Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all 1850 articles
Browse latest View live

Nak laju ke nak lambat?

$
0
0
Saya ada order barang import dari UK dari kawan saya kat sana. Kebetulan kawan saya ni mengikut suaminya yang sambung PHD kat universiti di sana. Keduanya memang saya kenal pun sebab pernah sekali bekerja masa zaman saya bekerja dulu dulu. 😊

Ok alkisahnya saya dapat tracking number melalui message. Bila barang tiba Malaysia, adik kawan saya yang akan pack barang dan hantar kepada customer. Bila track, nampaknya barang dah sampai delivery facility kat Bangi ni haa....kalau posmen dah ambik barang ni mesti status bertukar jadi 'item out for delivery'. Ha kalau jadi status macam ni kena tunggu kat rumah je la sampai barang sampai.


Terus ajer ke Pejabat Pos Bangi ni yang terletak kat Taman Industri Selaman. Kenapa saya confident ajer ke pejabat pos ini?. Kita kena tahu juga pejabat pos delivery facility ni kat mana. Dalam kes saya ni saya tanya ajer posmen yang hantar surat kat area rumah saya. 

Tiba pejabat pos kena isi borang dengan details seperti :
  • Nombor item
  • Nama
  • Alamat
Tunggu sampai nama kita kena panggil dan tunjuk kad pengenalan kepada staff pejabat pos dan kemudian kita akan sign kat borang yang disediakan. Lepas tu wallah dapat lah pakej kegembiraan kita tu. 👌

Boleh ajer tunggu keesokan harinya sampai posmen hantar tapi saya tak sabar dah haihhh. Dah dekat ajer pejabat pos tu jadi terjah ajer la. Kalau jauh malas juga saya nak terjah. Ni dalam 7 km je nak ke sana. Berbalik pada kita....nak laju ke nak lambat? 😁
 

Ni lah barang yang ditunggu-tunggu. Akhirnya selamat tiba. Jauh dia terbang dari UK. Ini adalah set vanity Minnie Mouse Dania punya. Comel sangat berwarna ala rose gold. Ada ribbon Minnie kat atas cermin. Pantang tengok item yang comel ni so saya pun order la satu. Bentuknya kan saling tak tumpah macam cermin princess dalam kartun Disney tu. 

Besar jugak cerminnya. Boleh la Dania guna masa nak letak pelembab muka bagai tu. Cermin ni pun boleh bayar ansuran sehingga barang tiba kat Malaysia. Bila dah tiba kat Malaysia kena bayar full + postage sebelum barang yang kita pesan tu di pos. 


Sekarang ni kalau ternampak apa-apa ke mesti teringat kat anak. Kita beli apa-apa pun teringat kat anak jugak. Memang sindrom mak mak. Keperluan sendiri tolak tepi dulu. 

Oh ya kalau nak kirim kat kawan saya ni boleh la terjah IG dia kat SINI ye. Macam macam ada. 

Pergi tak kembali dan kisah Kuala Selangor

$
0
0
Dapat whatsapp pagi lagi dari adik inform ibu mertuanya dah meninggal dunia. Sebelum itu Umi memang tengah sakit dan keadaannya tidak stabil akibat terjatuh di rumah dan diserang angin ahmar. Umi dirawat di Hospital Shah Alam. Ikutkan adik beradik belah suami adik saya nak bawa ke Sunway Medical Center untuk 2nd opinion tapi allah maha mengetahui kan....memang tak sempat bawa dan meninggal di Hospital Shah Alam. 😥. Saya memang panggil Umi jugak. Kalau jumpa memang saya akan kata saya nak menumpang kasih Umi sebab Mama pun dah takde 😭.

Ok. Saya anak beranak breakfast dulu kat rumah dalam jam 11 pagi sebelum bertolak ke Masjid Umariah, Kg Perepat, Kapar. Dalam perjalanan tu doa doa moga kami sempat sampai la boleh la solat zohor dan jenazah sekali. Bertolak ke sana berpandukan location yang adik share melalui handphone. 

Bila tiba je saya dan Dania sempat solat zohor ajer tetapi suami sempat solat zohor dan solat jenazah. Alhamdulilah. Adik saya perempuan yang dua orang ni sempat la solat jenazah. Ye lah kami tiba pun masa jemaah dah habis solat zohor. 


Van jenazah yang membawa umi ke pusara. 
 

Ikut belakang kereta adik ipar untuk ke pusara. 


Umi dah pesan supaya yang perempuan tidak ke pusara. Adik beradik adik ipar yang perempuan beserta adik saya pun akur tak ke pusara. Saya hanya ambil gambar dari kejauhan sahaja. Sayup-sayup ajer nampak ni. 

Doakan Umi, Zaiton Binti Mohd Saad ditempatkan di kalangan mereka yang beriman ye?. 😞


Hujan pun mulai turun dengan lebatnya. Kesian hubby tak bawa payung tadi. 


Selesai pengkebumian, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor. Hubby berkira-kira nak makan Mee Udang Banjir kat Kuala Selangor tu. Nasib baik breakfast makan agak lewat jadi boleh lapik perut la kan. Perjalanan mengambil masa 40 minit atau lebih......nak ke Kuala Selangor sebabnya banyaknya kereta kat Kuala Selangor nun. 


Ramainya makan kat sini. Entah-entah yang datang jauh macam kami. 


Nampak pau abah, beli 2 pau kaya dan 1 pau kacang. Makan la dulu. Takut-takut ramai macam ni order pun dapat lambat. Pau ni gebu dan inti kaya pun banyak dan sedap. 


Ni dia mee udang laut. Udang galah dah habis ye. Laut pun laut lah. Ada 5 ekor jugak la. Size pulak saya rasa size besar ni. Alhamdulilah kenyang...tapi bab udang tu saya kidnap jugak udang hubby seekor 🍤. Saya ni memang peminat udang 😋. Semangkuk mee udang laut ni harganya RM17. 

Mee Udang Banjir Kuala Selangor
587, Jalan Bandar Baru Batu 2, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
019 - 664 4235


Selesai makan, kami ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Kuala Selangor ni untuk solat asar sebelum bergerak balik rumah. Tiba rumah pun dalam 8 malam. Kat tol nampak ada polis jaga jugak. Eh...polis ni memang tunggu kat tol ye?. Tol keluar takde tapi tol nak masuk. 😨


Hari ahad kami pun terisi. Ingat nak duduk rumah ajer....

Erti sebuah persahabatan

$
0
0
Ada sekali tu kawan saya Sharifah yang hijab lavender tu whatsapp saya kata bila saya free so that kami bertiga boleh berjumpa. Akhirnya pada hari yang dijanjikan saya pun berjumpa dengan mereka. Sebelum tu saya lunch dulu dengan Dania dan hubby kat tingkat atas sekali. Ada food court kat Evo Bangi ni ha. Kami makan kat JM Bariani Express. Lama dah tak makan JM Bariani ni. Ok lepas tu hubby dan Dania balik, saya jumpa kawan-kawan saya pula. Tadi datang sini dengan 2 kereta lah. 

Sebenarnya mereka nak jumpa saya nak bagi hadiah kat saya. Saya sebenarnya dah tarik diri dari menjadi PIBG sekolah. Saya ada beri mereka cenderahati. Sharifah dan Linda kata sepatutnya mereka yang beri cenderahati buat saya sebab saya yang mengundur diri. Kami bertiga ni kalau buat kerja bersama-sama. Malahan sabtu dan ahad pun kami datang sekolah nak buat aktiviti kami. Sebelum tu ada aktiviti KSIB Prihatin di mana saya, Sharifah dan Linda kena kumpul pakaian baru atau terpakai untuk diberikan kepada pelajar sekolah Dania yang terkesan dengan wabak Covid-19. Bukan pakaian sahaja, apa-apalah yang boleh disumbangkan seperti kasut sekolah, buku-buku, pakaian harian. Sumbangan tu diberikan oleh ibu bapa warga sekolah Dania. Semuanya mestilah kami terima yang masih berkeadaan baik. Rupanya Covid-19 ni memberi kesan juga kepada komuniti sekolah menengah Dania. Bersyukur saya kerana masih juga diberikan rezeki. 

Ni saya pick up baju baru dari adik saya yang nak beri sumbangan baju sekolah baharu. Saya beri stokin baharu dan baju uniform Dania yang masih berkeadaan baik. Adik lagi seorang sumbang dalam bentuk duit jadi saya gunakan untuk beli barang keperluan dan ada juga yang saya beri duit terus kat kawan saya yang seorang ni yang terkesan. Rezeki dia sebab saya ternampak namanya dalam senarai PIBG. Jadi saya approach dia. 


Ok back to cerita kami bertiga ni, kami pun berborak la perihal sekolah, anak-anak. Kalau mak mak ni berborak mesti selit hal anak-anak ye. Sharifah dan Linda keduanya ada anak yang dah ke pra universiti. Seorang asasi sains, seorang lagi anak mendapat tajaan Petronas untuk ke Jepun tapi sekarang ni belajar bahasa Jepun di salah sebuah universiti. Bila ingatkan balik hebat2 anak mereka ni. Kumpul A berderet dalam SPM. Sekolah Dania ni ada 2 aliran ajer. Satu aliran sains tulen dan satu lagi aliran sains tulen agama. Jadinya kebanyakkan pelajar sekolah Dania ni ambil asasi atau ijazah di dalam bidang sains. 

Saya dah tarik diri dah dari PIBG walaupun sesi saya ni akan berakhir bulan Jun 2021 (Sepatutnya sesi habis bulan Mac 2021 tetapi mesyuarat PIBG tidak dapat diadakan kerana Covid ni lah). Tarik diri pun atas sebab yang tertentu. Mereka berdua mengetahuinya. 


Ni lah hadiah yang saya dapat, ni hadiah ni nak kan saya 'kenang daku dalam doamu ni'. Ye insya allah kawan yang baik2 sentiasa ada dalam doa saya. Kawan-kawan saya jauh dan dekat sentiasa di hati...
 

Salah seorang dari mereka mendapat set A Thousand Wishes. 


