 Feb 2021. 

Saya pilih yang ada 2 warna subang jenis Oro Italia. Ish ish kalau tengok rantai tangan jenis Oro ni pun lawa-lawa....Bulat subang ni pun takdelah besar mana. Just nice ajer. So far masa pakai takde lah rasa sakit. Rasa tenang sikit. Ringan pulak tu. 



Haa tu lah lenkali cari pasal tindik yang kedua. Hehe. Tindik saya yang pertama masa saya 12 tahun. 


Kelas Bahasa Korea

$
0
0

Tahun ni Dania nak ambik SPM dah. Dania batch SPM 2021. Dania busy juga dengan mana nak studynya, kelas online sekolah dan kelas online tuition, nak buat kerja sekolah lagi. Kesian juga ada nampak stress kat situ jadi nak bagi aktiviti yang agak relaks la kan contohnya belajar bahasa ketiga. Dalam pada tu since sekarang ni susah sangat nak kumpul sijil kokurikulum jadi kebetulan ada kawan saya forward link kelas Bahasa Korea, Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol yang diadakan oleh pihak UniKL jadi Dania pun join lah kelas Bahasa Korea. Lepas kelas nanti akan dapat sijil penyertaan. Boleh la clear the mind kan. Takde la fikir study ajer. Nampaknya Dania enjoy kelas Bahasa Korea ni. Kelas ni diadakan sehari ajer. 

Bila nampak Dania macam berminat dengan Bahasa Korea ni so bila kebetulan terjumpa kelas Bahasa Korea online dengan harga yang sangat berpatutan...apa lagi tanya la Dania kot dia berminat. Memang berminat pun. Selalu kelas Bahasa ketiga ni agak mahal la sampai boleh mencapai ratusan ringgit tapi yang ni RM89 untuk 8 kelas yang mengambil masa 1 jam 30 minit (selalunya lebih masa) setiap sabtu. Memang sabtu Dania agak free juga. Kelas sekolah dan kelas tuition takde pada hari sabtu. Berbaloi sangat. Cikgu pula orang malaysia jadi senang la nak tanya soalan dalam bahasa kita. Hehe. Berpengalaman mengambil ijazah dan masters di Korea Selatan dan pernah beberapa tahun bekerja di syarikat Korea. Masa mula2 belajar kat Korea Selatan cikgu ni pun blur2 dengan bahasa Korea ni. Nak tak nak kenalah belajar rajin2 bahasa ni. Kuliah kat universiti di Korea Selatan selalunya dalam bahasa ibunda mereka ya jadi bagi mereka yang hendak melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan kena ambik exam TOPIK (Test of Proficiency in Korean) kat UKM.  Samalah kalau nak sambung belajar ke Jepun. Kena la mempelajari Bahasa Jepun pula. 

Kelas asas Hangul ni sangat bermanfaat kerana ia bermula dengan nak kenal huruf asas Hangul itu sendiri. Selain daripada itu, ada rakaman setiap kelas, modul pembelajaran yang akan diberikan setiap minggu yang akan diletakkan di page facebook batch Dania ni. Latihan juga disediakan. Kelas pula selalunya akan dimulakan dengan kuiz di mana cikgu akan menawarkan hadiah produk Korea. Apa lagi seronok la mereka berlumba-lumba nak menjawab soalan. Gambar kat bawah kuiz yang diadakan untuk minggu keempat. Dania dapat No. 9. Ada 22 soalan yang dikemukakan. 

Ni pula kuiz yang diadakan untuk minggu kelima. Dania memperbaiki kedudukan. Dania dapat nombor enam. Kali ni ada 30 soalan. Dania kata masa yang diperuntukkan nak menjawab setiap soalan tu berapa saat ajer. Fuhhhh...ummi pakat tak jawab soalan agaknya. 1 sebab panik, 1 lagi nak fikir pun lama 😝. Cikgu pun best Dania kata. 


Takpe lah nak bagi Dania tak terikat dengan belajar ajer. Ada masa untuk diri sendiri jugak. Nampak sangat la Dania suka sangat kelas Bahasa Korea ni sebab siap bagitau ummi belajar apa, dah boleh eja nama sendiri juga. Just nice ajer Dania akan habis kelas asas Hangul ni pada 20 Mac 2021. Elok ajer habis sebelum start sekolah pada 5 April 2021 nanti. Dah sekolah nanti pulun belajar la pulak ye tak?. 

Oh ya, dapat sijil penyertaan juga kalau selesai kelas ni selama 8 minggu. Boleh la menambah koleksi sijil untuk kokurikulum. 


Bercuti di Pulau Pinang Part 1

$
0
0

Masa awal tahun ada menginap kat hotel di Pulau Pinang. Kami ke Pulau Pinang pada 8 Januari 2021 (Cerita awai tahun...baru nak cerita). Sebelum tu makan kat kari ikan sembilang di 531, Jalan Juru, Kampung Sungai Semilang, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang. Tahu tempat ni pun sebab ada geng masa travel sama2 ke Taiwan, uncle Sam ada mentioned pasal tempat ni. Dekat dengan rumahnya katanya. Jadi kami singgah la makan tengahari kat sini dulu. Kedai berkonsep warung kampung. Malangnya takde pulak ikan sembilang. Saya makan kari ikan pari. Itu pun sedap juga rasa kari ni. Jenis yang dah basuh tangan pakai sabun pun, kuah kari melekat kat tangan. Hehe. 

Credit : Google

Ok lepas tu kami teruskan perjalanan kami. Perut dah kenyang, kita pun happy. 


Pitstop pertama kat sini. Pertama kali menjejakkan kaki ke Geliga Gold. Selama ni kalau beli charm Gdora melalui agen ajer. Kali ni nahhhh depan mata kedai Geliga Gold (Gdora). Paper bag kat tangan tu adik punya. Dia kirim 2 charm. Saya cuma cuci mata je. Hishhh terang terus mata 😝


Dalam pukul 3 petang macam tu tibalah kat Hard Rock Hotel Penang. Tak boleh check in lagi sebab bilik tak siap jadinya dapat complimentary food untuk 3 orang. Kami makan dulu di cafe sebelum alat empat segi tu vibrate menandakan kena ambik kunci kat reception counter. 


Ambik gambar Dania dengan kepala ahli kumpulan The Beetles. 


