Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all 1852 articles
Browse latest View live

Menu eksotik, nostalgia dan misteri masjid jin

$
0
0
Pada hari Malaysia tahun lepas. Ye ye tahun lepas baru nak update boleh?💦. Masa ni dah boleh merentas daerah jadi hubby ajak ke Sungai Besar, Selangor tempat saya belajar selama 3 tahun masa sekolah menengah. Tujuan utama nak makan kat Restoran Lembah Bernam. Kat sinilah kita boleh makan menu eksotik yang halal. 

Kat mana ia terletak ye?. Haa ni alamat Restoran Lembah Bernam. Jalan Main Canal, Tali Air 9, Pasir Panjang, Sekinchan. 

Masa pergi tu kena ikut SOP lah. Pakai facemask, scan My Sejahtera dan scan suhu. 


Cinta hati saya dan Gula hati saya. Cinta hati saya ni kawan saya dah kenal dah walaupun pakai facemask tapi tetap kenal hubby kepada Ezna. 😃 (lepas tu hubby pelik macamana orang kenal eh? Saya terlebih expose kat media sosial ke...😆). Gula hati saya ni low profile ajer. Dia kenal ramai orang tapi orang tak kenal dia. 😜
 

Gambar kami bertiga. 

Haaa empat hidangan ni yang kami order. 


Meh saya close up sikit menu kami order ni. Ini belut goreng masak cili hijau. 


Ayam kampung berempah. Kena order yang ni sebab Dania mana nak makan yang eksotik. 


Haa yang ni rendang landak. Serius la sedap la pulak rendangnya. Landak ni ada orang tak boleh nak makan. Ye lah eksotik kot. Takut nak mencuba. Entah saya ni berani pulak nak makan landak ni. Memang kena dengan tekak saya. 


Udang galah bercili. 


Ni saya mencuba makan belut. 


Parking kat sini memang banyak. Kalau nak datang sini boleh ajer guna google maps atau waze. 


Tak jauh dari sini terletaknya Masjid Lama Panchang Bedena atau lebih dikenali dengan nama Masjid Jin. 


Ummi dan Dania sibuk berwefie.


Apa sejarah masjid ni?. Masa masuk masjid ni sebelum masuknya waktu asar. Ada pula Pak Imam kat situ jadi saya pun bertanyalah tentang masjid ini kemudian Pak Imam pun berceritalah.

Masjid Lama Panchang Bedena ni didirikan pada tahun 1905. Masjid ini dah berumur sekitar 116 tahun. Lama kan?. Suami saya teringin pulak nak solat kat sini. Fakta menarik tentang masjid ini, struktur dindingnya tidak menggunakan paku. Masjid ini diletakkan di bawah pemantauan Muzium Negeri sebagai Harta Warisan Negara. Tak silap saya kata imam, beduk yang digunakan waktu dahulu telah diletakkan di dalam muzium. 

Kisah seorang makcik dan anak dari Kuala Lumpur yang bermimpi untuk solat di masjid ini. Kemudian makcik ni datang dengan anaknya ke sini. Seusai solat, makcik ni pun berboraklah dengan seorang pakcik dari kumpulan solat jemaah tapi yang peliknya anaknya tak nampak ibunya bercakap dengan siapa. Betul-betul kat tepi tangga (boleh refer gambar atas). 

Imam sendiri pernah ada pengalaman solat cuma bertiga ajer tetapi bila time zikir, bergegar lantai masjid ni. Cucu imam sendiri pernah jatuh masa ambil wuduk kerana katanya ada 'orang jubah putih' yang tolak. 

Perkampungan orang halus ni kat tepi masjid ni ajer. Oklah bila tiba waktu solat, hubby pun solatlah. Saya dan Dania sanggup lagi duduk dalam kereta. Nak solat kat masjid lainlah. Takut la pulak. 


Ni lah keadaan dalam masjid ni. Imam sempat menjeling ke arah phone saya. Hehe. Siling pun dijaga rapi siap di'syelek' .


Ikutkan dulu Dania pernah buat projek sejarah bertajuk senibina 'alam melayu' masa Tingkatan 2. Projek Dania dan kawan-kawan ni mendapat pujian cikgu sejarah Puan Mullei Malar. Pernah masa Tingkatan 3 pun disebut oleh cikgu sejarah katanya ada group yang buat replika masjid cantik masa Tingkatan 2. Kembang la Dania dan kawan-kawan. Itulah sebabnya saya bagi idea untuk melawat sendiri depan mata Masjid Lama Panchang Bedena ni. Lagi satu, masa Dania dan kawan-kawan tercari-cari senibina melayu untuk dibina tu saya la yang bagi idea suruh buat 'Masjid Jin' ni. Bukan apa selain senibina yang tradisional, ada pula cerita mistik di sebaliknya. Menjadikan ia lebih menarik. 

Binaan masjid ini menggunakan kayu aiskrim yang kemudiannya dicat warna perang. Dania bawak balik replika masjid ni untuk membetulkan mana-mana yang tercabut sehari sebelum pameran sejarah. Group Dania siap pancing cikgu dan kawan-kawan sekelas yang lain dengan coklat dan biskut 😆. Cikgu dapat biskut kot. 😁 Ada yang kena buat tugasan makanan tradisional, pakaian tradisional. Group Dania pun ada buat slide show. Dania pinjam laptop ummi. Huiiii lepas pameran terus ummi datang sekolah nak ambik laptop. Takut ohhhh....mana tau kot hilang ajer kan...


Lepas Masjid ni kami ke Masjid yang tak ada perkataan jin. 😅. Saya dan Dania solat dulu sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima. Ini sekolah saya selama 3 tahun. Tingkatan 1 - Tingkatan 3 sebelum saya berpindah ke SM Damansara Jaya. Sekolah ini telah ditukar nama kepada SMKA Tun Rahah sempena nama arwah ibu kepada DS Najib Tun Razak. 


Petang-petang masa riadah, saya akan cari bunga letup-letup dan saya akan campakkan dalam tali air ini. Bunga itu tadi akan meletup. Meletup ala ala mercun pop pop tu lah. Hehe hiburan petang. Ye lah saya ni duduk kat bandar, sekali bila kena sekolah kat Kg. Simpang Lima je banyak la saya belajar seperti serangga yang saya sendiri tak pernah tahu pun kewujudannya iaitu kepinding. Bila picit kepinding ni, bau dia punyalah busuk. Nostalgia sungguh. 


Saya pose sana sini depan sekolah sebab tak boleh masuk pun. SOP ketat. Ibu bapa tak boleh masuk dalam kena tunggu kat luar. Tu yang ada satu pakcik kata saya ni 'cikgu' sekolah ini ke?. Hehe...rupa cikgu ke saya ni? 😆. Serius la...banyak kali kot dapat gelaran 'cikgu'. 


Inilah kisah Hari Malaysia kami pada tahun 2020. Boleh cover makanan eksotik, boleh berkunjung ke sekolah lama saya yang banyak tinggalkan nostalgia pada diri saya dan dapat berkunjung ke Masjid Lama Panchang Bedena atau lebih dikenali dengan 'Masjid Jin'. 