Dan set Gingham ni untuk kawan saya yang seorang lagi....wangian keduanya best seller. Saya sendiri pengguna rangkaian Bath and Body Works ni. 

Kiranya macam bertukar-tukar hadiah pulak. 

Bawah ni pulak ceritanya ketika kawan saya yang seorang ni namanya Naterah call kata ada dekat-dekat rumah saya sebab anak dia yang happen to be kawan Dania jugak (malu tu tak tengok camera)....belajar menunggang motor dekat sekolah memandu area rumah saya. Kawan Dania ni pun terkejut sebab rumah Dania pun area sini. Hehe. To be exact 450m je dari rumah ni haa....dekat benau la ni. Harus la jumpa. Jadi saya ajak ke Paparich sebab selepas tu Naterah nak buat treatment pulak kat wellness kat Bangi ni haa....amboiii 2 in 1 tu sesambil tunggu anak belajar memandu boleh buat treatment ye?. 

Minum kat Paparich tu adalah dalam 30 minit je. Sempat jugak la berborak kejap. Takde lain pasal anak sure selit sekali 😄. Sindrom mak mak kan. Lepas tu saya lead la kereta hantar Naterah ke tempat wellness tu. Masa balik saya hantar lokasi sekolah memandu ni sebab inilah pertama kali Naterah nak hantar anak belajar menunggang motor kat area sini. Daftarnya kat area lain tapi belajarnya kat sini. Kebetulan memang lalu sekolah memandu ni sebelum tiba rumah saya. 


Haa ni gambar masa anak kami sekolah rendah 😁. Tak ingat pulak tahun bila tapi tengah beratur kat Clarks warehouse sale kat Citta Mall, PJ. Sekarang ni anak kami dah Form 5 dah. Hehe. 


Sebelum Naterah balik saya bagi 1 pek putu perak yang hubby saya beli kat gerai berdekatan bulatan Uniten. Saje minta hubby belikan lebih putu perak ni sebab nak bagi kawan saya. Gerai putu perak ni pun dah jadi van. Bertambah maju nampaknya. 

Dulu masa anak sama-sama sekolah rendah, Nat ni rajin bagi kek la, pai la, brownies la semua yang dia baking. Memang pandai baking pun. Jadi saya akan balas balik dan begitulah seterusnya. Bagi balas, bagi balas.... Sekarang ni takde la macam tu sebab dah anak pun sekolah lain. Tempat tinggal kami pun bukannya dekat. Ha begitulah ceritanya...


Sebelum mengakhiri post blog ni, saya dengan rendah diri memohon sumbangan untuk naik taraf surau sekolah menengah Dania. Sekarang ni pun pelajar makin ramai terutamanya pelajar tingkatan 1. Kalau nak muat semuanya sekaligus memang tak muat kerana surau sedia ada ni berkapasiti kecil. Mohon sumbangan para dermawan. Moga ada yang bermurah hati sudi memberi sumbangan. 😔


Keterangan lanjut boleh click SINI

Ada juga saya letak kat banner sebelah kanan blog ni dengan linknya sekali 😊. Kalau dapat share pun lagi bagus. Terima kasih daun keladi diucapkan!. 

Pembelajaran Online di zaman pandemik

$
0
0

1. Sekolah

Bila sekarang ni Dania PDPR (Pengajaran dan pembelajaran di rumah) untuk subjek di sekolah, bukan Dania ajer tapi pelajar2 kat Malaysia ni haa....ada pro dan cons nya lah. Pro nya tu dari rumah pun boleh belajar. Cons nya anak kita ni faham ke apa yang cikgu ajar tu berbanding dengan bersemuka. Ada cikgu pernah bagitau kat saya memang tak best ajar anak murid online ni sebab kita tak tahu dia tu dengar sungguh ke atau tengah tidur 😴. Bukak ajer la sesi pembelajaran tu kengkonon online tapi sebenarnya takde pun depan pc/laptop/telefon bimbit. Kalau nak kantoi pun bila cikgu tanya soalan direct kat dia. Kalau senyap je kantoi la kan. 

Kalau bersemuka ni lebih best sebabnya kalau tak faham tu boleh je tanya dan dan tu. Aura nak belajar tu kalau bersemuka tu lebih bersungguh-sungguh la bagi saya. Ye tak?. Tapi tu lah nak buat macamana sekarang ni kena belajar dari rumah sebab pandemik Covid-19 ni lah. Bila saya tanya Dania memang dia kata dia faham tapi kalau bawak balik buku latihan ada yang salah tu maknanya apa?. Dia faham cara dia ajer lah. Padehal mungkin tak faham secara terperinci kan. Itu yang membuatkan saya risau. Nak nak calon SPM 2021 pulak. Bila ada salah kat dalam buku latihan tu menunjukkan dia kena berjumpa betul2 dengan cikgu masa bukak sekolah nanti. Tak boleh alpa dan leka. 

Kat bawah ni sesi pembelajaran subjek Kimia. Tapi....ada saya dengar kan...ada juga sekolah yang tak buat sangat PDPR online ni. Pelik jugak saya. Ada satu sekolah anak kepada kawan saya. Jarang-jarang PDPRnya. Kira bersyukur juga sekolah Dania ni buat setiap hari tanpa gagal. 


Disebabkan tak pergi sekolah, ada juga cikgu yang suruh hantar homework kat sekolah. Ada la 2-3 kali ulang alik ke sekolah. Ada juga cikgu yang suruh hantar homework melalui google classroom. Kita ikutkan kehendak cikgu ni. Ada yang suruh hantar melalui email juga. 

2. Tuisyen 

Pembelajaran tuisyen pun melalui online. sempat juga masa awal Tingkatan 4 tu pergi pusat tuisyen. Akhirnya kena online ajer sebab pusat tuisyen pun tutup. Mula-mula Dania rasa tak boleh cope juga dengan jadual online dia ni tapi lama-lama dah boleh ikut rutin dah. Berdisiplin setiap hari tahu time dia kena tuisyen online. 📚📐📏

Sekarang ni pusat tuisyen dah buka tapi saya prefer online lagi. Senang. Kalau anak dah selesa kan. Tak payah berantar berambik lagi dah. Dah tentu waktu tuisyen kalau kat pusat tuisyen tu waktu malam 🌙. Ni kalau online kita boleh pilih masa yang sesuai dengan kita. Dania pilih Isnin - Jumaat. Sabtu dan Ahad tu boleh rehat daripada tuisyen. 💃

3. Kelas Bahasa Korea

Pembelajaran online di mana sahaja kita berada. Kali ni saya ambilkan kelas online asas Bahasa Korea untuk Dania since dia minat sangat kpop la k drama la BTS la. Kelas ni dah mula 30 Jan 2021 - 20 Mac 2021. Ada 8 kelas kena attend. 

Nak lari sikit dari pembelajaran di sekolah tu. Nak bagi release tension sikit. Buat something yang Dania minat. Bagus juga belajar bahasa ketiga ni. At least Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tu dah mahir. Tambah lagi satu Bahasa Korea. 

Dania dah boleh baca tulisan Korea walau merangkak. Akademi ni sertakan juga latihan, kelas yang direkod dimasukkan ke dalam facebook, ada kuiz sebelum kelas mula belajar yang baru. Cikgu pun best. Memang berbaloi sangat la. Nak nak harga cuma RM89 / 8 kelas. Berbaloi sangat dah. Ada dalam 40 orang dalam kelas Dania batch ke 6 ni. 

Akademi Bahasa Korea ni kalau tak silap saya terletak kat Kuala Selangor. Jauh la kan dari rumah saya ni haa tapi sebab kelas online, kita tinggal kat mana2 pun boleh join. Di akhir 8 sesi ni setiap pelajar akan dapat sijil penyertaan. Ada rezeki boleh sambung lagi iaitu kelas perbualan pulak. 

Tapi bagi saya kan, tak semua yang sesuai belajar online ni. Ada yang sesuai lagi bila belajar bersemuka. Bagi mereka yang nak exam besar macam SPM ni memang kena bersemuka sebabnya lagi senang nak belajar. Cikgu boleh tahu kelemahan pelajar secara bersemuka. Kalau yang ambik sains tulen tu nanti exam SPM ada exam untuk amali Kimia. Nak kena buat eksperimen. Kena ada pengalaman hands on la eksperimen tu. Markah akan masuk dalam peperiksaan SPM. 

Tak sabar pulak rasanya nak mulakan persekolahan 5 April 2021 ni nanti. Errr ummi yang excited ke anak yang excited ni? 😆. Tapi saya tahu Dania pun excited nak jumpa kawan-kawan dia tu. Hwaiting untuk SPM nanti! 💪

Kafe kayu | Warung biasa rasa luar biasa

$
0
0
Pada weekend baru ni ada la pergi makan tengahari kat Kafe Kayu ni. Kebetulan hari yang kami datang tu menu special mereka adalah set kari kepala ikan dan set masak lemak daging salai. Harus la order menu special hari ini kan.....


Ok...ini adalah set masak lemak daging salai pilihan hubby. Siap ada sayur kobis dan sambal belacan juga. Dalam kuah daging salai tu ada belimbing buluh. 


Ni pulak saya punya iaitu set kari kepala ikan yang didatangkan dengan sayur taugeh dan sambal belacan. Sayur taugeh ni saya kurang gemar jadi bagi semua kat hubby. Saya makan sayur kobis hubby. Sayur kobis saya makan.  


Ni haaa kari kepala ikan utara mari....saya suka betul kari utara ni haa....pekat. Memang sedap la. Hubby dulu memang terer masak kari utara tapi bila lama tak praktis dah lupa pulak. Idak boleh saya suruh hubby masakkan kari utara ni versi arwah ibu mertua saya. Sebenarnya kalau saya ke sini selalunya saya akan order menu set asam pedas tapi hari ni tukar menu pulak. 


Air sirap cincau Dania punya. 


Nescafe tarik hubby pilihan hubby. Saya pun merasa jugak. Hehe. Rasanya pekat dan susu banyak. Rasa lemak berkrim gitewww...


Saya kalau datang sini, takde lain mesti order air limau asam boi special yang blended ni. Perghhh minum masa panas terik......lega tekak. 