Dah boleh masuk bilik dah. Ini bilik kami. Carpetnya macam ala ala glow in dark pulak. Warna?. Oh my my my favourite color pulak tu....purple. Bilik kami mengadap laut dan swimming pool. 


Katil king ni share bertiga selesa ajer. 


Permandangan luar bilik kami. 


Dekorasi dalam bilik air berkonsepkan moden. 


Lepas Maghrib, kami ke town. Hotel ni ke town tak la dekat sangat. Singgah kat Mee Hameed Pata ni nak makan mee sotong popular kat Pulau Pinang. 


Setiap kami order Mee Sotong sepinggan. Saya dah makan sotong la pulak padehal baru tindik telinga. Terlupa sebenarnya....hehehe


 Tak sah la kalau tak order rojak pasembor sepinggan. Share lah kami tiga beranak. Rasanya hubby yang kena perabihkan sebab saya dan Dania dah kenyang sangat. 


Jalan-jalan dulu kat sini tapi eh....apasal lengang sangat waktu malam kat sini?. 


Sebelum tiba hotel, singgah pasar malam di sepanjang jalan di Batu Feringgi. Jalan-jalan window shopping pun seronok. Hehe. 
 

Wajib juga singgah sini beli jeruk. Banyak je agen sepanjang jalan kat sini. Kami beli ni depan balai polis. 


Dah tiba hotel....tak larat nak jalan-jalan dah. Masuk bilik dan berehat ajer. Tunggu hari esok kemana kami? 


***Ini cuti-cuti kami sebelum PKP 2021 ye. Kang kata merentas negeri pulak. 🙏 Baru nak blog kan.  

Bercuti di Pulau Pinang Part 2

$
0
0

Masa nak pergi breakfast kena scan suhu. Lepas tu kena tukar wristband dengan yang baru. Wristband ni akan berlainan warna setiap hari menandakan dah scan suhu pada hari tersebut jadi just pakai wristband ni ke mana-mana di dalam premis hotel ini. 


Lepas tu singgah la ke sini. Wajib kalau bercuti ke rangkaian Hard Rock Hotel. Ada juga beli beberapa item. Harga kat sini takde lah murah sangat ye. Nak kena berpada-pada juga shopping tu. 😅. Selalu yang wajib beli tu fridge magnet. 


 Mari bergambar di sekitar Hotel. 


 Bergambar pula dalam hotel kat sini. Gelap sebab pakai phone ajer. 


Ada juga singgah pantai kat sini. 


Berehat kat kerusi berdekatan dengan kolam renang. 

 
Comel pulak replika gitar ni. 


Hard Rock Hotel Penang waktu siang. Semalam post gambar waktu malam. Tibalah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Check out sudah. 


Sebelum tu ambik la gambar sekeping dua kat mercu tanda Hard Rock Hotel ni. 


Kami makan tengahari kat kedai makan yang staff Hard Rock rekomen. Tak jauh dari hotel ni. Katanya banyak lauk pauk. Oh my nampak kari ikan la pulak. 


    Ni lah video kat kafe ni dengan seleksi masakan yang buat kecur airliur. 


Ni lah kedai makannya. Namanya Kafe Alaf Sejahtera
123, Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang


On the way back, kami singgah Masjid Terapung Tanjung Bungah untuk solat. 


Subhanallah cantik sungguh masjidnya. Cuaca masa ni panas berbahang. 


Lepas tu kami meneruskan perjalanan dan singgah kat 1 tempat makan menarik tepi pantai. Kat mana?

Tungguuuu...........🙏

Tempat makan best di Ombak Damai, Gertak Sanggul, Pulau Pinang

$
0
0
Ni kesinambungan siri saya bercuti ke Pulau Pinang. Destinasi kami tentulah tempat makan yang terletak di Gertak Sanggul.


Ada je pengunjung parking kat atas tapi kami cari tempat parking yang menuruni bukit ni. Bukitnya takde lah curam mana. 

Apa yang best kat tempat makan Ombak Damai ni ye?. Banyak gerai kat sini. Ini salah satunya. Belangkas Padi Bakar. Teringin nak merasa tapi takde rezeki sebab ada yang lebih awal order belangkas yang paling akhir. 


Ni lah rupa belangkas yang masih hidup ni. 
 

Order hubby dan Dania sama iaitu kuay tiaw basah. 


Ada laksa kat sini, saya dah tak pandang lain eh....😝


Boleh tengok keindahan kat Ombak Damai dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan gerai yang ada kat sini. Berselera sungguh makan kat sini oiiih....


Pisang goreng cheese serius sedap. Pisang gorengnya sedap...tak tau la pisang apa. Saya kurang berkenan pisang nangka. Ni definitely pisang jenis lain. 


Keropok lekor la pulak. Salut pulak dengan sos dia. 


Sup kaki ayam kegemaran pengunjung ini. Siapa lagi suka sup kaki ayam say I? 


Gambar satu family lah. Masa kami duduk ni memang susasana berangin ajer. Best la sebab tak panas. Masa ni pun rasanya pukul 4 lebih petang nak dekat pukul 5 petang rasanya. Atas meja tu coconut shake pilihan saya dan Dania dan air kelapa pilihan hubby.


Macamana rasa kuay tiaw ni bang? Buat video kat Dania dia tak pandang kamera 😄 malu kooo....


Overall tempat kat sini menarik sebab ada buaian untuk anak main-main, makan kat tepi laut dengan angin bayu bertiup. Gerai yang banyak untuk dipilih. Pasti ada gerai yang kena dengan selera tekak anda. 

Meh saya bagi alamat. Ombak Damai di Jalan Gertak Sanggul, Kampung Suluk, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Kami suka!!! Anda? 

*****Meh la support tempat makan anak saudara kami ni....💪


Ice Cream BTS Tiny Tan x Haagen Dazs

$
0
0

Masa jalan-jalan kat Mid Valley, Dania ada ternampak ice cream ni. Bukan ice cream biashe biashe. Ice cream ni berkolaborasi dengan Tiny Tan. Kartun BTS. Tak beli masa ni tapi datang kemudian kat IOI City Mall untuk beli ice cream ni. Dania beli guna duit sendiri ya...BTS ni buat la apa-apa kolaborasi, Army derang mesti datang beli. 


Ini kotak yang sangat cantik. Ice cream tak dimasukkan ke dalam setiap kotak kecil ni. Kotak kat luar ni macam ala ala jewellery box. Kertas dia tebal. 