Santai Iftar Buffet di Pulse Grande Hotel

$
0
0
Bila hubby cakap kita makan kat luar, si isteri pun mencari la bufet ramadan terdekat. Tanya sana sini full la pulak. Kalau boleh nak bufet ramadan ni weekend la kan sebab semuanya free. Free maksudnya takde kekangan sekolah ke kerja ke. 

Ok akhirnya kami memilih untuk bufet ramadan di Hotel Pulse Grande kat Putrajaya. Terletak kat roundabout terbesar di dunia. Tahukah anda yang roundabout terbesar di dunia terletak kat Putrajaya?. Tak percaya cuba google. Roundabout ni lebih kurang 3.5km. Jangan terlepas simpang nak naik bukit untuk ke Hotel Pulse Grande ye?. 


Bufet ramadan kat hotel yang bagi saya menawarkan harga yang berbaloi. Kebanyakkan bufet ramadan ni harganya agak mahal. Famili kami ni grab harga santai iftar early bird berharga RM69/dewasa. Dulu-dulu pernah tengok, harga bufet ramadan kat sini RM120/dewasa pada tahun 2019. Fuhhh mahal ye?. 

 Credit : Hotel Pulse Grande facebook page

Masa ni dah siap-siap hidangan atas meja. Ambik awal sikit tak ramai orang. Mejanya jarak-jarak. 


Ni masa saya round nak tengok hidangan yang disediakan. 


Sambal dan ulam-ulam turut disediakan. Ye lah tekak melayu ni. 


Ayam goreng berempah. 


Kanak-kanak akan singgah sini dulu. 


Marshmallow ni kalau ada chocolate fountain best juga ni. Makan bersama buah-buahan. Sedapnya. Jangan nak berangan ok...chocolate fountain takde. 😂


Sebelum nak menyeduk makanan, kena pakai sarung tangan plastik yang disediakan. 


Ayam percik versi Kelantan. 


Daging masak hitam ni memang sedap..terbaik.....kalau makan kat sini, ambik ni ok?


Ikan siakap stim. 


Sayur kobis masak ala jawa. 


Bubur sago. 


Bubur pulut hitam. 


Seleksi pemanis mulut. 


Tingginya kepingan coklat ni....kek strawberi ni sedap. 


Puding roti ni nampak sedap tapi bila makan mengecewakan sebab tak manis walaupun letak sos kastad. Sepatutnya kena bagi manis sikit bukan tawar bulan-bulan puasa ni. 


Meja-meja yang disusun berjarak. Rasa selesa tak rasa cramp. Nak berjalan pun selesa. 


Kat luar pun ada station. Ni mee goreng. Chef tengah masak panas-panas lagi haa...


Chef sibuk memasak daging yang dimakan dengan roti naan. Chef ni promote kata sedap. 


Ayam BBQ. 


Cantik betul taman ni. Boleh bersantai kat luar ni. 


Tudia.....seleksi lauk pauk, pemanis mulut dan buah-buahan yang kami pilih. 


Meja kami bernombor 17. 


Dah berbuka, jangan lupa solat Maghrib pula ya?. Tempat ni tak luas sangat. Muat 6 orang untuk solat. 


Lepas solat, sambung la makan. Saya ambik bubur lambuk. Dania makan kuih muih. Dalam 8.20 malam dah bersiap nak ke Masjid Putra. Tak jauh pun dari Hotel Pulse Grande. Kat depan Hotel Pulse Grande ni ada air terjun. Cantik pula waktu malam ni. 


Nak pergi ke parking, ada buggy tolong hantarkan. Ikutkan masa kami datang pun kami naik buggy.


Ambik gambar berdua dengan Dania. Luas ruang solat wanita kat Masjid Putra ni. Hubby drop kan kami berdua sebelum cari parking. 


Solat ada jarak zaman pandemik ni. Kena bawak sejadah besar sendiri ya. 


Dari kejauhan kelihatan Masjid Putra. Ada moreh juga disediakan selepas solat terawih. Ada air panas kopi dan air panas teh o. Ada juga bungkusan nasi atau bubur lambuk yang disediakan. 


Kebetulan ada orang rusia jual bunga. Dia tak tetapkan harga. Bagi seikhlas hati. Dapat la 2 kuntum bunga carnation. Hehe. Kita dapat bunga 😍😍😍


Seronok juga sesekali berbuka di luar. Selalunya saya masak. Janji dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Itu yang penting sepanjang bulan ramadan ni. Dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan. 




Hi-tea di De.Wan 1958 by Chef Wan

$
0
0
Pada tahun lepas sempat la kami pergi hi-tea dekat De.Wan 1958 by Chef Wan yang terletak dalam Hotel Bangi Resort. Kami mencuba hi-tea pada hari pertama diperkenalkan hi-tea di De.Wan 1958 kat Bangi ni iaitu pada 1 November 2020. Set hi-tea ni ada RM168 untuk 2 pax dan RM258 untuk 4 pax. Memang pucuk dicita ulam mendatang la sebab saya teringin juga nak makan kat De.Wan ni tapi De.Wan sebelum ni terletak @ The Linc KL which jauh sikit la dari rumah saya. Ada yang dekat memang tak lepaskan peluang keemasanlah. 

Credit :dewan.space Instagram

Pertama kali kami ke De.Wan 1958 by Chef jadi tanya kat reception counter kat mana terletaknya restoran tersohor Chef Wan ni. 


 Minta staff De.Wan tolong ambil gambar kami bertiga. Kami ambil pakej untuk 2 pax ajer sebab kalau 4 pax takut tak habis je makanan. Membazir pulak nanti. 


Kat meja dah tersedia sudu dan garfu di dalam plastik. 


Cantik betul hiasan bunga orkid ni. Ada tertulis meja akan disanitasi selepas penggunaan. Which is kita nak makan kat sini pun rasa tak was was. Kebersihan meja kat sini dititikberatkan. Ada juga disediakan plastik untuk menyimpan facemask kita. 


Suruh Dania ambikkan gambar saya sebab cantik sungguh dalam De.Wan 1958 by Chef Wan ni. Deko dia, susun atur meja dan kerusi, lampu chandeliar, kerusi dia yang cantik sangat. Rugi kalau tak ambik banyak gambar kat sini. 


Ambik gambar dengan hubby. Dania jugak yang ambikkan gambar ni. 


Gambar dengan gula hati saya. Cik Dania Yasmine. 


Ni adalah menu untuk hi-tea di De.Wan 1958 by Chef Wan


Hidangan utama boleh pilih samada laksa johor / mee rebus udang. Saya dan Dania pilih mee rebus udang. 


Ni lah set hi-tea kami. Diletakkan di dalam bekas berwarna emas yang cantik ini. 


Hubby pula pilih ala carte Nasi lemak pandan. Penuh satu pinggan ni haa lauk pauk dia. 