Kami bertiga menikmati hidangan makan tengahari di sini. Dania punya lauk lupa nak ambik gambar. Dania makan ayam goreng dan ada ulam raja dengan telur masin. Ada pulak kuah kari untuk dimakan bersama nasi. Kuah boleh pilih samada nak kari atau asam pedas. 


Kat sini pun ada juga bubur. Tengok la bubur apa disajikan pada hari tersebut. Hari ni menu bubur pulut hitam. 


Makanannya memang sedap la. Harga pulak berpatutan. Siapa yang teringin nak merasai hidangan kat Kafe Kayu ni boleh la ke alamat berikut :

Kampung Ambar Tenang
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan 

013 - 401 5799

Rumah Kueh Kak Zu | Airtangan Kak Zu memang ummph

$
0
0
Hari ni hubby cakap macam nak makan kek mentega. Dalam terfikir mana nak beli kek ni...teringat kat Rumah Kueh Kak Zu. Jadi pergilah kami ke sini membeli sebelum ke sekolah menengah Dania sebab nak hantar homework. 

Ok....Kak Zu pun ada buat baking class ye. Ada kawan saya yang belajar baking dengan Kak Zu ni lah. Kuih muih dan kek dari airtangan Kak Zu ni memang sedap. Saya tak tipu.....

 
Teruja tengok susunan kuih-muih dan kek kat rak. Apa nak beli ni? 


Marble sexy berharga RM15.
 

Hubby nak sangat butter cake kan?. Butter cake depan mata...


Marble chocolate ni berharga RM15. Kek marble coklat anyone?.


Sourcream Butter cake ke nak congo bars?


Ini pula seleksi kuih muih tradisional. 


Apam beras berbentuk bunga ni cantiknya. Berwarna warni pulak tu. 

Pulut serunding. 


Kerepek, cookies dan kuih raya...


Haaa ada lagi....


Ini pembelian kami. Talam durian, Butter Cake, Victoria Sandwich Cake, Cheese Tart dan mini Peach Strudle. Lama dah tak singgah sini. Sekali singgah kita borong. Hehehe....malangnya cream horn takde pulak hari ni. Kalau tak, memang dah rembat dah. 

Datin Nor Hafizah Saad yang jual Al Quran bertanda Ar Rayyan dan ibu Neelofa, Noor Kartini pun pelanggan Rumah Kueh Kak Zu. 


Mesti tertanya-tanya kan kat mana lah Rumah Kueh Kak Zu ni haaa :

No. 10 Jalan Sri Kenari 3,
Taman Sri Kenari,
43000 Kajang,
Selangor 

018 - 203 8118


Phone dikunci dan kisah berpusing-pusing

$
0
0
Kalau pakai phone android ni seringkali disuruh kita update kan?. Alkisahnya saya update la phone Samsung saya ni. Sekali bila dah selesai update, ter'key in' pin code yang salah. Apa lagi kenalah pulak masuk nombor PUK. 

Sudah....PUK la pulak. Dah kena pinjam phone Dania untuk call Maxis Center. Bila call Maxis Center, Fikir yang tolong jawab semua persoalan saya. Pelik saya memikirkan sebab Fikir kata saya ada 2 nombor PUK (Dah kenapa 2 PUK pulak?...malas nak fikir). Kemudian kedua nombor itu tidak berjaya kerana phone saya memerlukan pin code. Salah masuk lagi sehingga Fikir menasihatkan saya pergi ke Maxis Center tempat saya menukar phone ini. Fikir punya fikir...baru teringat saya ambil phone ni sebelum saya nak ke Taiwan. Saya ke Maxis Center Mines Shopping Center. Jangan confuse ni Fikir di sini ada 2. Satu Encik Fikir dan lagi satu saya yang ber'fikir'. 😀

Ok fine, saya dan Dania pun menuju ke Mines Shopping Center. Disebabkan saya jarang ke Mines, nak masuk jalan ke parking Mines pun dah salah selepas U turn di Seri Kembangan. Haishhhh. Nak kena buat pusingan U pulak kat depan Segi Fresh Balakong. Nak kata dekat sangat pun tak juga. Buatlah pusingan U kat situ dan menghala ke Mines Shopping Center lagi. Kena hati2 supaya tak berpatah balik ke jalan nak ke Segi Fresh Balakong 😅. Nyaris-nyaris dah ok?.

Ok lah tiba la ke tempat parking. Kat atas takde parking, saya drive ke bawah. Alamak....parking kat bawah tutup pulak. Ada seal sekeliling parking. Adehhhh....nak kena keluar pulak parking. Nasib baik touch and go tidak dikenakan bayaran sebab nampak kat screen bayaran RM0. Lega.....dahhhh berpusing one round kena lalu Mines Exhibition Center yang lengang itu dan Hotel Philea Mines Beach Resort. Kemudian pusing kat roundabout (apa la nasib hari ni kena berpusing-pusing), baru masuk parking dan alhamdulilah ada rezeki parking dekat dengan pintu masuk. 😂. Dah scan dan terpaksa tulis suhu kat buku sebab phone tak boleh bukak. 

Bila tiba kat Maxis, staff Maxis tu cuma ambik phone dia dan key in nombor telefon saya dan dia suruh saya masukkan PUK tu. Lepas tu dia key in kan pin code xxxx dan dia suruh pulak saya key in pin code personal saya. Wallah dah siap.....aik senang macam tu je?. Kalau tahu senang macam tu takde lah saya nak kena berpusing-pusing ke Mines Shopping Center ni ha....😆. Ikutkan hari ni saya nak masak tengahari tapi disebabkan kes ni makan je la kat Mines ni sebab perut pun dah lapar. 


Kat sini ajer la destinasi makan kami dua beranak. Mc'Donald's je la ye?. Ni photo ni hantar kat hubby. 😜. Dia sibuk menanya masak apa tengahari?. Masak kat kedai ajer la ye....😁
 

Kita selit kat sini lauk makan malam. Udang bercili. Ada lagi lauk tak ambik gambarnya. Ikan talang masin dan petai. Alhamdulilah untuk malam ni. Kisah siang tadinya bukan setakat berpusing-pusing tapi kepala pun berpusing sekali 😅.


Pernah alami phone kena kunci?. 

Birthday my man dan 3 shopping mall

$
0
0
Dalam pukul 12 tengahari dah keluar rumah menuju ke Pavilion, KL. Hubby kata nak ke KL sebab dah lama tak ke sana. Jalan nak ke KL takde lah sesak macam biasa. Ok lah kan?. Kami parking kat hotel Grand Millenia. Nanti saya bagitau berapa caj parking yang kami kena. Jeng jeng....

Ambik gambar Dania dengan latar belakang Pavilion. Macam tourist la pulak..hehe


Berkenan pulak kat background Dior ni so 1 gambar ummi please...Dania....tapi Dania geram sebab ummi bila tak berkenan je gambar suruh Dania ambik lagi sekali 😄
 

Kena beratur sini dulu. Nasib baik kejap ajer sebab kami tak ramai. Kebanyakkan yang nak makan kat sini keluarga ramai. 

Kami bertiga di hari ulangtahun hari jadi hubby yang ke?....😃
28 Mac 2021


Ada pavlova ajer. Takde kek lain. 


Dah pakat-pakat dengan staff Serai suruh menyanyi masa bawak Pavlova nanti. Hubby kata tak nak lilin-lilin ni (macam mengesyaki saya ada plan sebab sibuk jumpa staff privately). Hehe....Saya kata mana ada...nak minta staff tu ambik gambar ajer. Dania pulak dok senyum-senyum. Haishhh tak leh berlakon la. 


Pavlova ada tulisan dengan coklat. 


Normally kalau ada keraian apa-apa kami suka makan kat Serai ni. Nama anak owner Serai ni Qistina. Eh eh sama dengan email saya lah. Errr ok takde kena-mengena ok!. Memang best environment kat sini. Paling penting hidangan kat sini best dan halal. Boleh saya tak tahu dan tak pernah pergi makan kat Serai yang terletak kat Seksyen 3 Shah Alam tu. First restaurant mereka tu. Masa saya belajar kat UITM Shah Alam tahun 1997 - 1999 tu kalau makan pun kat Syed atau Khalifah area situ. 

Ok ni menu pilihan hubby. Nasi lemak. Dulu ada nasi ambeng tapi nampaknya makan kat cawangan lain pun dah takde menu nasi ambeng. 


Dania tekak orang putih jadi makan spaghetti carbonara. 


Saya pilih Ying Yong. 


Bergambar dengan birthday man. Banyak kali ambik jugak sampai ada orang geram 😆. Tukang ambik gambar la yang geram tu. 


Dania nak masuk kedai buku Times ni jadi masuklah kami ke sini. 


Mug ni hubby belanja. Beli Mr H, Miss D dan Miss E. Saya pilih Miss E sebab Miss warna pink. Kalau Mrs warna putih. Bagus juga kalau beli mug ni untuk hadiah birthday, wedding atau anniversary. Ada kotak cantik juga. 


Cantik la decoration kat dalam Pavilion ni. 


Kalau hubby beli beg ni boleh la geng Ena. Hmmm harga pun RM1000++ tu tapi katanya ada 50%-60% discount. Isteri dia beli boleh bayar 3 kali. Pulak tu beli murah. Hehehe. 


Lepas tu masuk Pull & Bear pulak. Meh try test topi pulak. Dania kata topi ni Jung Kook pakai. Ye lah Dania....saya kata pulak macam Pengerusi Surau je selalu pakai. 😁. Ye Pengerusi Surau rumah kami ni memang suka pakai topi ni. Dania kata macam topi memancing jugak. 


Sementara Dania pergi test baju, ummi dan ayah ambik peluang mirror selfie. 


Ummi ok tak?. Baju kemeja lengan panjang codroy warna ungu lembut dipadankan dengan seluar flowy warna putih. Ummi juga nak kena tengok ok ke tak....


Pull & Bear ni brand dari Spain kata adik cashier ni. Patut la seluar Dania warna putih tu made in Morocco. Spain dan Morocco dekat kan?. 