Haa ni rupa kotak ni dan ice cream. Memang 1 set ni ada 7 ice cream. Tak boleh beli satu je...

Credit : Google

BTS Army yang seronok dapat ice cream. Belajar rajin-rajin ok?. 


Kat bawah ice cream ni diletakkan ais kering nak bagi tak cair. 


Close up ice cream Jimin


Ni pulak close up ice cream V. 


Ada 7 perisa berlainan. Diantaranya chocolate (RM), macadamia nut (Jin), coffee (Suga), caramel biscuit and cream (J-Hope), vanilla (Jimin), strawberry (V) dan cookies and cream (Jung Kook). Personal favourite saya mungkin caramel biscuit and cream. 🍦. Ye lah Dania share ice cream ni dengan ummi dan ayah. Nak habiskan sekaligus sayang katanya 😂

Haaa mana lagi peminat BTS?. Boleh la beli kat Haagen Dazs ye. ✌

Misi beras Maths Clinic

$
0
0

Masa Maths Clinic buat misi pengagihan beras kat Cheras pada 31 Dis 2020, saya ada pergi dengan Dania. Tujuannya nak dapatkan beras so that nanti saya boleh agihkan kat kawan saya yang terkesan. Selepas Cheras, Maths Clinic akan mengagihkan beras kat Kelantan pulak. 

Mula-mula nak cari Sir yang mengajar Dania tapi ternampak Sir Shakib lalu ambik la gambar. Sir Shakib ni owner Maths Clinic ni. Dania ni produk Maths Clinic dari Tingkatan 3. Cuma masa Tingkatan 4 awal tu sebelum PKP Dania pergi tuition center tapi selepas tu terus ambik tuition online ajer. Bagus juga Dania banyak meningkat dalam matapelajaran setelah join Maths Clinic. Maybe penyampaian tutor2 Maths Clinic yang best, tak boring dan Dania kata senang faham!. Ummi is more than happy untuk Dania. 


Bergambar pula dengan Sir Badang. Sir Badang duduk serumah dengan Sir Uzairi. 


Ni Sir Iqbal yang ajar subjek Biologi. 


Dua gambar ni dengan Sir Zacky yang juga mengajar subjek Biologi. 



Sir Ghaz pulak ajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan. 


Jom ambik gambar dengan van Maths Clinic. 


Masa beratur dengan kereta nak ambik beras. 


Lepas dah ambik beras terus saya jumpa seorang kawan saya dan agihkan beras kepadanya bersama keperluan lain. 

Ni pula pada tahun baru 1 Januari 2021, beras selain daripada itu kami passkan kepada Biro Kebajikan surau kampung saya ni. 


Saya dapat 10 pek beras 5kg dari Maths Clinic. Alhamdulilah. Kami tak ambik pun beras-beras ni. Semuanya pass kat Biro Kebajikan. Katanya beras-beras ini akan dikumpulkan setempat bersama NGO yang lainnya dan kemudian akan diagihkan kepada orang kampung kami yang terkesan. Alhamdulilah. Boleh juga bantu sikit2 kan. 

Rumah Biro Kebajikan ni kat tanah lot jadi banyak tanam pokok2. Udahnya kami diberikan sayur, bunga kantan, benih pokok kunyit dan buah nangka madu. Semerbak bau nangka kat kereta kami. Rezeki yang tak disangka sungguh. 

Misi agihan beras Maths Clinic adalah satu usaha yang murni dari syarikat swasta khasnya Maths Clinic untuk meringankan beban mereka yang terkesan. Banyak juga beras yang disumbangkan. Beribu-ribu juga. To be exact 5200 kampit beras 5kg. 👍

Syabas Maths Clinic!

Online shopping Bath & Body Works

$
0
0

Saya selalu dapat email dari Bath and Body Works ni kalau ada promosi. Masalahnya memanjang je promosi. 😁. Tunggu bila ada nak tambah stok baru la shopping. Beli online ajer senang. Nahhh kali ni saya beli sabun cuci tangan dan wallflower refills. Memang pakai wallflower ni kat bilik tidur. Kalau pakai aircond tu bau dia nyaman ajer. Pilih la wangian yang best. Ada juga bau berasaskan serai ke...ha yang tu saya tak berkenan la. Pilihan saya fruity dan floral. Sabun tangan ni pulak promo beli 3 percuma 1. 


Wangian wallflower refills yang saya beli ialah 2 A Thousand Wishes dan 1 Dark Kiss. Saya pun ada losyen A Thousand Wishes ni. Memang wangi. Wallflower refills Maple Cinnamon Pancakes dan Cinnamon Caramel Swirl tu beli masa promosi Christmas. Ya ampun bau dia macam makanan. Bau pancake dan roti cinnamon roll gitu. Bilik Dania pasang yang Maple Cinnamon Pancakes tu...semerbak bau pancake. 


Tunggu nak habis barangan Bath and Body Works ni boleh la tambah buat stok tapi tunggu sales la ye. Hehe. Siapa lagi peminat Bath and Body Works macam saya? 🙋 

Ni website Bath and Body Works Malaysia ya....sini

 

 


Coklat premium di Chouettelate

$
0
0
Tak sangka la Bandar Baru Bangi ni ada kedai jual coklat. Kawan saya Ana ni lah yang memperkenalkan kedai ni. Ada satu hari tu Ana ajak saya pergi sini. Jadi saya dan Dania pun pergi la sini. Dekat ajer dari rumah saya. PKP kan tak boleh pergi jauh-jauh. Masa pergi ni baru tahu sempena mereka memperkenalkan kopi kat Chouettelate serendah RM4 ajer. Mempelbagaikan makanan dan minuman...hmmm I like....Ok senarai kopi ni seperti :

 Latte
✅ Cappucino
✅ Americano
✅ Hazelnut Latte
✅ Caramel Latte
✅ Vanilla Latte
✅ Mocha


Inilah owner kedai coklat Chouettelate ni namanya Adilah. Oh my lawa kan?. Ambil bidang undang2 kat USIM tapi minat sangat coklat jadi bukalah business berasaskan coklat. 
 