Cuba teka apa ni?.
Ini adalah pisang goreng yang disalut apa entah ni tapi rangup luarnya ni. Kelas betul persembahan dia. Ada bunga pulak kat atas ni. Macam ala ala sarang burung pun ye jugak. 


Boleh tengok suasana kat dalam De.Wan. Cantik kan?. Makan kat sini rasa selesa ajer ditambah dengan layanan yang baik oleh pelayan. 


30 pelanggan terawal boleh dapat bekas barang kemas yang sangat cantik. Apa lagi....ni saya punya ok?. 


Ada je makanan yang kami tapau sebab kami pun dah kenyang. 


Ni minta tolong staff De.Wan ambikkan gambar kat port ambik gambar yang wajib ni. 


Last sebelum balik kita ambil gambar kat depan restoran ni.


Sesungguhnya hi-tea kat De.Wan ni memang terbaiklah. Layanan, tempat yang selesa, deko yang menarik. Memang setiap sudut dalam De.Wan ni instragrammable sungguh. Ada rezeki kami datang lagi. 💗. Oh ya dapat juga voucher RM50 untuk makan kat sini. 😊

Ni alamat De.Wan 1958 by Chef Wan
Bangi Resort Hotel
Off Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan. 

Kisah SPAO saya

$
0
0
Dania kalau pergi IOI City Mall ni mesti nak masuk SPAO ni ha...selalunya memang window shopping ajer pun. Tak beli apa-apa tapi ada satu hari tu, taraa.....SPAO ada kolaborasi dengan BT21 la pulak. Kalau army mesti tahu BT21 ni kartun apa. Udah berkenan dengan baju-baju kat sinilah, beg-beg lagi. Kalau rajin pergi SPAO ni ada juga kolaborasi dengan We Bear Bears, kartun Sailor Moon, Harry Potter, Sin Chan dan lain-lain. Kalau habis musim tu, tukar pulak kolaborasi yang baru. 


 Haaa dah dapat 2 shopping bag dah tu 😅
Kalau tengok karakter ni :

Atas sekali : 

Van : Sebagai pelindung kumpulan BTS.
Koya (Koala) : RM
Tata (Heart shape) : V
Mang (macam lembu berhidung pink) : J-Hope
Chimmy (anjing) : Jimin
RJ (Kambing biri-biri) : Jin
Shooky Cookies) : Suga
Cooky (Arnab) : Jung Kook


Bergambar pulak kat sini. Janji ada karakter BT21 ni. 


Hasil 'window shopping' kengkonon tu dapat la hoody sweat shirt. Cantik warna dia....BT21 bergambar ala ala cover album BTS di bus stop. 


Ha ni warna pink beg Cooky ni Dania punya.  


Ni pulak beg yang dibeli untuk kawan baik Dania, beg Chimmy warna hitam. Tiba-tiba teringat kat kawan Dania yang sama-sama meminati kumpulan BTS jadi saya belikan sekali. Boleh pakai masa Tingkatan 5 sama-sama. Di saat ni 2 sahabat ni dah pakai la beg ni. Zalilah balik naik motor jadi bila hujan, beg Chimmy Zalilah katanya tak basah. Kalis air rupanya beg ni. Jadi tak basah la buku-buku semua. Berbaloi juga beli beg ni. 


Ni kali kedua pergi cari beg BT21 ni kat SPAO. Sebenarnya nak bagi hadiah kat seorang kawan Dania yang asramanya terlibat dalam kebakaran iaitu Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar kat Banting. Saya whatsapp ibunya Rin setelah tengok berita kat dalam facebook. Kebetulan blok asrama Nashrah ni yang terbakar. Ibunya kata Nashrah cuma tinggal sehelai sepinggang ajer. Buku, baju, beg dan peralatan lain semua hangus terbakar dalam kebakaran. Apa yang dipakai oleh Nashrah ke surau pagi itu sahaja yang selamat. Jadinya sehelai sepinggang lah Nashrah. Saya pun terus ke Pustaka Rakyat sebelum ke IOI City Mall lepas ambik Dania. 

Aikkk bergambar jugak kat port yang sama. 😅. Saya belikan Nashrah beg Tata berwarna biru gelap. Setiap karakter ada warna tersendiri. Saya suka belikan apa yang Dania pakai tapi pilih karakter yang sesuai la sebab yang nak pakainya pelajar sekolah tahfiz.


Saya belikan juga bekas pensil dan alatan di dalamnya seperti pen, marker, correction tape, gunting, pembaris dan tak ingat apa lagi. Saya cakap dengan Dania ambik seperti apa yang Dania guna. Dania pun ambiklah semua barang-barang ni. Alat tulis ni beli kat Pustaka Rakyat selepas ambik Dania. Dekat ajer Pustaka Rakyat ni dengan sekolah Dania. 

Lepas selesai semuanya, kami pun menuju ke area rumah lama kami kat Puncak Jalil. Kiranya jiran kami dulu la ni dan pernah Dania sekolah agama sama dengan Nashrah. Saya juga selalu bertemu dengan Rin (ibu Nashrah) ni kat surau berdekatan rumah. 


Sayu ibu Nashrah sebab katanya yang jauh sampai dulu. Saya dah siap crop kaki Nashrah ni sebelum Nashrah pinta supaya kakinya di'crop'. Nashrah ni dah hafaz 30 juzuk Al Quran masa Tingkatan 3. Pandai budaknya. Saya ingat lagi saya ada menanyakan padanya cara-cara belajar masa Dania darjah 6. Nak tahu tipsnya. Cara Nashrah bercakap masa tu matang dari usianya.  

Bila Rin dan Nashrah menceritakan kejadian kebakaran tu airmata saya tak boleh ditahan-tahan lagi. Sedih saya mendengarnya. 😭 Hati tisu sesangat.


Cerita ni untuk kenangan supaya Dania bila came across blog post ni pun akan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak boleh bagi banyak, kita bagi sikit. Moga boleh la meringankan sikit beban mereka yang menanggungnya. Kadang mereka ni segan nak minta bantuan. Kitalah yang kena proaktif. 






Bila sekolah ada kes Covid-19

$
0
0
Pagi ni kecoh sekejap sekolah Dania sebab ada surat rasmi dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat yang forward surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor tentang penutupan sekolah Dania disebabkan ada kes Covid-19. Sekolah kena melakukan sanitasi untuk tempoh 2 hari bercuti tu. Tambahan pula Khamis cuti Nuzul Quran jadi bersambung lagi 1 hari menjadikan 3 hari bercuti.

Actually mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, sejak malam tadi dah ada ura-ura ada pelajar kena Covid tapi kawan saya tak bagitau sebab takut khabar angin. Rupa-rupanya memang betul. Saya risik-risik juga Tingkatan berapa yang kena tu?. Alhamdulilah bukan Tingkatan 5. Bagusnya Tingkatan 5 ni tak berkongsi kelas dengan Tingkatan yang lain. 