Lepas Pull & Bear adalah masuk keluar kedai macam Lush la....kemudian kami solat Zohor kat Tingkat 5 Pavilion. Masa tengah beratur tunggu nak masuk surau, ada orang tegur saya. Nor ye?. Mungkin muka saya macam 'Nor' la kot masa saya pakai facemask. 😅. Saya balas la bukan. Dania punya gelakkan saya kata muka ummi ni universal. Ada kata macam pernah nampak kat Negeri Sembilan, macam muka nenek dia, macam muka saudara kat Melaka-lah....


Ambik gambar kat fountain depan Pavillion. Kat sini memang ramai orang ambik gambar. 


Hubby pergi simpan barang dalam kereta dulu sebelum datang balik dapat pulak bunga. Ada orang Bangladesh pandang saya. Saya buat lawak. Mungkin dia ingat ummi ni 'Nor' kot. 😅. Saya beli kat orang jual bunga tepi jalan ajer. Nampak macam orang asing. Nak kata bunga Valentine, dah bulan Mac. Lepas tu bagi la kat hubby. Birthday man kan? Tapi idak la nak pegang bunga tu. Saya gak nak kena pegang. 


Actually masa kat Pavilion tu ada singgah Fahrenheit jugak tapi macam tak menarik pulak Fahrenheit ni. Cuma singgah Body Shop je la beli pelembab muka. Other than that tak singgah pulak mana-mana. Ingat kot ada cafe boleh minum-minum dalam Fahrenheit tu tapi akhirnya beli slurpee kat 7-11 ajer. Ok nak tahu tak caj parking kami kat Grand Millenia Hotel?. RM14 untuk 4 jam kami habiskan masa kat Pavilion dan Fahrenheit tu. Budget lagi mahal tapi nasib baik tak mahal sangat. Memang senang juga sebab tak jauh pun dari Pavilion tu. 

Lepas tu kemana kami?. Nak pergi kat Saloma Bridge pulak atau Pintasan Saloma. Tak tahu sebenarnya exactly tempat tu tapi ikut maps ajer. Ni kami lalu bawah Pintasan Saloma ni. 


Kami parking kat KLCC dan berjalan menuju ke sebelah NZ Curry House. 

Stop kejap.....pose....


Gambar ni cantik sungguh. I 💜 it. Highlight kat bangunan belakang tapi depan gelap la. 


Haaaa pertama kali kami ke Pintasan Saloma ni. Kalau gelap sikit lagi lawa. Masa ni jam 6 lebih petang ni. 


Dekat dengan perkuburan Kg Baru. Tak silap saya kat sini tempat P Ramlee disemadikan. Mungkin Pintasan ini diberi nama Pintasan Saloma sebab isteri kepada P Ramlee ke?. 


Dania cuba baca dalam Bahasa Korea. 
Eoseo Oseyo....(welcome). Ada banyak bahasa untuk meraikan kedatangan pelancong asing. 


Masuk balik KLCC untuk makan malam kat food court dan solat Maghrib. Kami duduk sebelah Nasi Padang. Rupanya Sari ratu ni. 


Perghhh panjangnya line nak masuk surau. SOP sekarang ni tak ramai dalam surau pada satu-satu masa. 


Penutup ni. Minum kat La Cucur. Dania dah sibuk nak balik setelah berjalan jauh jugak hari ni. Penat dah. 


Ok last dah.....singgah nak tengok air pancut berwarna-warni kat luar KLCC. 


Eh ada pulak sebut nama selebriti?. 😂


Penat sungguh hari ni masuk keluar 3 mall tu. Pavilion, Fahrenheit dan KLCC. Kat KLCC kami habiskan masa dekat 3 jam lebih jugak la. Tiba rumah dalam 10.30 malam. Walaupun jalan dekat KL ajer pun tapi seronok kerana dapat habiskan masa bersama keluarga. Sakit kaki tu toksah cakap la. Lenguh-lenguh jalan jauh gak tu. 😁.

Kepada hubby, Happy Birthday!. Terima kasih bawak kami jalan-jalan. We 💗 You. Nanti bawak kami jalan-jalan jauh sikit ye?. Hehe. 



Hari minggu dan hari lahir | Anies Bake House

$
0
0
Hari ni hari sabtu. Boleh pulak saya ni terlupa dah mula cuti sekolah. Kalau Dania bersekolah tu tak lupalah cuti sekolah ni. Almaklumlah Dania tak pergi sekolah. Setelah balik dari makan pagi di Warung Kendi, Sepang....bila hubby lalu jalan highway terus la ajak nak tengok UITM Dengkil. Selalunya kalau pergi Warung Kendi ni lalu jalan dalam ajer. Takde gambar pulak UITM Dengkil ni tapi kena lalu kawasan perumahan baharu. Lepas tengok depan mata UITM Dengkil tu hubby kata nak singgah Cyberjaya sebab nak pergi D Pulze. Dah on the way nak ke rumah dah ni. Ok kat sini nak singgah Anies Bake House jugak.  

Anies Bake House ni betul-betul kat tepi escalator ajer. 


To be exact kat sebelah Sepiring. 


Ada beberapa produk dijual kat Anies Bake House ni. Ada rempeyek, cookies, bayam brazil crispy. Mana pilihan hati ni?. 


Selain daripada itu, nak beli kek untuk hari lahir hubby. Comel-comel kek ni dari iron man, Peppa Pig, ahli bomba, My Little Pony. 
 

Cantik betul dan manis ajer design kek berbentuk 💜 tu. 


Belah sini ada kek juga tapi yang dah siap dipotong. Ada cream puff juga. Dah alang-alang kat Cyberjaya ni, saya tapau kan cream puff ni untuk adik saya sebab nak bagi barang yang dia beli dari saya. 


Ni haa saya ada beli set fantasy combo kat Public Gold. Set ni ada Marvel, Wakanda, Frozen II dan Tom and Jerry. Lepas tu adik ada sebut la set terbaharu tu kena beli banyak. To be exact kena beli 12 pieces. Dah tentulah harganya mahal kan?. Set ni harganya RM1420. Dah takde dah dalam website Public Gold tu. Limited set ajer ni. Adik memang berkenan nak kumpul Wakanda dan Marvel (ada dalam set yang 12) ni jadinya saya jual ajer kat adik sebab memang tak berkenan yang 2 ni. Hehe. Setiap satu ni beratnya 1g. Kalau ambik set ni no sirinya semua sama kecuali huruf di depan. 


Ok berbalik pada kek kat Anies Bake House ni, ada perisa coklat, red velvet dan satu ajer butter cake. Apa lagi pilih yang butter cake lah. Takde pilihan lain lagi dah. Butter cake ni perisa Caramel Butter Cake. Suruh adik ni tulis kat kek ni. 


Ni lah tulisan atas kek ni. Kek ni comel ajer pun. Sesuai la untuk keluarga kecil kami. 


Apa sahaja untuk mereka yang tersayang dan penting dalam hidup kita....hadiahnya saya pilih yang Poh Kong di https://bit.ly/31pya6s

Bersemadilah dengan tenang sahabatku....

$
0
0
Bila dapat berita pemergian sahabat saya yang seorang ni....entah nak cakap macamana. Rasa sebak sangat kat dalam hati tu bagai ditoreh-toreh. Masakan tidak, walaupun semenjak kebelakangan ini tak berapa rapat tapi dia pernah jadi sahabat saya masa kat UITM Dungun. Eliza bagi saya seorang yang outspoken. Kalau yang tak biasa dengan Eliza ni mau terasa dengan kata-katanya tapi saya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kadang saya tegur juga. Beliau juga seorang yang berani melontarkan buah fikirannya. Silap2 boleh kalah kalau bercakap dengannya. Beliau punya english pun superb. Ibu ayahnya dulu bekerja dengan kedutaan Malaysia di Korea. 

Nak dijadikan cerita, saya, Normi, Eliza, Mariea dan Kak Ayu pakai seluar slack ke blok akademik kat UITM Dungun tu. Masa tu etika berpakaian kena pakai baju kurung kalau nak ke blok akademik. Being muda remaja mesti nak buat benda notty ni. Hehe. Sebenarnya bukanlah satu kesalahan besar pun kalau pakai slack ni kan?. Being us yang notty ni kan kami pakai dan pergi blok akademik. Tak ingat pergi nak cucuk mesin ATM ke apa ke....jadi kisah kami pakai slack ni jadi buah mulut senior sampai kena panggil dengan YDP Majlis Perwakilan Pelajar masa tu senior yang kami panggil Abang Zack. Bermulalah kami bertikam lidah dengan YDP (Berani ko....adik junior ni haaa). Errr saya senyap ajer. 😁. Eliza ni lah yang berpegang teguh menegakkan kenapa kami pakai slack bukan baju kurung dengan abang senior ni. Mulalah rasa nak pindah kampus ke Shah Alam sebab Shah Alam boleh ajer pakai slack ke apa....cuma kena sopan la. Glamour jugak la kami berlima ni di kalangan Majlis Perwakilan Pelajar ni. Hehehe. 

Eliza ni dulu ala ala assistant Prof Izzi. Ingat tak tagline 'Selamat beramal'?. Prof Izzi pun dah 'pergi' tinggalkan kita. Dulu, Prof Izzi ni ajar kami Matematik masa diploma. Saya juga pernah minta tolong Eliza mengajarkan saya Matematik. Eliza ni memang sangat pandai Matematik. Ada pernah sekali saya dan kawan saya tercakap la apa yang kami tak puas hati dengan Prof Izzi sekaliiiii esoknya masa Prof Izzi punya kelas dia tanya siapa yang kutuk saya semalam? 😅. Eliza tercakap la kot. Bukan kutuk la Prof, ada yang kami ceritakan....😝. Ini diantara kenangan manis saya dengan Eliza lah. 