Sempat memborong juga kat sini. Hehe. Coklat putih, coklat rice dan cinnamon stick. Ya ampun cinnamon stick ni teringat-ingat oih....Sedap sangat. Bila pergi balik nak cari cinnamon stick ni ada cinnamon rolls pulak. Beli jugak la. Sedap jugak. Cerita pasal cinnamon stick ni..udah la kat dalam bilik saya ni pasang wallflower refill bau Cinnamon Caramel Swirl. Ala ala bau roti cinnamon ni jugak la. Hehe. 


Ni haa wangian bilik saya. 


Credit : Bath and Body Works

Tapau juga Coffee ni untuk hubby kat rumah yang sedang work from home. Mana boleh cengelat. 

Oh ya terima kasih Ana belanja akak cinnamon stick tu. Dah orang belanja saya ambik 5 paket...Tudiaaa. Sebenarnya tak tahu pun Ana nak belanja. Saje ambik buat stok. Mula2 makan dah sedap...ambik lagi 4 paket. Hehehe....

Bagi mereka yang nak cari coklat, nak minum kopi atau nak cari roti boleh la ke :

Chouettelate Premium

G-31, Jalan Kajang Impian 1/11, Seksyen 7, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Nak delivery pun boleh :

http://www.wasap.my/60106604336/ChouetteCoffee

Hadiah hari jadi yang unik

$
0
0

Saya selalu buntu nak bagi apa hadiah hari jadi yang bakal tiba untuk suami. Kalau anak perempuan tu saya tahu juga nak beli apa. Wallet tu selalu dah bagi. Hehe....kalau tengok wallet suami agak season tu haa hadiah hari jadi saya belikan wallet baru lah. Ni wallet pun elok lagi. 😅 walaupun saya beli jenama Camel tu dah lama. Cermat juga suami saya guna. 

Nak dijadikan cerita, saya tengok cerita kampung pisang bersiri siri tu. Ada cerita pakcik apa ke namanya tu pakai rantai emas. Bagi saya idea pulak. Ishhh bukannya rantai emas. Lelaki haram pakai rantai emas ya untuk muslim tapi....

Credit : Poh Kong Facebook

Apa kata bagi wafer emas Happy Birthday dari Poh Kong ni?. Kalau tengok kat Poh Kong tu ada size 0.5g, 1g dan 2g. Halus betul ukirannya tu. Didatangkan dengan kotak baldu warna merah. Saya google kat shopee dah habis stok dah. Kalau ada budget biasa je boleh je ambik yang berat 0.5g tu. Emas tetap emas. Memang ada harganya. Ia pun ada casing kat luar sebab wafer kat dalam tu halus sangat. Rasa kagum juga dengan ukiran Happy Birthday dari Poh Kong ni. Kalau tak percaya anda pergilah kat mana-mana cawangan Poh Kong. Cuba tengok. Betul tak cakap saya?. Lawa tak kalau tengok secara live?. 

Ni pilihan saya yang kedua. Maybe yang ini...

Credit : Habib Jewels Website

Wafer emas daripada Habib berbentuk haiwan di zoo negara. Kalau beli satu set ni mahal la tapi ada juga jual satu satu. Beratnya 0.2g setiap satu wafer haiwan ini. Kalau beli satu set ni gabung semua berjumlah 1.2g. Saya berkenan kat panda tu. Kalau nak garang ambik harimau. Tak pun boleh pilih kancil, orang utan, gajah atau burung enggang. Sesambil beli kita derma kat zoo negara jugak sebab Habib akan berikan sedikit dari penjualan wafer emas ini kepada Zoo Negara. Membeli sambil menderma... 

Unik juga kan kita bagi wafer emas ni. Lain daripada kebiasaan. Pasti senyum lebor sang suami 😂. Nanti birthday kita, kita demand emas jugak. Dak gitu?...bukan untuk suami je sesuai, mana tahu nak bagi mama ke papa ke, adik beradik, keluarga, best friend...semua la boleh. 

Bolehkah anda semua bagi idea....wafer emas Poh Kong ke yang cantik atau wafer emas Habib?. Mana satu pilihan hati. Cantik je ye bukan bab harga....confuse melanda. 🙆 Help....











Barang lama tukar baru

$
0
0
Saya mula mengumpul barangan emas Pandora ni tahun 2017 tak silap saya. Kumpul sikit-sikit. Tak beli pun sekaligus banyak. Ada rezeki lebih sikit beli satu bead atau dangle. Keempat-empat bead ni beli dari Angsa Emas dan Gdora (Geliga Gold). Bead love paw (kanan sekali) tu saya ada 2 jadi bila nak tukar bead atau dangle yang baru jadi saya jual la bead ni. Bead pertama tu mula-mula nak jual tapi bila tengok dua tiga kali terus tak jadi jual sebab apa?. Haihhh cantiknya warna purple ni...😅. Masa nak jual kat Angsa Emas, entah macamana mata saya termasuk pelembab muka. Akibat tergosok muka agaknya....jadi pedih la kan sebab terkena bahagian mata. 

Lepas tu staff Angsa Emas pulak tunjuk bead nombor 2 dan nombor 3 yang telah dikemekkkan. Kemek sekemeknya nak cerita. Saya pulak kebetulan pedih mata dan airmata pun keluar. Jadi staff Angsa Emas ingat saya menangis. 😂 Hehe. Saya jual bead nombor 2 tu sebab bahagian enamel (berwarna) tu dah tak smooth. Bead nombor 3 tu pulak ada batu yang tercabut. Bead atau dangle enamel akan dikeluarkan enamel tu manakala bead yang berbatu akan dikeluarkan batu sebelum ditimbang. Kalau nak untung kena beli la bead yang all gold. Memang la bead enamel dan berbatu ni penambah seri pandora emas kita tapi tulah bila nak jual enamel dan batu tu semua akan ditanggalkan. 


Alkisahnya saya nak beli bead untuk anniversary saya pada 14 Disember 2020 (Baru tahun ni update blog kooo). Saya terpilih la dangle la pulak berbentuk love. Lepas tu ada balance lagi dari penjualan 3 bead saya. Teringat kat Dania pulak jadi saya tambah lagi satu dangle unicorn. Dua-dua berwarna pink. Masa ni Dania tak ikut ke Angsa Emas. Mula-mula ikut tapi saya hantar balik sebab dia nak online class. 😃


Bila masuk barisan untuk pandora emas Dania. Dania punya tema love. Campur-campur ni ada beli dari Angsa Emas, Tomei, Gdora, Lavenderlizz dan 88 Diamond and Jewellery. 