In fact, pelajar Sekolah Rendah Agama berdekatan dengan rumah ni pun ada yang kena Covid-19 ni. Tak silap 10 orang. Kemungkinan besar duduk berdekatan dengan rumah saya ni lah. Jadi, sentiasa beringat la kita di mana sahaja untuk menjaga SOP kita ye....saya pun sepanjang ramadan ni belum menjejakkan kaki ke bazar ramadan lagi sebab kat sana memang ramai orang. Kalau boleh tak nak close contact dengan ramai orang. 


Bercuti bukan sebarang bercuti tau....tapi kena hadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) online. Hanya Nuzul Quran ajer dijadualkan bercuti untuk PDPR ni. Saya rasa mesti kelam kabut juga cikgu untuk bersedia pengajaran secara maya ni sebab secara tiba-tiba ajer kan?. Jumaat ni baru masuk balik sekolah secara bersemuka.

Saya dapat tahu juga sesi persekolahan juga akan cuti raya pada :

11 Mei - 16 Mei (Cuti raya)
17 Mei - 28 Mei (PDPR)
29 Mei - 13 Jun (Cuti penggal persekolahan)

Masuk sekolah balik 13 Jun 2021 selepas Raya. Ish ish lama nau bercuti ni merisaukan juga buat ibu ayah yang ada anak nak periksa besar ni. Bagi saya, lebih efektif lagi kelas secara bersemuka ni. Nak buat macamana kan? Norma baharu. 

Moga semuanya berjalan lancar untuk pelajar bakal SPM tahun 2021 ni. 💪. Doakan ye kawan2 untuk Dania dan batch dia. 💗

Iftar di Bangi Resort Hotel

$
0
0
Pada Sabtu lepas, kami sekeluarga berpeluang berbuka puasa kat Bangi Resort Hotel. Selalunya setiap tahun tak terlepas nak berbuka puasa kat sini kerana faktor lokasi yang berdekatan dengan rumah. Lepas makan boleh terus terawih kat masjid berdekatan atau surau berdekatan rumah. 

Ok....harga bufet ramadan kat Bangi Resort Hotel ni RM72/pax kalau bayar online dan RM89/pax kalau walk in. Nak penjimatan kena la bayar online. Pada saya bufet kat sini boleh dikatakan antara yang terendah jugak harganya berbanding rata-rata kalau berbuka kat hotel paling minima pun RM100 ke atas. 


Kami bertiga setelah ambik apa2 yang patut. Ambik tak banyak pun sebab boleh ajer ambik lepas ni kan. Saya mulakan iftar saya dengan kurma dan buah-buahan. 


Sebelum berbuka, line kat sini punyalah panjang jadi malas la pulak nak beratur ni. Beratur sini setelah settle berbuka puasa. Line tak panjang jadi selesa la sikit. Ramai-ramai tu kalau boleh elakkan la. Apa yang saya nampak tahun ni punya bufet ramadan kat sini ramai la pulak. Line panjang kat luar hotel lagi haa masa ramai nak masuk ke tempat bufet. Setiap satu station kemain panjang line orang beratur. 
 

Ni lah sup tulang. Saya request isinya sikit ajer supaya dapat la merasa hidangan yang lain pulak. 


Betul2 kat luar tempat meja kami ni ada station sate. Saya tengok ajer tak terasa nak makan pun.  


Hidangan utama untuk dimakan bersama nasi. 


Pizza dan pasta station ni pun saya tak order apa-apa pun kat sini. 


Bubur lambuk selalu berlaukkan daging kan? kali ni kat sini bubur lambuk ayam pulak. 


Ini pula station nasi goreng. Nasi goreng ini special kerana dimasak oleh robot. Setiap tahun ada je nasi goreng robot ni.


Kuih muih tradisional dan kek. 


Ni pulak ulam-ulaman, telur masin, ikan masin. 


Station air kat sini. Ada juga air panas disediakan. 


Ni nombor meja kami. Kalau reserve untuk kami bertiga selalu la dapat tempat tak best. Kat sudut-sudut....😂. Mementang tak ramai umat tapi kali ni meja kami idak la terletak kat sudut. Elok je tempat yang mereka assign. 


Boleh pulak saya terjumpa kawan saya masa bekerja lepas selesai ijazah. Masa saya masuk, saya menggunakan diploma saya. Kawan saya ni tahulah saya ada ijazah cuma konvo je belum lagi. Ye lah baru nak mula bekerja jadi saya tak memilih la kan. Saya yang ada diploma ni Shipping Assistant. Sekali yang baru masuk lepasan SPM tu boleh pulak jadi Executive. Kengkonon ada banyak pengalaman tapi asyik tanya saya je nak buat macamana. Nampak pelik la jugak kan? 😕. Tak lama pun saya kat sini sebab dapat offer lagi bagus dan mengikut sijil yang saya ada. Ok...cakap pasal kawan saya ni, dah lama betul tak jumpa since tahun 2000 kot tapi dia masih cam saya. Nak dijadikan cerita, meja dia duduk tu betul-betul sebelah meja saya 😅. Company yang saya kerja dulu pun dah bungkus sebab ada masalah dalaman kot. Kalau google macam banyak je kena saman. 

Saya minta kawan saya Faizal ni ambik gambar le dengan suami saya. Boleh la letak kat blog. Hehe. 


Kalau ikutkan best ke tak iftar kat Bangi Resort Hotel ni?. Bagi saya kalau ikutkan seleksi hidangan memang banyak la kan tapi saya tak selesa sebab macam ramai dari 2 tahun lepas. Tahun lepas takde bufet ramadan ni. Dah la ramai, kapasiti surau pulak sikit jadi sangat la tak selesa sebab kena tunggu la orang habis solat. Tak boleh ke pihak hotel sediakan surau yang lebih besar sikit kan?. Tempat makan boleh je besar-besar kot. 2 tahun lepas orang tak ramai jadi kapasiti surau tu tak jadi masalah la kan dan masa tu takde la jarak2 kan. Kali ni berapa je yang boleh sekali solat tu?. Kena ada penambahbaikan la bab ni. 

Selangor PKP lagi 6 Mei - 17 Mei 2021 dan kisah Covid 19

$
0
0
Pasti rakyat Malaysia berdebar-debar bila dengar pengumuman yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Boleh rentas negeri ke idak?....boleh rentas negeri ke idak?. Nak balik kampung...nak balik kampung Sebenarnya boleh agak dah jawapannya pun sebab sebelum tu Dr Noor Hisham dah keluarkan kenyataan kata kes makin tinggi. Bagi saya 'hint' dah tu tak dapat nak merentas negeri. Sebelum tu saya dah booking dah hotel kat Shah Alam. Kengkonon boleh merentas daerah la kan sebab sebelum tu boleh kan?.Ye sebelum tu boleh sebab saya ingat ada ambik barang kat rumah adik kat Kelana Jaya. 

Jadi, staycation kami kat Concorde Hotel Shah Alam ni terpaksa la cancel. 😢. Ingat dapat la bersantai-santai orang masakkan hidangan kat kita. Ye lah mana nak jangka kan situasi macam ni. 