Pernah juga berjumpa di E-Curve bersama Eliza dan Dania. Kami menonton wayang bersama. Tak silap saya masa tu menonton movie Twilight. Tak ingat la Twilight yang mana....lepas menonton tu kami makan kat Mc'Donalds kat bawah tu. Dah lama tak ke sini tak tahulah ada lagi ke Mc'Donalds dan cinema kat situ. Dulu saya rajin juga contact sahabat2 saya yang saya baik termasuklah Eliza ni tapi sekarang nak cakap lama2 over the phone saya dah tak berapa gemar. Faktor usia agaknya. 💆

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum pemergian Eliza ni, dalam group ITM Dungun ni ramai la mengucapkan selamat hari jadi buat Eliza. Saya dah lama keluar dari group ni sebab malas masuk banyak group. 😃 . Tengok la apa yang Eliza jawab?. Macam tau tau ajer dia ye?. Ada seorang sahabat saya pula kata terlupa nak mengucapkan tapi fikir masih ada tahun depan untuk dia ucapkan kata 'Selamat Hari Jadi'. Nampaknya tak kesampaian bila 'masa' Eliza telah tiba pada tahun ini. Ajal ni tak tunggu kita......😭


Ni gambar lama saya dan sahabat2 masa attend majlis makan malam gabungan pelajar melayu semenanjung (GPMS) dekat Sri Molek Inn. Tak silap saya Sri Molek Inn ni kepunyaan UITM Dungun untuk pelajar hotel and management, chef training, pramusaji training di sini. 

Depan dari kiri : Siti Hawa, Lilis Suraya, Eliza, Norazliana dan Gusrina.
Belakang dari kiri : Saya dan Norhayati.  
 

Begitulah kisah saya bersama Eliza....ada kawan saya pun anak dia tuisyen Matematik untuk PT3 dekat setahun jugak la dengan Eliza. 

Tenang la sahabatku di sana. Moga doa yang saya dan sahabat lain titipkan buatnya akan sampai kepadanya. Walaupun dah lama tak bertanya khabar, last tanya khabar pada 25 Disember 2020, tetapi kenangan kita tetap di dalam ingatan.  

Hotel Movenpick Sepang | Menarik atau sebaliknya

$
0
0
Ini adalah entry throwback. Ni masa tahun lepas (baru nak update 😁). Tarikh hari ni yang kami pergi makan kat warung ni ialah 22 Ogos 2020😅. Ok saya tahu tahun ni dah 2021. Kami makan tengahari kat Warung Bunian. Dah kira on the way nak ke hotel kami tu. Lauk untuk 2 orang tapi nasi untuk 3 orang. Lauk tu kalau buat 3 hidangan takut yang kena perabihnya hubby jugak. 😄. Selesai makan moh le kita ke hotel tersebut. 


Ni lah hotelnya, Hotel Movenpick and Convention Center KLIA yang terletak di Sepang. Tujuan kami menginap kat sini sebab mulanya nak menginap kat Avani Sepang Goldcoast Resort. Tapinya, kena menginap 2 malam pulak kat Avani. Dah kenapa pulak kan?. Nak menginap 1 malam sebab nak grab promo RM500++ 1 malam tapi macam kena paksa menginap 2 malam. Terus tak jadi.....inilah hotel pilihan kedua. 

Niatnya nak makan ikan bakar kat Sepang tu haa.....saje-saje la nak menginap kat hotel sama. Kat bawah ni macam teaser movie seram. 😂. Setuju? 

Masuk bilik ajer, Dania ada online tuition jadi nak guna la plug, boleh pulak plug rosak dan akhirnya jumpa juga plug yang ok. Plug yang guna untuk lampu hiasan dalam bilik. Kekurangan plug la pulak. Dalam zaman yang orang guna gadget ni plug tu kalau boleh banyak la kan. Mana nak guna laptop lah, nak charge phone lagi. Banyak nak di'komplen'kan kat hotel ni. Kita kalau bayar untuk service, kita mesti nak yang terbaik kan?. Hotel ni pulak 4 star rating dia kalau saya google.   


Bilik kami. Not bad juga bilik kami ni haa....


Pergi awal sikit nak makan malam kat Restoran Terapung HM Sri Bagan. Takut pergi lewat orang ramai sangat. Rupanya pergi awal pun ramai juga orang. Kena beratur tu sebelum dapat masuk. Nasib baik ada meja kosong untuk kami bertiga. 


Dapat la air kosong dengan kerepek nak buat kudap-kudap sebelum hidangan utama tiba. 


Inilah pilihan masakan laut. Ada sotong celup tepung, kerang bakar, ikan siakap tiga rasa, pepahat bercili dan sayur. Memang puas la kami tiga beranak makan. Alhamdulilah. 


Lepas makan memang terus balik hotel la. Takde nak singgah mana-mana lagi. 

Bermalam kat Hotel Movenpick and Convention Center KLIA ni, aircond dalam bilik tak berapa kuat. Saya tahap boleh berpeluh la jugak. A bit warm. 💦Aircond pulak centralized. Maybe sebab tetamu hotel tak ramai jadi aircond dia slow sikit. Kami ada la beli air mineral jadi letak la dalam peti ais sebab nak bagi sejuk. Esoknya bila ambik mineral water tu, air tu tak sejuk 😆. Nama je peti ais tapi bila air tak sejuk. Rasa dia kan.... sama macam air mineral yang kami beli semalam. Hmmm......

Ni saya rangkumkan sekali hari kedua kami di sini. Sempat la snap gambar ni. Nampak tak macam tempayan besar tu?. Sebenarnya itulah spa. Cuak jugak saya kalau spa macam tu sebab di balik bumbung ala tempayan tu boleh nampak jika berdiri kat luar bilik tingkat atas. Kot ada yang mengintai lagi haru...

Gambar ni nampak ala kat padang pasir kan?. Dengan pokok palma yang tinggi. Kat sini nak ambik gambar memang cantik la bagi saya. 


Cantik bergambar kat botol kaca berwarna-warni ni. 


Ni cafe tempat makan kat hotel ni. 


Breakfast kat hotel ni tak banyak pilihan la. Pusing-pusing aik....kat tempat yang sama. Hubby nak ambik air kopi pun dah habis. Staff tak tambah secepat mungkin. Kopi ni guna coffee machine tu ajer takde kopi yang panas dan teh panas yang akan diletak dalam teko macam selalu hotel lain buat. 

Kat sini pulak macam tempat untuk bersantai. 


Haa ni saya kata di sebalik bumbung ni boleh nampak ruang dalam spa ni. 


Walaupun hotel tak best tetap nak ambik gambar kat sini. Luar dia cantik la. 


Dania pulak bergambar kat sini. 


Bersama kereta kecil yang membawa keluarga kecil kami ke sini. 


Alang-alang dah kat area KLIA ni kan, haruslah singgah Mitsui Outlet pulak sebelum bertolak balik ke rumah. 


Saya dapat la email dari pihak hotel untuk memberikan maklumbalas tentang hotel mereka pada 26 Ogos 2020, iaitu 3 hari selepas kami tiba rumah. Saya tak jawab maklumbalas pun yang ni. 31 Ogos 2020 sekali lagi hantar link untuk maklumbalas. Apa lagi tulis la apa yang kami tak puas hati kan?...selepas tu takde pulak terima permohonan maaf ke apa ke sebab ada yang kita komen tu perlukan penambahbaikan. Customer is always right apa?....tapi customer pun jangan la komen yang bukan2 tak masuk akal. Saya komen supaya mereka dapat memperbaiki lagi perkhidmatan kerana hotel ni antara yang terdekat dengan KLIA jadi mungkin pelancong akan datang menginap kat sini. Hotel ini adalah rangkaian hotel Accor. Sepatutnya service di tahap maksima. 

Jadi.....menarik atau sebaliknya?. Saya pilih sebaliknya 😔

Penyelenggaraan wajib setiap tahun

$
0
0
1. Penapis air di luar rumah

Kat rumah kita ada rutin penyelenggaraan yang wajib dilakukan jika kita ada penapis air kat luar rumah. Kat rumah saya ni ada penapis air jenama blöndal yang dipasang di luar rumah. Fungsinya untuk menapis air yang disalurkan ke rumah kita. Air tu akan masuk ke dalam penapis ini yang mengandungi karbon (kelapa dan gambut), batu-batuan dan pasir. Bila masuk website blöndal tu, penapis air ini juga bertugas untuk menapis lebihan klorin yang sudah tentunya tidak baik untuk kesihatan kita. Menyaring bau juga salah satu fungsi penapis air ini. Nak cari penapis air juga kena cari yang halal sebab apa?. Ada juga penapis air yang menggunakan tulang-tulang haiwan. Mungkin juga tulang dari haiwan khinzir. Penapis air ni bebas dari tulang-tulang haiwan. 

Staff penyelenggaraan blöndal ini akan menukar bahan2 yang terdapat di dalam penapis air ini dengan yang baru. 


Jadinya bila karbon, pasir, batu-batuan yang fresh digunakan, fungsi menapis air itu pada tahap yang optimum. 
 

Kalau sesiapa yang pernah lalu dulu selepas tol Shah Alam di Federal Highway (kalau dari Shah Alam, sebelum tol) mungkin akan perasan kelibat beruang putih besar ni kat atas bangunan. Dulu, masa Dania kecik-kecik kalau lalu kat sini mesti Dania tunjuk-tunjuk....bear....bear.....hehe. 

Tol kat sini pun dah tak ada dah sekarang ni dan bear ni yang diberi nama Björn pun telah dipindahkan ke bangunan 2km dari sini. Tak sangka la kan bila Dania dah besar, ada jenama ni kat luar rumah Dania.

Credit :here

2. Penyaman Udara (Aircond)

Ini pula penyelenggaraan aircond. Ada satu malam tu aircond saya pada bilik tidur utama mengeluarkan air yang banyak. Masalahnya adalah disebabkan paip tersumbat. Banjir jugak la malam tu. Akhirnya hubby pun panggil orang aircond. Tunggu punya tunggu on the way. Dijadualkan pada jam 5 petang tapi terlewat sampai jam 7 malam. Mereka dari Kuala Lumpur sebelum itu. Geram tu geram juga sebab kalau tak boleh make it jam 5 petang, boleh la kami panggil orang lain. Tapi ni haa nak juga ambik job ni tapi lewat tiba. Mungkin musim pandemik ni tak berapa banyak business yang masyuk jadinya grab apa yang datang. 