Ni pulak pandora emas saya. Temanya bunga. Twin cartier yang kat tengah tu nanti ada orang nak bagi bead masa hari jadi saya nanti. Dah standby dah tengah-tengah tu. 💜


Ni pulak saya beli bead untuk birthday kat yang nak bagi bead birthday saya. Bead berbalas bead gitewww...saya pilihkan bead love. Love tu warna chrome. Masih juga emas kuning tapi cuma letak chrome. Naik la seri bead ni. 2-3 kali tengok berkenan dengan bead ni jadi saya bagi awal2 kat empunya bead sebelum birthday dia sebab takut saya pulak yang pakai bead ni. End up kena beli pulak bead baru 😂


Bead butterfly ni saya belikan untuk adik sebab dia kirim masa saya nak pergi Pulau Pinang. Geliga Gold (Gdora) ni ada 1 je kat Pulau Pinang ni. Kalau ada jual pun kat agen ajer. Agen adalah kat seluruh Malaysia. 


Dangle yang ni adik kata nak bagi hadiah perkahwinan pulak. Saya pilih dangle berbentuk love yang ada chrome. 


Beli bead atau dangle ni sikit-sikit. Tau tau dah banyak. Kira macam force saving untuk saya jugak ni. Investment jangka panjang ni. Lepas ni nak cari bracelet pandora untuk Dania pulak sebab sekarang ni cuma pakai gelang yang hitam tu. Tak boleh buat basahan tu. Pandora Emas ni pun saya tak pakai buat basahan. Rasa-rasa nak pakai baru saya pakai. 

Google Meet menemukan kami

$
0
0

Pada 7 Februari 2021, saya berkesempatan untuk join google meet sekolah menengah agama saya dahulu. Saya tahu pun sebab ada seorang sahabat sekolah menengah yang forward aktiviti ini siap dengan google meet address melalui whatsapp. Tujuan google meet ini diadakan ialah untuk memohon kesembuhan buat sahabat kami iaitu Muhammad Fuad Bin Abd Latif yang mengidap kanser paru-paru tahap 4. Kami akan mengadakan tahlil ringkas dan bacaan yassin melalui google meet ini. Majlis ini disempurnakan oleh sahabat kami Ustaz Alfaiza yang kini menetap di Mekah. Dalam norma baharu kan, google meet la salah satu caranya. 

Ikutkan saya dijadualkan untuk menghadiri perjumpaan maya pada tarikh dan waktu yang sama tapi disebabkan saya telah pun bersara awal dari persatuan tersebut (malas nak cerita), maka saya menghadiri google meet sekolah pula. Perancangan Allah itu sangat terbaik. 

Masa google meet pun sahabat yang lain cuba memujuk Muhammad Fuad untuk menjamah sedikit makanan. Beliau tak lalu nak makan. Nak bercakap pun termengah-mengah tapi sempat juga mengucapkan terima kasih sebab mengadakan tahlil dan bacaan yassin untuknya. Saya rasa macam sedih pun ada....😔. 


Nak dijadikan cerita, sewaktu Muhammad Fuad ni kat hospital menjalani rawatan untuk kanser paru-parunya, beliau juga telah dijangkiti Covid-19 tetapi beliau sangat kuat melawan penyakit tersebut dan disahkan 'Covid Survivor'. Kita hanya melakukan yang terbaik untuk kesihatan kita, ajal kita hanya Allah yang maha mengetahui. Kanser telah merebak pula ke bahagian tulang. 

Hari ini Jumaat, 12 Mac 2021, sahabat kami Muhammad Fuad Bin Abd Latif telah meninggalkan kami semua pada jam 5.30 pagi tadi tadi. Meninggalnya beliau pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan. Ada tabung sedekah yang disediakan oleh sahabat kami yang lain untuk diberikan kepada keluarga Muhammad Fuad. Usaha yang patut diberikan pujian. 

Ya allah, selamatkan sahabat kami ini Muhammad Fuad Bin Abd Latif dan tempatkannya di kalangan mereka yang beriman. Aamiin.

Tenanglah kamu sahabat di sana.....Doakan kawan-kawan blog semua buat sahabat saya yang seorang ni ye?....

Briyani nostalgia

$
0
0
Nasi Briyani Ismail ni dah lama dah bertapak kat Taman Tun, KL ni. Seingat saya masa Dania kecik2 selalu juga pergi sini makan. Kalaulah teringin nak makan nasi briyani dan ayam madu. Masa Dania kecik, saya tinggal dekat dengan Kg. Tunku, Petaling Jaya. Dania pun suka juga kalau makan kat sini. 

Bila ajer Dato' Seri Ismail Sabri kata dah boleh ke Kuala Lumpur, apa lagi terus la ke sini. Dania siap kata yay lagi nak makan nasi briyani Ismail. Saya ni kalau nasi briyani tak berapa suka sangat tapi yang ni....saya tak tolak. Perkara yang susah kat sini ialah parking. Memanjang ajer full. Kalau nasib baik, dapat la parking dekat-dekat. Kalau tak, siap la kena menapak. Nasib kami baik pada hari ini sebab dapat parking depan kedai ni. Dari arah saya ambik gambar ni haa....


Kami muka happy dapat makan nasi briyani. Hehe. Ada seorang pekerja kat sini pekerja lama dari Dania kecik lagi. Dulu pekerja ni selalu jaga kaunter pembayaran, sekarang ni nampaknya ambik order pelanggan sahaja. 


Lauk ayam madu confirm wajib order. Set lain tu adalah papadom, acar timun dan kuah dalca. Rasanya ni memang didatangkan dengan nasi briyani ni. 
 

Bab suspense tu kan bila nak masuk tol UPM nak ke highway tu. Memang ada polis tunggu kat situ. Walaupun Dato' Seri Ismail Sabri dah bagitau boleh ke Kuala Lumpur....nampak ajer pak polisi rasa gabra semacam. 😜. Padehal takde buat salah apa-apa pun. Saya rasa mungkin sebab merentas negeri tak boleh, tu yang polis jaga kat situ sebab highway tu pun boleh ke Negeri Sembilan dan pengakhirannya ke Johor. 