Kereta kat jalan boleh tahan banyak jugak ni sebelum impose PKP 3.0 ni. Macam-macam urusan la ni sebelum tak boleh merentas daerah. 


Ni gambar sebelum PKP 3.0 (Esoknya dah tak boleh merentas daerah dah). Dan dan tu terasa nak makan KFC. Kami ke Solaris Serdang untuk tapau KFC untuk sahur nanti. Dan pulak kekadang kami ke sini untuk minum kat Starbucks tu. Sementara tunggu hubby tapau KFC, saya dan Dania bersantai kat Petronas ni makan ice cream Kit Kat. Mulanya nak keluarkan duit sebab adik ada transfer duit raya in advance kat Dania. Kami transfer duit raya untuk anak saudara online ajer memandangkan nanti tak boleh rentas daerah. Aktiviti makan ice cream dah start since Dania kecik lagi. Makan ice cream kat Petronas. Time ni la nak bonding ibu dan anak. Nak tanya apa2 ke....tapi Dania ni kalau ambik dia kat sekolah, dalam kereta kita tak tanya pun dia dah cerita 😄


Line beratur kat KFC ni panjang juga sebab yang bertugas kat kaunter tu 2 orang je. Seorang ambik order, seorang lagi bertugas kumpul order. 


Ni daerah yang kita boleh pergi. Tengok la senarai sini. Ikutkan alamat saya kat Kajang tapi area saya ni dijaga oleh daerah Sepang (cukai pintu kami Daerah Sepang). Kawasan saya masuk dalam Mukim Dengkil jadinya boleh la melawat adik saya seorang kat Cyberjaya. Bandar Baru Bangi pun dekat ajer dengan rumah dalam 6km ajer. Payah juga kan kalau duduk border ni kan?. Sekolah Dania masuk dalam daerah Hulu Langat. Which kalau ke sekolah Dania tu dalam 8km dari rumah. Ikutkan rumah kami ni lagi dekat ngan Putrajaya iaitu hanya 3.9km je dari rumah. Kalau Dania sekolah kat Putrajaya, SMK Putrajaya Presint 14 tu cuma 4.5km je dari rumah. Sekarang ni jangan sebarangan masuk Putrajaya. Kena saman nanti. 


Sekolah Menengah Dania pun diarahkan tutup pada 6 dan 7 Mei 2021 baru-baru ini kerana ada kes Covid-19 kat sekolah.


Sekarang ni nak kena berhati-hati la kan. Kalau boleh jangan pergi tempat yang ramai orang. Setakat hari ni tak singgah lagi Bazar Ramadan. Bazar Ramadan untuk MCO 3.0 ni pun tak boleh buka Bazar Ramadan ni. Sama-sama la kita memerangi Covid-19 ni. Moga kita akan menang nanti. 

Serlahkan seri wajah dengan Fanbo

$
0
0
Menyingkap tentang kisah jenama Fanbo ini, ia diasaskan di Indonesia semenjak tahun 1968. Masa tu saya pun belum lahir lagi. Berjaya di dalam kelasnya sejak sekian lama. Fanbo memastikan produk ini halal dan masih relevan setanding dengan produk luar seperti di Eropah dan Amerika. 

Fanbo dihasilkan sesuai dengan wanita di Asia Tenggara. Cuaca yang panas di sini, membuatkan mereka menghasilkan produk yang tahan dengan keadaan iklim di sini. Paling penting produk yang bersih dan boleh mengekalkan keremajaan kulit. 

Pancake powder : Ia dikaji supaya sesuai dengan semua jenis kulit. Ia didatangkan dengan tona warna tempatan yang bagi saya lebih kepada warna medium atau kekuningan. Ia mengandungi tepung jagung yang dapat menyerap minyak dan zinc oksida yang dapat melindungi kulit dari UVA dan UVB. 



Apa yang saya boleh komen tentang pancake powder ni, teksturnya halus dan bau yang lembut. Sesuai juga penggunaan oleh remaja macam Dania. Paling saya suka kerana ianya mengandungi zink oksida yang bertindak melindungi kulit dari UVA dan UVB tapi kita sebaik-baiknya jangan mengharapkan hanya produk ini sahaja untuk melindungi kulit kita, kena pakai juga krim tabir suria. Nak nak cuaca kat Malaysia ni panas ya amat. 


Warna kuning pengantin ni mungkin sesuai untuk tona kulit Dania yang lebih cerah. 


Tona warna sawo matang ini sesuai dengan saya kerana tona kulit yang lebih gelap. 


Precious White : Rangkaian produk Precious White mengandungi ekstrak sakura yang dapat melembabkan kulit. Ia ringan dan mudah diserap. Provitamin dan ekstrak sakura dapat mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah. Didatangkan dengan toner, pembersih muka dan pelembab. 


Pembungkusan yang nampak bersih dengan warna putih dan diserikan dengan bunga sakura berwarna merah jambu. Tampak lagi manis pembungkusan ini. 
 

Facial foam ini halus dan baunya saya suka sebab bau fesh. 


Dania dengan rangkaian produk Precious White dari Fanbo. 


Milk cleanser : Mengandungi esen sakura, AHA, Pro Vitamin B3 dan minyak chamomile. 
Tujuan : Menanggalkan kotoran dan solekan.

Facial foam : Ekstrak sakura, AHA dan Pro Vitamin B3
Tujuan : Membersihkan muka dari kesan minyak.

Face toner : Mengandungi esen sakura, AHA dan Pro Vitamin B3.
Tujuan : Menanggalkan kotoran dan solekan juga menyegarkan wajah dan menutup pori di muka.

Moisturizer : Mengandungi Pro Vitamin B3 dan ekstrak sakura. 
Tujuan : Melembabkan wajah untuk mengelakkan wajah dari mengering yang akan menyebabkan keluarnya garis halus. 

Pensel kening : Membantu menyerlahkan kening untuk nampak lebih natural. Saya suka warna perang ni sebab kalau dioleskan ke kening tak la nampak muka garang. Ianya produk yang halal dan mesra wuduk. 


Jom dapatkan produk Fanbo di pasaran sekarang..... 

  
"Seperti juga keanggunan pokok sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa"

 -Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia-

Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia di portal online seperti PGMALL, Shopee dan Lazada. Boleh layari https://www.facebook.com/Fanbo.myuntuk info lanjut.

 

 

What we did last raya?

$
0
0
Raya PKP 3.0, best ke tak?. Bagi mereka yang masih ada kedua orang tua pasti sedih tak dapat beraya bersama kan...bagi saya yang dah tiada kedua orang tua dan hubby pun dah tiada kedua orang tua kita sambut secara simple ajer la. Bersyukur juga sebab masih ada adik beradik masing-masing. Walaupun adik-beradik saya sekitar Selangor ni ajer, kita gunakan medium whatsapp untuk bertanya khabar dan share gambar di pagi raya bersama keluarga masing-masing. Nak melawat dah tak boleh. Saya bersyukur juga sempat berjumpa sebelum puasa sebab masa tu boleh ajer merentas daerah. 