Mereka mengepam air yang tersumbat dalam aircond.  Ikutkan nak suruh tambah gas aircond tapi gas nampaknya mencukupi jadi tak ambil la full service. Penapis aircond pun masih ok lagi. Tak banyak habuk pun. Tengok la suasana kat luar tu dah maghrib dah pun. Tu yang tak best tu datang jam 7 malam. Nasib baik tak lama. Akhirnya mereka cancel appointment rumah selepas kami sebab selesai rumah kami pun nak dekat jam 8 malam. 


3. Penapis air di dalam rumah. 

Saya ada lagi satu penapis air di dalam rumah nak kena selenggara. Baru ajer selenggara hari ini. Barang yang nak kena tukar tu kena selenggara 3 tahun sekali. Ada juga barang yang nak kena tukar tu setahun sekali. Penapis air jenama Nesh ni dah lama dah kami guna di dalam rumah. Penapis air di luar rumah blöndal ni baru ajer guna masa masuk rumah ni. Baru pun tak baru jugak la dalam 5 tahun. 


Credit : Google

Jadi ada penapis air luar dan dalam dan juga aircond ni nak kena peruntukkan duit la jugak ketika nak selenggara. Barulah barang yang kita gunakan itu boleh bertahan lama dan optimum dalam menjalankan fungsinya.  

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

$
0
0
Ni kisah tahun lepas ni. Masa ni dalam bulan April 2020, negara kita baru dikenakan PKP. Rasanya sebulan PKP. Sekolah pun tutup dah masa ni. Saya nak ceritanya....ada sekali tu dalam whatsapp group surau kawasan rumah adalah bagitau sesiapa yang nak kan ubi kayu daun kerinting boleh ambik kat rumah dia. Dia dah siap potong-potong batang ubi kayu tu. Saya pun reply privately kat whatsapp Wara ni. Ikutkan memang tak kenal pun empunya nama Wara ni. Saya sediakan bunga kantan dan daun kari untuk bagi kat Wara. Saya bungkus siap-siap dalam suratkhabar. 


Inilah pokok ubi kayu kerinting ni. Ini pertama kali saya tengok daunnya yang sebegini. Selalu yang daun biasa yang tirus kat hujung ajer saya pernah tengok. Kali ni unik pulak daunnya. 
 

Macam biasa pokok ubi kayu ni boleh naik tinggi. 


Bukan batang ubi kayu ajer saya dapat tetapi Wara siap bagi sebekas pucuk ubi kerinting ni masak tempoyak. Dia akan bagi kat semua yang ambik batang ubi kayu. Baiknya Wara. Padehal saya baru ajer kenal ni. Sedap pucuk ubi masak tempoyak air tangan Wara!. 


Haaa ni dia beberapa potongan batang ubi kayu dan Wara juga bagi bayam Brazil untuk saya tanam kat rumah. Macam dah kenal lama kan?. Tak....baru kenal ajer ni. Sebelum ni memang tak kenal pun. Group whatsapp surau-lah yang menemukan kami. Masa jumpa tu rasa macam tak janggal. Macam kami ni dah kenal lama. 

Rupanya Wara juga tugasnya mengambil anak jiran saya. Kebetulan anak jiran saya dan anak Wara satu sekolah. Jiran saya ada juga menanya saya untuk anaknya menumpang kereta saya supaya saya boleh tumpangkan anaknya balik sekolah tapi saya tolak. Bukan apa....satu...Dania kata nak jadi pengawas pulak (masa ni tak tahu lagi Dania boleh jadi pengawas ke tak sebab belum interview lagi). Saya dah fikir future mana tahu Dania jadi pengawas lepas tu kena stay back pulak. Macamana pulak anak jiran?. Takkan nak suruh dia tunggu?. Kena komited tau tugas ambik anak orang ni. Mana tau ada plan lain pulak ke....lagi satu sekolah Dania memang terkenal dengan buat kelas tambahan lepas sekolah. Timing balik tu mesti tak sama walaupun dekat ajer SMK Jalan Empat dan SMK Jalan Tiga tu. Masa tu payahnya saya nak kata 'tak' tu. Rasa serba salah sangat. Kalau sama sekolah boleh consider lagi. 


Ok...balik rumah hubby tolong tanam batang ubi kayu kerinting ni kat belakang rumah. Tips nak tanam ubi kayu ni caranya dengan cucuk batang secara menyerong supaya nanti ubi yang tumbuh nanti besar. Senang je tanam ubi ni. Cucuk ajer kat tanah. Tanah kat sini tak banyak rumput sebab dah kena tambun tanah kat sini masa renovation rumah. Nak kena buat post baharu lah pasal renovation tu. 


Tengok pokok ubi kayu kerinting kami ni kemain meninggi dah. Umurnya masa tanam 18 April 2020, sekarang ni dah 31 Mac 2021. Kiranya lagi 18 hari cukup la setahun kan. Siap beranak pinak lagi. (saya tulis post ni 31 Mac 2021, scheduled post tarikh lain). 

Boleh jugak petik pucuk ubi buat ulam kemudian makan dengan sambal belacan. 😋


Kadang-kadang saya baca sekali lalu ajer group whatsapp ini kemudian ternampak message ini. Hantaran daripada Wara tetapi anak Wara yang menghantarnya memaklumkan 'Wara' telah kembali kepada penciptanya pada 14 Mac 2021. Saya terkejut 😲 juga bila saya click nama Wara tu sah la Wara yang bagi saya keratan ubi kayu kerinting, bayam brazil dan pucuk ubi kayu masak tempoyak tahun lepas ni lah yang telah 'tiada'. Kata anaknya, Nawarah ibunya ini sakit di dalam perut. 

Dengan adanya haiwan yang berteduh di bawah pokok ubi itu, ulat-ulat yang memakan daun-daun ubi itu dan kami yang makan ubi kayu itu moga dengan asbab itu, pahalanya mengalir kepada arwah. Insya Allah. 

Tahun ni ramai pula yang dah pulang ke negeri abadi.....😭


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa...

Santai di Starbucks Solaris Serdang

$
0
0
Cuti sekolah ni nampaknya duduk kat rumah ajer la. Dah announce kat TV kata Selangor masih sambung PKPB-nya. Seriously, bila PKPB ni bersambung lepas tu bersambung dan bersambung macam dah lali dah. Masih tetap pakai mask nak ke premis makan. Jaga jarak, jaga diri. Bawa hand sanitizer sendiri. Saya tak suka pakai yang letak untuk kegunaan ramai tu. Saya pakai sendiri punya sebab kadang2 bau tak boleh nak gi. Busuk....

Malam ni keluar sekali sebab hubby cakap nak isikan minyak kereta oren saya. Ok fine lepas tu ajak le keluar sekali sebab boleh la bersantai relaks kan. Ikutkan saya ni malas nak keluar semenjak dua menjak ni. Dania?. Hmmm....pantang ajak melaju je nak keluar. So decide nak isi minyak kat Petronas Solaris Serdang (berdekatan dengan UPM). Kat situ pun ada Starbucks. Alang-alang nak singgah minum kat Starbucks juga. Best kat sini sebab ada Subway, KFC, Starbucks, Tealive. Tak sure kat atas tu masih ada tak lagi Kenny Rogers. Kenny Rogers kat tingkat atas dan agak tersorok. 

Starbucks kat sini luas. Ni ambik gambar berdua sementara hubby order. 


Ok hubby hantar tray dulu. Isterinya sibuk nak ambik gambar lagi ni tak settle lagi 😜


Section ni untuk jualan. 


Comel tengok koleksi Royal Selangor x Starbucks ni. Harga pun comel jugak. 


Comelnya bear tu. Harganya ratus jugak. 


Ni kopi rempah ke ni?. Teringat minum Masala tea (Tea la tapinya) dekat Perth, Australia. Nak merasa la kengkononnya tapi entah kenapa tak kena dengan tekak dan perut. Sakit perut!!!


Kemas ajer susunannya. Ingat lagi last year Starbucks ada kolaborasi dengan Kate Spade. Laku keras produknya...licin. Ingat kot ada la tinggal 1-2 tumbler tu tapi habis licin....cun la pulak...tapi...harganya boleh tahan mahal jugak. 


Selalu kalau singgah Starbucks wajib ambik donut ni sebab lembut. 


Ada orang marah kata buat apa ambik gambar dia lagi?...😂


Section sini ditutup. Kalau tak ada pintu masuk jugak area ni. 


Kalau pergi Starbucks takde lain, Dania mesti order air ni. Chocolaty Creme Frappuccino. Dah ayah yang order nama Dania ajer la tulis kat minuman ni. Kalau ummi........😂


Selalunya saya akan ambik jus. Saya tak suka coffee. Try nak suka tapi tak boleh. Saya suka tea lagi. 


Machiato ni pilihan hubby pun nama Dania jugak....senang tak payah banyak nama. 😁


Donut ni share bertiga. 


Jom group photo......say cheese....


 Pergi mana-mana ke cuti sekolah ni?. 

Kembali ke sekolah dan misi mencari .......

$
0
0
Nak dijadikan cerita hari ni hubby work from home jadinya sama-sama hantar Dania pergi sekolah. Macam la Dania kecik lagi ye tak?. Sebenarnya lepas hantar Dania nak pergi breakfast sama-sama. Dania dah siap breakfast kat rumah. Saya sediakan sandwich sardin ada daun salad, cheese, bawang besar, mayonis dan cili merah. Nak pergi sekolah kena la makan banyak sikit kan supaya takde la lapar sebelum rehat. Boleh pay attention kat cikgu. Dania kata lepas rehat dah tak belajar sebab kebanyakkan cikgu kat sekolah Dania ni penanda kertas SPM. Hmmm nampaknya on and off la belajar ye tak?. 