Siapa macam ni...nampak polis je gabra? Gabra je nampak polis... 😜



Fesyen remaja terkini

$
0
0

Actually kan lepas ajer makan nasi briyani ni, hubby kata jom ke Mid Valley. Apa lagi ada budak kemain happy oh....😅. All this while pun banyak terperap kat rumah ajer. Sekali-sekala kena keluar juga. Ambik angin katanya. Jalan jalan jalan kat Mid Valley tu tersinggah kedai ni. Bila tanya staff sini, Iora ni brand dari Singapura rupanya. 

Credit : IORA facebook

Cecantik juga design Iora ni ha. Jacket ni saya pun berkenan. Nampak smart ajer. Pakai dalam tu T-shirt lengan pendek pun tak apa. Nampak menyerlah kalau pakai T-shirt warna putih. Padankan dengan jeans atau skirt panjang. 
 

Dah letak siap-siap mix and match ni haa tak payah susah-susah lagi cumanya concern saya buat yang berhijab macam saya ni , kalau pakai skirt ni, kat dalam kena ada seluar sebab skirt ni kat bahagian hadapan ni cam pendek sedikit. 


Ni pun saya berkenan. Ala ala kot panjang. 


Kalau pakai ni samada pakai inner lengan panjang kat dalam atau pakai jacket kat luar. Kalau padankan dengan jacket denim pun cun. 


Fesyen yang ni macam fesyen Korea ajer ni.....


Haaa tengok ada yang try dah ni. Ummi pesan suruh mirror selfie. Ummi nak tengok.😁


Fesyen yang ni pun cun tapi baju luar tu kalau padankan dengan blouse lengan panjang pun ngam dah. Seluar palazo ni pun kain dia lembut ajer.

Kalau nak cari baju remaja kan bagi saya kat sini cantik. Harga pun bagi saya ok lah juga. Bukan remaja pun boleh aih....banyak je fesyen kat sini yang saya berkenan. 

Dah Iora ke? Saya dah. 💗

Warung Selekoh Kambing

$
0
0
Mulanya kami nak makan la kat Warung Kendi yang terletak kat Jenderam Hulu, Sepang ni tapi tutup la pulak. Ok next choice kat Warung Selekoh Kambing yang terletak tak jauh dari Warung Kendi. 

Dania order roti planta manakala suami order roti telur. Saya pula makan nasi goreng dengan telur puyuh 6 biji. Harganya RM1 untuk 3 telur puyuh ni. Dania tak habis cakap frust tak dapat makan kat Warung Kendi. Nak buat macamana Dania...dah tutup. Nanti kita try pergi lagi hari sabtu ya?. Kami gi ni hari ahad. 


Ni lah keadaan dalam kedai. Takde lah deco kaw kaw. Biasa ajer konsep warung. Nasi goreng dia pun not bad juga. Ada rasa. 


Tempat duduk kat meja batu pun ada. Konsep warung ni depan rumah ajer haa. Mungkin ni rumah owner la kot. Pelik pulak gambar ni. Entah kenapa blur pulak. Cuaca panas agaknya. Terlebih cahaya. 


Nak tahu harga semua kami makan kat sini? 3 hidangan tadi campur 2 nescafe tarik dengan 1 milo o suam harganya RM15. Puas hati kan?. Sesekali nak juga orang masakkan untuk kita ye tak?. Lepas ni boleh ke Warung Kendi pulak. Hehe. Dah ada yang berzikir tu ha.....😝. Ye lah ye lah.....

Meh la ke :

Warung Selekoh Kambing 
140 B48, Kampung Jenderam Hulu,
43900 Sepang
010 544 3951



Habib Jewels

$
0
0
Masa 7 Mac 2021, hari ahad tu. Saje-saje lah cakap dengan suami nak pergi Habib Alamanda since Warung Selekoh Kambing tu dekat dengan Sepang. Suami kata alang-alang dah boleh ke Kuala Lumpur kita gi Habib kat Ampang. Tu yang ada kat sini ni. Idak...Habib paling dekat yang kat Alamanda atau IOI City Mall ajer. 

Ok, kena beratur masa nak masuk ya. Lepas dah boleh masuk akan diberikan nombor pulak setelah scan suhu dan scan My Sejahtera. Mula-mula berbunyi juga mesin suhu tu sebab suhu saya panas sikit. Ye lah dah la kena beratur kat luar yang panas membahang sebelum tu. Masuk dalam lega sikit sebab ada aircond. Akhirnya dia scan suhu saya guna scanner suhu yang lain. Haa kali ni lepas. 


Lepas tu kena tunggu kat bilik menunggu pulak sebelum nombor kita kena panggil. Masa saya duduk sini dengan Dania, tak lama tu nombor 124 kena panggil. Nombor saya 126. Rasa macam pergi hospital la pulak. Tunggu giliran nak jumpa Dr 'emas'. 
 

Bila duduk depan pintu alehaiiii tak sabar rasanya nak menengok-nengok la pulak. Hehe. 


Masa ni nombor saya dah kena panggil. Saya nak survey bangle charm emas kat Habib ni. Read : Survey ajer 😆. Tapi....dia siap susun-susunkan charm dan dangle saya kat bangle charm tu. Dia kata tak beli tak apa (ayat power....). Size bangle ni ada macam2 rupanya. Ada S, M, L. Mula2 ni staff susun kat bangle size M. Kat hujung boleh nampak bracelet emas yang saya beli kat Angsa Emas. Rasa-rasanya bracelet ni dari Gdora sebab Angsa Emas ni agen Gdora jugak. Bangle Habib ni finishing dia berkilat sikit. 


Saya tolak 2 bracelet saya di atas. Saya dapat la ambik 1 bangle charm size L dan 1 bracelet Oro Italia. Bangle charm tu pilih size L sebab boleh tambah charm lagi. Kalau pilih size M dah ngam-ngam ajer.  Bracelet Oro Italia saya halus ajer la. Mula-mula nak kena tambah ratus2 tapi bila tukar bracelet Oro Italia yang lebih ringan, alhamdulilah kena tambah RM18 ajer. Dah boleh senyum lega....walaupun saya boleh ajer tolak charm dan dangle tu juga tapi saya sayang sangat la sebab dah gigih kumpul lama. Sikit-sikit sampai sebanyak ini. Ada yang orang bagi juga, ada yang saya sayang sangat. Psst... ada yang kata birthday saya tahun ni nak hadiahkan saya charm. Sekarang ni dia gigih main kutu semata-mata hanya untuk beli charm untuk hadiah hari jadi saya 😭. Sometimes kan benda macam ni buat saya nak menangis tau....(Dah menangis dah pun.....). Touching sangat saya!