Malam raya saya sibuk menyediakan daging masak Pah. Saya tak tahu nama masakan ni apa sebab selalunya Opah saya yang saya panggil Pah akan masak daging ni yang akan dihidangkan dengan lemang di pagi raya. Boleh juga dimakan dengan nasi panas-panas. Bila dah masak, kena try dulu rasanya. Kebetulan lemang baru dapat. Hubby order dari orang surau. 

Ni resipi daging masak Pah

Bahan utama
1. Daging
(Perap dengan garam, lada hitam, serbuk kunyit)

Bahan kisar
2. Bawang holland saya letak sebiji
3. Bawang putih saya letak 5 ulas
4. Lengkuas 1/2 ibu jari
5. Halia 1/2 ibu jari
6. Cili api saya letak 5 biji (ikut nak pedas ke tak)
7. Cili merah saya letak 2
8. Serai 2 batang (1 serai kisar, 1 serai goreng dengan daging)

9. Kicap
10. Air asam jawa
11. Gula melaka / gula putih
12. Garam secukup rasa
13. Cili boh

Letak sedikit minyak dan goreng daging + serai dititik. Akan keluar air daging. Bila air dah kurang sikit, keluarkan daging. Ketepikan.

Kemudian, bahan kisar + cili boh masak sampai pecah minyak. Dah pecah minyak masukkan daging dan letak air asam jawa. Perasakan dengan gula melaka/gula putih dan garam secukup rasa. Masukkan kicap. Masak la sampai kuah agak pekat.

Sedia untuk dihidangkan.


Kita ikut SOP yang ditetapkan untuk mengekang Covid-19 ni. Ok....di petang hari raya, kami sempat la ke taman berdekatan rumah untuk posing sekeping dua untuk buat kenangan. Ada la beberapa keluarga juga tapi lengang la. Kat seberang tasik ni pun kelihatan keluarga berposing jugak. 

Saya suruh Dania pose kat pokok ni sebab saya rasa pokok ni cantik. Dania siap 'scan' pokok ni katanya ada semut. Takut kena ketit semut 😂 padehal ada la seekor ke dua ekor semut ajer. Baju raya Dania ni tak pernah rasmikan masa Hari Raya walaupun dah beli tahun lepas kat Primavalet. Shawl dari butik senior sekolah saya....'Lulu Frangi'. 

 
Saya dan hubby. Alehaiiii abang asal berdiri tegak je tu? Nak nyanyi lagu Negaraku ke?. 


Gambar satu family pulak berlatarbelakangkan tasik. 


Gambar yang paling saya suka saya buatkan macam ni....letak kat Instagram. 


Bila saya ajak bergambar macam ni, hubby kata asyik gambar macam ni je?. Hello bila yang 'asyik' tu tak tahulah saya. Gambar ni ala ala zaman P Ramlee. 😁


Petang, lepas Asar tukar uniform. Ada juga singgah Habib Jewels. Beberapa tahun ni, setiap hari raya Dania akan tukar duit raya ke emas. Tahun lepas tukar duit raya dengan seketul charm 'Chomel' dari Tomei.


Terima kasih la pada aunty Eja dan aunty Ema (ibu saudara Dania) yang bagi duit raya kat Dania. Boleh la Dania tukar ke wafer emas dari Habib Jewels ni. Sebelum tu dari ummi dapat 1 wafer emas dan ayah Dania bagi duit raya. 

Dania sendiri yang bayar kat kakak Habib Jewels. 


Close up wafer emas Upin & Ipin. Nak beli yang haiwan zoo negara dah habis stok pulak. Kalau nak beli yang set hari raya pula takde jual loose macam tu. Kena beli yang set. Akhirnya beli stok yang ada ajer iaitu Upin & Ipin. 


Lepas tu perut pun lapar. Singgah Dubuyo beli makanan. Ini tapau untuk saya dan Dania punya. Raya-raya ni teringin masakan Korea pulak. 


Sebelum tu hubby dah shopping barang-barang kat Lotus's. Masa ni tengah menunggu Dubuyo ni siap. 


Hubby punya beli kat Fish Manhattan. Ada Happy hour jadi fish and chips ni harganya RM9.90. Tapau kan...kena add 95 sen untuk kotak. 


Harga asal RM19. 


Nampak A&W Express nak minum A&W Root Beer Float pulak. 


Senang letak dalam kotak macam ni. Tak payah pakai plastik. 


Raya kedua, Dania kata kena hantar kerja Puan Banumathy untuk Matematik Tambahan. Patut la anak ummi sibuk ajer kat bilik tu. Rupa-rupanya kena siapkan kerja Puan Banu dari mukasurat 16 - 71. Punya banyak mukasurat tu.....terbeliak mata ummi 😲. Dania ni jenis akan siapkan kerja tak suka tangguh-tangguh jadi buat sikit-sikit sampai la siap. Kalau ummi tak tahulah macamana...


Kena hantar dekat guard tapi guard kata Puan Banu tak bagi kotak. Kebetulan ada kotak dalam kereta jadi bagi je la kotak tu. Siap tulis dengan marker nama guru semua. Tengok-tengok Dania seorang je yang baru hantar. 


Basically itu je la aktiviti kami. Beraya bertiga ajer. 


Bagaimana untuk activate akaun online BSN anda dan pembelian eSSP

$
0
0
Saya terpanggil untuk share post ni bagi anda yang ada pengalaman macam saya yang tak tahu nak activate akaun online Bank Simpanan Nasional anda. Ini terjadi kat saya sendiri 😅. Punyalah buntu macamana la nak beli e-Sijil Simpanan Premium BSN ni secara online.

Ok kena cerita dulu kejadiannya. Masa bulan Mei baru ni to be exact 20 Mei, saya ada pergi Bank Simpanan Nasional. Tujuannya nak beli Sijil Simpanan Premium ni. Masa saya pergi tu tak ramai orang. Saya jual sebahagian simpanan emas Public Gold saya dan tukarkan jadi Sijil Simpanan Premium walaupun sedih terpaksa jual emas tu tapi takpelah kita tukarkan jadi benda yang bermanfaat kan? nak pujuk hati la kengkononnya. Sekarang, Sijil Simpanan Premium kena buat sekali dengan debit kad BSN. I remember dulu tahun 1997 kot masa belajar kat Shah Alam, saya ada beli juga Sijil Simpanan Premium ni tapi masa tu tak diwajibkan untuk ada kad debit BSN. Ok masa berlalu jadi untuk pembelian Sijil Simpanan Premium zaman la ni kena ada debit kad ye dan diberi sekali dengan nombor akaun BSN.

Ok fine lah dapat debit kad juga tapi kena ada RM50 dalam akaun peribadi tu jadi on top of harga Sijil Simpanan Premium, kena pula tambah RM50 ye.  Jadi lepas balik dari bank saya create la akaun online iaitu di portal mybsn.com.my kemudian saya tak buat apa-apa. (Patutnya saya activate akaun ni).