Dania kata disambut oleh beberapa cikgu, AJK PIBG dan Pengetua SMK Jalan Empat dan dapat sepaket kismis sempena kembali ke sekolah. Dania tiba jam 7.05 pagi. Pengawas kena tiba awal ke sekolah. Anak ummi exco SSDM (bahagian merit untuk mereka yang notty) 😅


Saya dan suami breakfast sekali. Hehe barulah berdua ajer...idak ada je Dania kat tepi. Saya makan koay tiaw goreng tu tapi hmmm tak kena dengan tekak la. Pedas sangat. Pagi-pagi saya tak suka makan pedas-pedas sangat sebab terkejut perut nanti. 


Bila Dania balik sekolah, saya pun ikut juga. Lepas hantar kawan Dania balik rumah, barulah misi makan luar bermula. Niat kat hati nak pergi D Pulze nak cari sagat. Hehe. Punya jauh ko mencari sagat ni haa....alang-alang dah kat D Pulze makan la kat Homst tu. Dah lama tak makan kat sini. Air bandung soda cincau ni pilihan saya dan Dania. Eh ada cream tu pulak. 


Fishball noodle soup pilihan saya. Noodle tu saya pilih bihun. Boleh juga pilih mee kuning atau kuay tiaw jugak. 


Kena ada cili potong barulah kick. Tengahari saya ok kalau makan pedas. Pagi?....alehaiii saya elak makan pedas. 


Cantonese Bihun Dania punya. 


Mantau ni ada sos pencicah juga tapi saya makan gitu ajer lagi sedap kot. 


Lamb friend rice pilihan hubby. 


Jom jom ke Ace Hardware cari sagat. 
Cari punya cari jumpa sagat ni. Eh apasal nak mencari sagat ni heh?. Saya nak buat popia sayur untuk bekal sekolah Dania jadi kena sagat sayur-sayuran tu ha.....lobak merah dan sengkuang. Eh sengkuang buah bukan sayur. 


Ada juga yang jenis macam ni. Saya pilih yang atas. 


Penggelek pink ni pun beli. Dania kata cantiknya warna dia ummi. 


Ni pun saya beli sebab senang la nak pipe kan adunan kuih ke churros ke. Saya ada juga beli yang plastik lembik sebelum ni. 


Haa ni la barang-barang yang dibeli kat Ace Hardware. Kalau tak rajin jugak tak taulah. Harga setiap satu ni dalam belasan jugak la. 


Harap-harap elok la kejadian popia tu nanti. 

Plan tak jadi

$
0
0

Insurans dan cukai jalan kereta Oren saya mati bulan April ni jadi bila dah perbaharui insurans, nak kena la perbaharui cukai jalan kan?. Off la saya pergi ke Pejabat Pos kat Bandar Baru Bangi Seksyen 16. Sekali staff counter kata pelekat empat segi cukai jalan tu dah takde stok. Ada tampal kat cermin pejabat pos kat luar (Kita ni bukan jenis nak membaca apa yang ditampal tu...scan my Sejahtera dan ambik suhu terus la masuk Pejabat Pos). Alehaiii dah la menunggu satu hal sekali tak boleh buat pulak. Since saya terdengar orang sebelum saya tukar alamat mengundi, saya pun nak tukar alamat mengundi juga. 

Apa yang diperlukan untuk tukar alamat mengundi di Pejabat Pos? (Provided kita dah pernah daftar sebagai pemilih la). 

1. Kad Pengenalan yang telah bertukar kepada alamat terkini. Kalau nak tukar tempat mengundi, alamat kita kena alamat terkini. Dalam erti kata lain kena update dekat Jabatan Pendaftaran Negara dulu. 
2. Nanti kita akan diberikan kertas untuk kita tandatangan.

Siap!!

Terus la plan nak ke Alamanda pulak sebab situ ada pejabat pos yang tak ramai orang. Sekali bila dah kat kaunter, staff pejabat pos tanya bila perbaharui insurans kereta?. Saya kata hari ni. Sekali staff Pejabat Pos kata kalau perbaharui hari ni, cukai jalan nak kena buat bulan Jun nanti. Lar.....rupanya berdasarkan ini...click sini Kalau insurans mati April atau Mei, boleh perbaharui cukai jalan bermula 1 Jun 2021 - 31 Julai 2021. Macam leceh la jugak sebab kalau dah ada kat pejabat pos tu apa la salahnya perbaharui ajer la. Ni nak kena tunggu 2 bulan lagi. Haa you alls kena alert bab ni jangan jadi macam saya. 😂

Ni kat MPH Alamanda sebab nak beli pembalut hadiah dan kad. Sebabnya Dania dapat hadiah hari jadi tahun lepas (tahun lepas tak sempat nak bagi sebab MCO sekolah tutup). Jadi, saya nak balas la seorang daripada kawan Dania tu yang bagi hadiah hari jadi. Seorang lagi memang this year saya dah siap order dan barang tu dihantar ke rumah kawan Dania lagi. Ni special sikit la sebab best friend Dania nama Zalilah tu. Rabiatul pula hari jadi tahun ni Dania kata bulan dua atau bulan tiga. 


Comelnya kad yang kecik tu. Pantang saya tengok benda comel-comel ni. 
 

Close up kad comel ni. 
Kalau ada debit / kredit kad Maybank boleh dapat 10% off atas total harga untuk pembelian di MPH. 


Ni lah hadiah yang Rabiatul hadiahkan kat Dania. Gelang ala pandora dan cincin dalam bekas comel. 


Ini hadiah yang Zalilah bagi kat Dania. Pen Sheaffer. Saya kata kat Dania jangan bawa sekolah ni. Pakai masa kat Universiti. Macam bahaya pulak bawak kat sekolah. Lawa sangat kot. 


Ok apa nak hadiahkan kat Rabiatul ya?. Kalau kawan perempuan Dania memang saya banyak la idea nak bagi apa. Saya tersinggah kat booth Qowiy dalam Alamanda ni. 


Bagi saya, produk Qowiy ni macam Lush la. Ada jual bath bomb dan serbuk untuk mandian. Bath salt pun ada kalau nak letak kat bekas berisi air kemudian tabur sedikit salt ni untuk buat rendaman kaki tak pun letak dalam bathtub. Kalau takde, boleh ajer buat scrub badan. Boleh la release stress sebab bau dia memang lembut dan best!. 

Boleh ke website Qowiy untuk pembelian. 


Bulat-bulat ni bath bomb. Ada bathtub syok la boleh letak dalam tu lepas tu kita berendam. 


Bath Crumbs ni saya pernah beli yang warna kuning ni. Bau dia bunga chamomile. Memang sedap dan wangi bau dia. Best seller ya yang chamomile ni. 


Hawa dengan toy kanak-kanak si kura-kura comel. Kalau kita pusingkan tangan kura-kura ni dia akan bergerak di dalam air. Pasti masa mandi dengan anak akan jadi lagi seronok. 


Close up kura-kura comel ni. 


Nak beli set mandian untuk kanak-kanak pun ada. Ada bath bomb ni diisi dengan mainan misteri. Kalau letak dalam air, mainan tu akan muncul. Haa menarik tak?. Bubble potion tu kalau letak dalam air akan bagi buih yang banyak. 


Ni adalah kotak Qowiy kalau beli yang set. Warna pun alehaiii sweet sangat. 


Saya beli set yang ni. Dapat 7 item. 2 bath salt dan 5 bath crumbs. 
Saya ambik 1 warna pink bath crumbs Camellia Orchid. 
Zalilah dapat bath salt Chamomile dan bath crumbs Camellia Orchid. 
Rabiatul dapat 3 bath crumbs (Flower pink, Winter biru, Chamomile kuning) dan 1 bath salt Limomile. 
Kiranya special sikit la Rabiatul sebabnya tak bagi lagi hadiah hari jadi untuk tahun ni. 


Ha itulah....lain yang kita plan, lain jadinya....

Barangan antik

$
0
0
Pagi ahad sebelum Dania start sekolah, ada ke Evo Bangi sebab nak cari barang. Kat dalam Evo ni ada Supermarket Aeon Maxvalu. Suka pergi sini sebab tak ramai orang compare dengan kat Giant Kipmall tu. Boleh juga collect points guna kad Aeon tu. 


Macam-macam dibeli termasuk roti, minyak, cheese, beras, daun salad dan macam-macam lagi lah. Kebanyakkan tu nak buat bekal sekolah Dania lah. 


Lepas dah membeli-belah tu terasa haus la pulak. Jadi singgah la minum dan makan roti kat dalam Supermarket Aeon Maxvalu ni. 


Selesai makan dan minum, ada pulak pameran antik kat dalam Evo ni. Haruslah singgah cuci mata. Macam-macam barangan lama yang dijual. 


Kerusi ni selalunya pengantin zaman dahulu duduk kat kerusi ni. Rasanya pernah nampak dalam filem P Ramlee jugak. Macam ada gambar arwah mama dan papa duduk kat kerusi ni masa kahwin dahulu. 


Pinggan mangkuk antik ni. Saya ada beberapa koleksi pinggan mangkuk bunga hitam tu. Arwah mertua saya punya. 


Lampu ajaib?. Agak2 jin boleh keluar ke bagi saya 3 permintaan?. 😍. Tembaga nak letak lilin tu ada kat rumah arwah mama papa saya dahulu. 


Ni bukan barangan antik ni. Scary tengok robot hitam bermata merah tu. Macam iron man ajer. Iron man ni masa pertama kali Tony Stark cipta masa dia kena tangkap kat gua oleh puak 7 rings.  


Dania sibuk suruh ummi tengok kamera lama ni. 


Piring hitam.


Set tepak sirih tembaga pun ada. Bahan hiasan dan juga sudu tembaga tu macam pernah tengok dulu-dulu. Tak ingat kat mana. Mungkin juga kat rumah opah saya. 


Matawang zaman dahulu. Pernah nampak kat dalam buku sejarah ajer. 


Tengok la matawang Ingot ni. Entah apa ke bentuknya ni?. Bila saya tanya jumpa kat mana? Dia kata kat dalam tanah. Tapi ikutkan misteri la juga barang-barang lama ni kan. Kot la ada semangat lain kat situ. Tak berani saya nak membelinya. 😧. Kalau cerita ngan suami mesti dia kata banyak sangat tengok channel Boo (Astro) lah tu 😂.