Bangle Habib ni rupanya macam ni. Didatangkan dengan stopper kiri dan kanan supaya charm kita stay tak bergerak-gerak. Tak payah beli safety chain dah la atau tepi tu dah tak payah letak rubber stopper. 


Masa datang tu, ramai juga kat Habib Ampang ni. Mungkin juga sebab kat sini adalah HQ Habib. 



Senior Retail Associate yang melayan saya....terima kasih banyak2. Malu pulak bila saya kata nak ambik gambar muka. 


Nak dijadikan cerita, lepas dah settle kat Habib ni hujan turun pulak. Ada pulak parking depan Habib ni so suami parking la kat sini dan guard Habib ni akan payungkan sampai kita masuk kereta. Benda simple ajer pun tapi benda simple pun orang nampak. Pernah ke kita pergi kedai walaupun parking depan kedai kita ni ada orang nak payungkan masa hujan?. Pandai-pandailah masuk kereta sendiri ye tak? 😂. Tapi....Habib Ampang ni lain. Terima kasih Habib. Luar dalam Habib ni jaga. Dah nak keluar kereta siap jaga traffic pulak lagi. 


Ni lah bracelet Oro Italia yang halus tu. Sebenarnya saya ok ajer yang halus-halus ni. Saya mudah tak selesa kalau pakai yang berat. Setiap orang ada kesukaan dia kan...saya suka yang ringan kat tangan. 


Bye bye bracelet Angsa Emas....


Masa pergi ni ada penurunan sikit harga emas 916 iaitu RM253/g kat Habib. Pernah minggu yang sama RM259/g. Kalau kedai emas yang lain seperti Zakaria and Sons, Khalifah Jewels, Sri Tanah Merah...harganya lagi murah per gram. Finishing di Habib Jewels ni sangat cantik. Biar harganya mahal sikit asalkan kita puas hati. Kalau mahal sikit kita tak puas hati tu...macam tak berbaloi ajer beli. 

Oh ya alamat Habib Ampang ni :
Lot 106, Lorong Mamanda 2, Ampang Point
68000 Ampang
Selangor




Road trip Hulu Langat

$
0
0
Lepas ajer balik dari Habib Ampang, kami pun singgah makan kat Pelita berdekatan sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah. Suami decide ikut jalan dalam berbukit kat Ampang tu yang tembus ke Hulu Langat. Naik turun bukit la kami ala ala pergi kat Cameron pulak rasanya dengan permandangan pokok yang menhijau kiri dan kanan jalan. 


Akhirnya singgah parking depan Masjid Kg Jawa Batu 18, Hulu Langat. Tujuannya kan sebab terletaknya sebuah kedai seberang jalan masjid ini yang suami nak pergi. 


Eh apa ada kat sini ye?. Kat sinilah terletaknya kedai jual bahulu. Namanya Bahulu Classiq. Nak dijadikan cerita tinggal 1 paket ajer bahulu untuk dijual. Memang rezeki kami lah ni. Saya lah yang paling suka bahulu ni. Hehe. Cicah minuman panas tu perghhh tak terkata nikmatnya. Dania pun dah pandai makan mencicah bahulu juga. Nak datang sini boleh waze ajer Bahulu Classiq ya?. 


Dalam perjalanan tu akan bertemu dengan permandangan seperti ini. Tak berapa nak clear sangat berhenti kat sini sebab dihalang oleh pokok-pokok yang merimbun. 


Kat sini pun sama juga tak clear tasik ni. 


Sehinggalah tiba kat sini. Patutlah ada beberapa buah kereta berhenti kat sini. Ada yang siap berselfie kat sini. Cantiknya permandangan. Sangat memukau. Nak tahu kat mana ni?. Inilah empangan Semenyih, Hulu Langat. Tempat air disalurkan ke rumah-rumah. Rasanya area rumah saya sumber air datangnya dari sini. Sangat luas kawasannya. 


Masa ni cuaca mendung ala nak hujan. Sampai berkabus kawasan bukit kat sini. Inilah pertama kali saya ke sini. Memang lawalah lalu jalan dalam ni. 


Memang best la kawasan kanan dan kiri dihidangkan dengan warna segar hijau. Tak lama lepas tu Dania cakap bila nak tiba rumah ni?. Macam jauh je. 😂. Ye lah ikut jalan kampung / dalam ni mana la boleh bawak laju. Kadang jalannya sempit. Lainlah kalau ikut highway boleh la bawa laju sikit. Akhirnya kami tiba kat persimpangan Universiti Nottingham. Kalau nak pergi Universiti ni kena masuk ke dalam lagi. Lepas ni kami terus masuk jalan highway. 

Hmmm baru je nak adventure la Dania ni pun. Highway mana ada permandangan macam ni 😁. Alhamdulilah tibalah kami safe and sound kat rumah. Balik apa lagi buat air panas dan cicah la teh o tu dengan Bahulu Classiq yang beli tadi. 

Sesekali road trip macam ni pun best. Ye lah, nak rentas negeri tak boleh lagi. 🙏

Warung Kendi | Hidangan barat dalam suasana kedesaan

$
0
0
Ada hari tu masa pergi Warung Kendi nak breakfast kat sini tapi tutup tapi kali ni dapat breakfast kat Warung Kendi. Hooray. Malam sebelum tu saya dah tanyakan kat mereka melalui messenger kat facebook page. Bukak ke tak keesokkannya?. Idak la main terjah macam tempohari tu lepas tu tutup. Frust pulak nanti. 😅



Kami tiba dalam jam 8.40 pagi macam tu. Nak kena pergi breakfast awal sebabnya 10.30 pagi Dania ada kelas online Bahasa Korea. Kena bagi masa juga untuk penyediaan breakfast tu dan untuk kami bersantai makan breakfast. Tak nak la in a hurry kan. Masa tiba pun orang dah ramai tapi meja kami ni tarik dari meja makcik sebelah ni. Hehe. 


Warung Kendi ni buka jam 8 pagi. 
 

Saya dan Dania order Kendi Special Breakfast. 


Ni yang hubby order. 