Bila negara dah buat lockdown bulan enam ni, saya lebih suka la kalau buat online ni. Sekali saya surf sana sini macamana nak beli online Sijil Simpanan Premium ni. Boleh beli online rupanya tuan2 dan puan2 semua. ✌

Caranya ialah, bagi yang baru create akaun kenalah activate akaun tu dulu rupanya. Patutlah saya takde tab 'eSSP' ni. Jadi saya pun call lah Contact Centre seperti nombor yang tertera di bawah. Dia tolong saya nak set up kan online banking saya sampai saya bagi customer service consultant BSN tu 5 🌟. Ye la perbualan kita direkodkan. Setelah 5 minit barulah akaun kita diaktifkan dan barulah ada tab eSSP. Oh gitu....👌

Credit : BSN website

Bila kita log in kat akaun kita di mybsn.com.my, inilah tab eSSP yang saya cerita tu. Kalau tak activate, takde pun tab ni. 


  Credit : BSN website

Click lah tab BSN eSSP Savings. Boleh click akaun number kita di situ. Berapa unit yang kita nak beli kena dalam gandaan RM10. Ini bermakna RM10 : 1 unit. Kena tinggalkan sekurang-kurangnya RM10 dalam akaun ye....

  Credit : BSN website

Lepas dah beli mestilah kita nak check kan?. Boleh click di tab Account Overview dan taraaaa.....pembelian tadi pun masuk la dalam BSN Sijil Simpanan Premium ni plus dengan SSP yang anda dah beli sebelum ni. Senang kan? 

Jangan lupa print details pembelian eSSP anda tu untuk rekod kita. 

  Credit : BSN website

Kalau dah boleh online....kenapa nak pergi bank? Unless kita nak juga kena settle kat kaunter itu ye lah kenalah ke bank. Jadi, from the comfort of your home pun boleh membuat pembelian Sijil Simpanan Premium. Ada rezeki boleh la menang cabutan hadiah yang gempak-gempak tu. 

Mudahkan perbankan di hujung jari?.....💪 



XOXO,
Ezna





Susah ke nak dapat slot AstraZeneca?

$
0
0
Ini kisah slot AstraZeneca saya dan hubby. Masa kerajaan announce slot sukarela masa musim pertama tu saya dan hubby tak ambik apa-apa tindakan pun. Cuma saya ada tengok-tengok link tu dan masih ada juga kekosongan. Time first round ni macam boleh buat relax buat peace lagi. Ok memang ignore ajer. 😁. Ada seorang adik saya siap update lagi link untuk first round dan kami adik beradik berbincang la dalam group adik beradik. It seems like adik saya No. 3 tu paling berani dari kakak-kakak dia. 

Bila ada second round untuk daftar, sekali lagi adik No.3 tu bagi link. Kali ni semuanya dah standby depan gadget masing-masing. Patutnya jam 12 tengahari dah boleh bukak link tapi entah kenapa injak pulak jam 12.15 tengahari. Cuak ok sebab saya memang dah on kan laptop dan telefon bimbit pun kat sebelah. Refresh page banyak kali sampai la dah boleh daftar. Sempat pulak tu update kat group whatsapp adik beradik kata boleh daftar. Bayangkan tangan kena pantas macamana. Hehe. Peliknya bila menggunakan laptop, page statik ajer tak pergi mana-mana. Saya terus la menggunakan telefon bimbit. 


Ini screenshot tarikh yang berbaki lagi untuk dipilih. Saya screenshot ni untuk adik saya No. 2 sebab masa ni dia tak dapat lagi slot. Saya pula dah dapat slot. Nak sampai ke page tarikh pilihan PPV pun lambat ye. Dok la berpusing pusing. Tengok masa ni jam 12.50 tengahari dah tinggal slot yang ini ajer. Ni kat Dewan Gemilang UKM. 


Ni pulak slot PPV di IDCC atau Ideal Convention Center Shah Alam. Tak banyak yang available. Warna hijau tu menunjukkan masih ada slot. 


Mulanya hubby dapat setelah dua kali percubaan (maksud dapat tu akhirnya siap daftar semua dan ke page terima kasih). Lepas tu panik dah saya sebab banyak kali buat oh.....hubby pun cuba untuk daftarkan untuk saya tetapi akhirnya dengan percubaan sendiri, berjaya juga saya ke page terakhir. Tengok jam di situ menunjukkan 12.33 tengahari. Dalam 18 minit jugak la berhempas pulas. 

Lambat tu bukan apa, nak daftar dengan isi borang simple pun ambik masa, masuk ke page tempat PPV pun ambil masa, dah pilih tarikh dan kemudian click I'm not a robot pun ambik masa dan nak tunggu pergi ke page terima kasih pun ambik masa. I'm not a robot tu pun ada masa dia, bila page nak ke terima kasih tu ambik masa yang lama....kita kena click lagi I'm not a robot. Tu yang netizen bising kena click berapa banyak kali sebab sistem slow. Saya pun tak kira berapa banyak kali saya kena click I'm not a robot tu (Teringat pulak K Drama "Roboti Aniya" terjemahannya I'm not a robot. Hehehe...sempat lagi tu). 


JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses bekalan vaksin Covid) kata siapa yang sampai ke page Terima Kasih tu akan menerima tarikh vaksin kat My Sejahtera setelah 48 jam. Menunggu 48 jam tu macam menunggu apa entah....punyalah stress 😅. Saya tak nafikan saya refresh page My Sejahtera tu banyak kali ok...

Tak lama kemudian dalam 1.22 petang, Tempahan slot vaksin AstraZeneca telah ditutup. Adik saya No.3 berjaya mendapat slot kat PWTC. Hubby dia dapat vaksin sebab nama dalam senarai haji tahun 2020 (tarikh saya tulis blog ni pun dah selesai Dos 1). Adik ipar saya tu dapat vaksin Pfizer. Manakala adik saya No. 2 tidak berjaya mendapat slot tapi mungkin akan mendaftar slot vaksin di bawah adik ipar saya (hubby dia) sebab ada slot vaksin Sinovac untuk pasangan. Ini kena bayar tapi tidak la mahal sangat. Dalam RM100++. 


Pada 28 Mei 2021, ada notification kat phone saya. Saya dah dapat tarikh saya. Aik? kat IDCC, Shah Alam?. Saya mungkin terclick IDCC ni dalam kekalutan tu 😂. Saya nak kat UKM sebab dekat sangat dengan rumah. Dalam 8km ajer. Takpelah rezeki saya kat sini. Dapat la jauh sikit. Kalau kat Shah Alam ni saya ok ajer sebab area sini memang saya dah biasa. 


Hubby pulak paling awal dapat page terima kasih tapi dapat paling lambat tarikh vaksinasi. 31 Mei baru dapat tarikhnya. Saya dan hubby dapat tarikh yang sama. Ingat boleh la berdua-duaan ke PPV tapi sebaliknya. Takpelah kan....

Hubby dapat PPV (Pusat pemberian vaksin) kat UKM. Lepas tu risau sikit isteri dia dapat jauh. Takpelah....isteri dia ok je sebab hello isteri dia dulu pun pernah belajar area sini apa...