Ala....terlupa pulak nak snap gambar kenderaan van Volkswagen yang antik tu. 
You alls semua berminat ke nak beli barangan antik macam ni?. 

Cendol Ameen

$
0
0
Hari ni hubby work from home jadi sama-sama ambik Dania kat sekolah. Lepas tu boleh la makan tengahari sama-sama kat Cendol Ameen ni. Ha kat mana pulak Cendol Ameen ni?. Ia terletak tak jauh la dari rumah kami. To be exact 2.1km ajer dari rumah kami ni haa....

Cendol Ameen
Lot 3086, Jalan Sg Merab Luar,
Kg. Sg Merab Luar,
43300 Kajang 
Selangor
0163022297

Kalau nak makan kat luar boleh la makan bawah payung ni tapi kalau cuaca panas macam ni prefer dok dalam lagi la. Errr tapi duduk dalam pun sama jugak panasnya 💦. Dah cuaca kita pun panas. 


Apa nak makan ni?. Boleh la tengok menu kat sini. Bayar dulu ye. Saya suka konsep bayar dulu baru makan sebab bila dah makan kadang orang tu tak datang kira pun kat meja kita, dia main agak-agak ajer harganya. Which is tak tepat la kan. Mana tahu kita makan kurang tapi dia kira terlebih atau sebaliknya. 
 

Ni adalah waktu perniagaan Cendol Ameen. Ok hari isnin jangan datang ye...dia tutup. 


Saya order laksa. Laksa dihidangkan dalam bekas kecik ajer macam ni. Nasib baik cukup untuk saya. 😆. Dah la laksa ni favourite ni. 


Dania order mee goreng. Not bad juga rasanya tapi pinggannya hmmm...tak berkenan saya. Dania kata boleh ke pakai pinggan ni sebab pinggan ni kan tak mesra alam. Dania compliment jugak dengan cendol pulut. 


Char Kuay Tiaw Basah hubby punya. 


Ni cendol tapai. Tapai ubi yang diletakkan dalam ni. Kalau saya prefer tapai pulut lagi. Ok ni hubby punya. 


Saya pilih tapai pulut sama dengan Dania. 


Ni total makan untuk 3 beranak. Semuanya RM32.50.


Ok lah jugak makan kat sini. At least kalau nak makan selain daripada nasi masa tengahari boleh la try makan kat sini. 

Sijil Bahasa Korea yang dinanti

$
0
0
Dania dah selesai kelas online Bahasa Korea pada 20 Mac 2021. Diam tak diam kejap je masa berlalu. 8 kelas berlalu dengan begitu pantas. Dania mula kelas Bahasa Korea ni pada 30 Jan 2021. Sekarang ni terasa masa tu pantas sangat. Betul la kata perumpamaan 'masa itu tidak menunggu kita'. Rasa sekejap pulak belajar Bahasa Korea ni. 

Bagi memudahkan Akademi Bahasa Korea pos sijil, kenalah isi form dalam google ni. 


Jadinya saya pun isi lah details untuk penghantaran sijil di dalam google form ini. Memang berpuas hatilah Dania berpeluang belajar di Akademi Bahasa Korea secara maya. Insya allah jika ada rezeki dan kesempatan boleh upgrade kelas ke kelas perbualan pulak. Bukan dalam masa terdekat la sebab Dania nak kena fokus untuk SPM jugak tapi in between Dania kat sekolah bertugas sebagai Pengawas dan baru-baru ni dilantik sebagai Setiausaha Kelab Sejarah. Setiausaha Kelab Sejarah ni sebab cikgu sebut nama Dania Yasmine dalam Google Meet tu. Cikgu kata saya nak Dania Yasmine jadi setiausaha sebab saya dah kenal lama dia ni 😅. Ye lah cikgu ajar dari Dania F1-F4. Saya tersenyum je dalam kereta sebab kebetulan meeting tu dibuat masa Dania dalam kereta. Bila Dania senyap je....udah cikgu panggil Dania....Dania...mana kamu ni?😅 Ni pun nanti dapat sijil masa berhenti sekolah nanti. Ummi pesan cukuplah 2 jawatan ni je sebab tak nak la dia pegang banyak-banyak jawatan. 
 

Masuk dalam 7-Eleven ni kebetulan kat face mask Boots ni ada tulisan Korea. Saya test la bahasa Korea Dania ni. Dania masih dalam peringkat slow slow baca tulisan Korea ni tapi masih juga tak faham maksudnya tulisan ni. Takpelah slowly but surely. Dulu saya confuse juga tulisan Korea dengan Jepun sebab macam seakan sama je bagi saya tapi Dania kata tulisan Korea ada bulat-bulat ummi. 😅. Ok ummi tengok bulat-bulat tu tulisan Korea la tu ye?. 😆


Ni baca tulisan kat tiang lampu berdekatan Pintasan Saloma sebelah Restoran NZ kat Kuala Lumpur. Kalau macam ni boleh agak la maksud dia apa sebab banyak bahasa kat sini. Maksudnya 'Selamat Datang' kepada pelancong yang berkunjung ke sini. 


Haaa sijil yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Nampak kat dalam post box. Ummi dah siap simpan dalam clear folder. Senang kan. Sekarang ni nak dapat sijil untuk kokurikulum cukup punya susah sebab tak banyak aktiviti kan?. Kena lah kumpul yang online punya. Kebanyakkan sekarang aktiviti secara maya. Jadi sijilnya dapat e-cert sahajalah. 

Kumpul sijil kumpul sijil jugak tapi pelajaran kena juga seiring. Kokurikulum ni cuma 10% ajer markah dia. Cumanya bila nak apply universiti mana-mana kena aktif juga kokurikulumnya ni. Kena seimbang lah kan. 


Kalau berminat nak join kelas bahasa Korea ni boleh la jenguk facebookAkademi Bahasa Koreaya!.

Jumpa adik-adik dan makan sebelum puasa

$
0
0
Sebelum menyambut Ramadan yang akan tiba 13 April 2021 ni, cakap je nak makan apa pasti hubby tunaikan. Saya sebut Serai. Hehe. Jom la kita ke Serai yang terletak di Shaftsbury Cyberjaya. Serai kat sini agak tenang sebab selalunya tak ramai. Sebelum tu singgah rumah adik dulu kat Cyberjaya nak hantar buah nangka sulung pokok kami. Dah siap bahagi 3. 2 untuk adik-adik (setiap seorang) saya dan 1 untuk keluarga saya. Excited sebab baru berbuah sulung. 

Masa makan kat sini seprti biasa tenang-tenang ajer. 

 
Belasah ajer makan pencuci mulut dahulu. Kami order Burnt Cheesecake. Kalau kat Serai yang wajib order adalah Pavlova. Kebetulan Pavlova baru saje habis. Takde rezeki nak makan. 


Ying Yong pilihan saya. Tak sah kalau saya tak order yang ni. 


Wajib ada cili potong.


Dania order spaghetti carbonara. 


Hubby punya nasi lemak. 


Actually, kalau tak nak makan kat dalam boleh ajer makan kat luar ni tapi agak warm la takde aircond. Lepas tu ada cahaya matahari pulak memancar. 


Lepas tu singgah solat Asar kat Masjid Raja Haji Fisabilillah kat Cyberjaya ni sebelum bertolak ke Kelana Jaya nak hantar buah nangka kat adik lagi seorang. 


Seorang adik update dari potongan buah nangka kat atas ni dapat lebih kurang 2 bekas ni. Fuhhh not bad. Kalau ada 3 potongan, lebih kurang 6 bekas ni lah. 


Inilah nangka sulung kami yang menjadi hanya sebiji ajer. Actually masa tumbuh bunga ke apa eh dipanggil untuk nangka?. Ada beberapa juga tapi yang lain tak menjadi. Inilah yang paling kuat semangat untuk membesar bagai juara....


Buah nangka madu ni berbuah setelah 4 tahun. Ada post kat IG saya. Anak pokok nangka madu ni saya dapat dari atuk kawan baik Dania pada 6 September 2017.


Lepas dah hantar kat adik di Kelana Jaya, pergilah solat kat Masjid Mujahidin, Damansara Utama. Tempat saya akad nikah dulu. 


SOP ketat, muslimat solat kat tepi tangga ajer. Kesian betul. Ada la penghadang tutup macam ni. Dania kata macam kat hospital je ummi. 😂. Hubby kata jemaah lelaki waktu Maghrib ni cuma 1 1/2 saf je which boleh la letak muslimat kat dalam. Mujahidin ni bukan masjid kecik, masjid besar kot. Orang kawasan ni tahu la masjid ni besar mana. Tak puas hati sungguh bila muslimat dianaktirikan. Hmmm....dah la sempit. Cuma 4 orang je kot yang boleh solat sini. Telekung dan sejadah memang bawa siap2 dari rumah. Sekarang ni kalau boleh dah tak nak la share barang orang lain kan?. Muslimat yang nak solat kat sini bukannya orang sini. Yang kebetulan dalam perjalanan ke tempat lain. Waktu maghrib ni pendek jadi elok la solat dulu. 


Lepas tu dah ada kat area Damansara Utama ni nak la makan kat Vicchuda Tomyam sekali tutup daa....sabtu pun dia dah tutup. Balik Thailand ke?. Lepas tu ke Rasta Taman Tun pulak, ya ampun parking pulak takde setelah pusing sebanyak 3 kali. Aleh2 makan kat Pizza Hut Taman Tun ajer la. Kena order online. 


Nak tengok menu kena scan QR Code kat sini.


Jom bertiga ambik gambar dulu sebelum makan. Hehe. 


Pizza apa entah yang ni tapi bagi saya, saya tak berkenan. Tak berkenan pun 2 slice habis jugak. 😂


Nak balik tu ikut Seremban Highway. Adeh...jam sikit la sebab nak buat jalan. Dari 3 lorong jadi 1 lorong. Lepas ajer habis area construction ni smooth je all the way ke rumah kami. 


Weekend kali ni kereta banyak la kat jalan. Maybe nak shopping last minute kot sebelum bulan puasa. 






Viewing all 1850 articles
Browse latest View live