Ni lah Warung Kendi yang terletak kat Sepang, memang tenang ajer makan kat sini kerana dikelilingi pokok yang merimbun. Kat tepi tu ada sungai kecil. 


Ni lah apa yang saya order. Boleh katakan kalau makan ni memang kenyanglah. Portion yang banyak jugak ni. Western style. 


Sedap betul telur hancur dia. 


Tempat duduk memang jarak-jarak la kat sini. Kalau ada yang datang kalau tak tahan menunggu meja kosong mau cancel dan terus balik ajer. Seronok makan kat sini. Best dengan suasana sebegini. Tenang, sejuk mata memandang pokok-pokok ni. Suasana kedesaan. 


Belah kiri tu tempat mereka masak hidangan yang dipesan oleh pelanggan. Nak kena tunggu juga hidangan ni sampai. Tak boleh nak cepat-cepat kalau nak makan kat sini. Kena tenang-tenang ajer. Tiba rumah pun belum pukul 10.00 pagi jadi just nice ajer masa kami pergi breakfast tu. Rumah kami ke Warung Kendi ni dalam 16.4 km. 


Kalau nak kan suasana macam ni masa breakfast 🌳....boleh la berkunjung ke sini. 

Warung Kendi ni beralamat di :

Lot 3301, No 243, Batu 29 
Kampung Jenderam Hulu, 
43900 Sepang,
Selangor

Dotty's

$
0
0
Masa ni hubby tak beratur sekali depan Dotty's sebab turunkan saya dengan Dania dulu. Hari ni nak cari parking kat IOI City Mall pun berchenta. Ramai betul orang. Depan saya ada 3 orang yang beratur. Dotty's ni tempatnya kat kedai ice cream Magnum dulu. Masa beratur kat luar ni sebab open air jadinya berbahang sangat. Tak sanggup nak duduk kat luar sebab cuaca panas ni lah. Prefer duduk kat dalam lagi. 

Dah la satu meja boleh duduk dua orang sahaja. Kalau ada anak kecik boleh la duduk 3 orang semeja. Makanya staff Dotty's nak carikan meja yang berdekatan untuk keluarga kami. Tertakluk pada kekosongan meja la jugak. Kalau yang makan kat dalam tu lambat bangun...alamatnya lambat lagilah kami nak duduk sebab staff kata ada 1 jer meja kosong. Dia nak tunggu yang duduk meja sebelah tu selesai makan. 😅 


Bila dah dapat meja, dapat juga QR Code ni untuk kita pesan online. 

 
Nak lapik perut, ambik dulu  Salted Egg Cronut dan Vanilla Pod ni. 


Dua meja berasingan. Nasib baik sebelah menyebelah je. 


Dania order air Oreo Milkshake. 


Saya order Lemonade. 


Hubby punya Hazelnut Latte. 


Dania punya spaghetti goreng dengan turkey slice. 


Saya punya mushroom soup dengan roti. Eh makan ni je?. Ye tapi saya mintak sikit orang depan saya dan sebelah saya jugak. Hehehe. Makan ni je pun kenyang jugak sebab saya kuis-kuis roti dalam tu bagi bercampur dengan sup. 


Hubby punya cheese burger. 


Beef patty tu gemuk sangat. Memang kenyang la hidangan ni. Saya yang ni cuit sikit ajer sebab saya kurang sikit makan daging. 


Suasana kat dalam Dotty's. Best juga makan kat sini. Selesa. Dekorasi sangat cantik. Wainscoting wall berwarna biru gelap tu menaikkan seri kedai. 


Harga kat sini?. Tidaklah murah.....harganya bagi saya mahal juga. Sesekali ok lah bagi saya. 😊


Penangan calculator berwarna pink

$
0
0
Mula-mula tak perasan la calculator warna pink bagai ni ha....sehinggalah ada seorang online tutor Dania kat Maths Clinic Plus dok promo dia guna calculator warna pink. Nama Sir yang ajar Dania tu Sir Jazel. Berkenanlah pulak dengan calculator Canon berwarna pink ni dan sebenarnya nak juga cari spare calculator untuk Dania just in case masa exam nanti calculator yang sedia ada habis bateri. Dania kata bateri calculator Dania dari Darjah 6 lagi. Meaning to say dah almost 5 years guna calculator yang sama tanpa tukar bateri. Lama ye?. 

Thanks Sir promo calculator ni sampai ramai student2 Maths Clinic Plus pun mencari-cari calculator yang sebijik macam ni berwarna pink. Hehehe....Ini termasuklah ummi Dania ni haa....cari punya cari ada pulak kat Hasani Books kat shopee. Tanpa second thoughts terus ajer pesan dan taraaa.....

Warna pink ni memang mengancam la. Saya ada post kat IG pun bila tengok insight memang ramai yang tengok post saya yang ini. Bila pergi kedai buku kat Pustaka Rakyat pun dok promo calculator ni tapi masa tu calculator ni dah habis stok. 


Close up calculator pink ni. 
Jenis Classwiz fx-991EX
Just in case sesiapa yang nak beli. Calculator ni upgrade sikit dari calculator Canon Dania yang sebelum ni. 
 

Tak lama lepas tu saya pulak yang dapat DM dari seseorang. Dia tanya macamana nak tukar decimal to fraction menggunakan calculator pink ni. Beliau beli calculator pink ni sebab tengok post saya kat IG ni lah. Bagus kalau terpengaruh dengan post yang memberi manfaat. 




Ok, berbalik kepada soalannya tadi....saya minta Dania yang tolong jawabkan. Nasib baik Dania boleh jawab soalan tu sebab sebenarnya Dania baru dan dan tu cuba guna calculator pink tu. Dania pun jawab la kat IG saya tu. Saya ingatkan pelajar ni pelajar sekolah menengah rupanya pelajar Diploma. 


Saya pun minta dia doakan Dania untuk SPM 2021. Dalam masa yang sama saya juga doakan untuk dirinya. Calculator warna hitam ke pink ke kalau tersalah buat soalan Matematik ke Matematik Tambahan ke tetap salah. Jangan cuai ajer. Cuma dah ada 2 calculator ni boleh la buat tambahan jikalau satu calculator tu kehabisan bateri. Pernah berlaku kat anak kawan saya. Terpaksa pinjam cikgu punya masa exam tapi masa tu kalau dah gabra takut terganggu konsentrasi la pulak kan....
Viewing all 1852 articles
Browse latest View live