Saya harap takde lagi la kena daftar macam ni untuk Dania. Dania pun kata kalau ada umur 18 tahun nanti dia nak vaksin. Anak saya ni bab ni dia memang berani. Kalah ummi dia. 😆. Dalam pada tu suspens juga nak tunggu kena vaksin Julai nanti. Harap yang terbaik untuk kami berdua. Tarikh sama cuma seorang ke Shah Alam, seorang kat UKM. Saje pilih vaksin hari sabtu sebab hari cuti kan...

Jadi susah ke nak dapat slot AstraZeneca second round ni?. Fuhhhh tentulah susah....tapi ada juga rezeki kami berdua.....

 

Coursera | Dunia di hujung jari

$
0
0
Hi, lama tak bersiaran. Rasa lemau je PKP yang lama ni. Angka dijangkiti Covid turun naik ajer. Ok anyway, jangan lemau lama-lama, buat something yang berfaedah untuk keluarga. Macam saya, banyak memasak untuk keluarga. Alhamdulilah. 

Dalam pada Dania dengan PDPR online ni, nampak kadang2 stress juga kan dengan PDPR, tuition online, homework yang cikgu bagi banyak sangat, mana nak ulangkaji untuk SPM lagi. Tahulah kan time duduk kat rumah ni tak sama dengan mengadap cikgu sekolah. Saya mengharapkan yang terbaik untuk Dania. Ok tak complain tapi untuk bagi tenang-tenang ajer, saya google kat internet nak cari something yang Dania boleh lari sikit dari rutin setiap hari belajar kan....

Taraaa....terjumpa website Coursera ni. Klik je kat Coursera ni. Nanti pergilah ke website tu. Haa apa yang ada kat sini?. Course yang sangat banyak kita boleh pilih. Since Dania enjoy 'bahasa korea', ok fine saya type je la korean kat atas tu, keluarlah course korea ni. Ada dari Yonsei University....psst University anak angkat Angelina Jolie yang bernama Maddox tu. Ada juga dari Sungkyunkwan University, one of the top university juga kat Korea. Jadinya saya pilih kursus A bridge to the world : Korean Language for Beginner 1. 

Credit : Coursera

Kalau, tak kenal tulisan Hangul lagi....jangan risau ada je kursus The Korean Alphabet : An Introduction to Hangul ni. Dania dah belajar tulisan Hangul sebelum ni jadi tu yang pilih kursus Beginner. 

Credit : Coursera

Haa ini adalah course Dania yang saya enrol tu. FREE ajer tau. Ada kursus sampai Week 6 kat sini tapi boleh ajer habiskan secepat mungkin. Macam Dania, dia akan tengok Coursera ni bila dia dah agak free, semua tugas dah selesai. Nampaknya Week 1 dah selesai semalam. Ada latihan juga at the end of the class which Dania kata dapat 100%. Memang Dania minat tu yang saya menggalakkan lagi. Belajar ilmu baru ni tak rugi. Bahasa Korea ni diajar oleh lecturer dari Sungkyunkwan University menggunakan Bahasa Inggeris jadi ok lah kan. Dania kata orang korea panggil negara India tu 'Indo'. Satu ilmu baru untuk saya jugak hehe. Jangan kita ingat Indo tu 'Indonesia' pulak. Salah tu. 

Credit : Coursera

Setiap kali dah selesai akan ditunjukkan kat sini. Nampaknya banyak lagi week nak kena habiskan tu. 

Credit : Coursera

Eh kat Coursera ni ada kursus bahasa korea je ke?. Eh tak lah banyak sangat kursus yang lain juga seperti anatomy, communication, forensic bla bla bla. Kursus pula ada yang dari Universiti terkemuka dunia. Dunia ye....type je kursus apa yang kita nak sebab kursus pun percuma. Nak nak zaman ni, Kita boleh tambah ilmu untuk diri sendiri.....

Ok, berbalik kepada kursus yang Dania ambik ni, akhir sekali ada kuiz untuk menentukan tahap kefahaman Dania untuk kursus Beginner ni. 

All the best sayang!. 

Credit : Coursera

Saya pun dah beli online Topik 1 dan Topik 11 kat shopee untuk Dania. Apa maksud Topik? Topik ialah Test in Proficiency in Korea. Peperiksaan ni boleh diambil di UKM. Tak silap saya peperiksaan Topik ni kalau kat Malaysia hanya dijalankan di Pusat Pengajian Bahasa dan Lingustik, FSSK di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Peperiksaan ni diadakan pada bulan April dan Oktober sahaja setiap tahun. 

Insya allah ada rezeki, boleh Dania ambik exam Topik ni. Dekat ajer dengan rumah...hehe....Oh ya....harga exam tu 35000 KRW untuk Topik 1 dan 40000 KRW untuk Topik 2. Kita bayar dalam duit Malaysia la. Peperiksaan ini diselia oleh NIIED (National Institute of International Education,Korea). 
 
Topik 1  - Listening, Reading.
Topik 2 - Listening, Reading, Writing. Mencabarnya pada Topik 2 ni nak kena tulis esei di mana nak capai tahap 3 dan 4 tu kena tulis 200 - 300 perkataan. Tahap 5 dan 6 pula kena tulis 600 - 700 perkataan. Kalau nak belajar kat Korea kena at least mencapai tahap 3 ke atas. 

Nak beli buku kat Malaysia ni, kedai pulak tutup. Nak tak nak beli kat shopee ajer lah. Insya allah dalam 10 Julai dijangka tiba. Bukan dari Malaysia tapi terbang dari Korea. Buku ni saya pilih sebab ianya English Edition. Kalau beli tanpa English Edition nanti nak belajar macam ayam dan itik pulak. Tak tahu belajar apa 😅.

Dah chat juga dengan seller kat shopee ni. Nasib baik dia faham bahasa inggeris sebab orang korea ni tak semuanya boleh berbahasa inggeris ye...

Credit : Shopee Malaysia

Jom la Coursera!...belajar di hujung jari....


***Latest update kawasan saya kena PKPD selama 2 minggu 😭. Bermula 3 Julai 2021....hmmmm...PKP PKPB PKPP PKPD......entah la 😣



XOXO,
Ezna

Kisah durian | Hasil berbakti kepada tanah

$
0
0
Kawasan saya ni memang ada kebun-kebun. Ni salah satu daripadanya. Bila kebun hasil berbakti kepada tanah menunjukkan hasilnya. Nah ini dia......hasil kebun durian yang diusahakannya. Nak menampung perbelanjaan dalam musim pandemik ni, kalau ada hasil yang lebih boleh juga dijual kan?. Durian kat troli bukan saya punya tapi yang kat bawah tu. Ramai dah yang booking durian ni dan tak ada balance pun untuk kami beli lebih. Ni hubby terpengaruh kat group surau la ni sebab kata hasil durian kat sini sedap. Kami nak merasalah. 


Kata orang kat sini, dia ni memang menjaga kebun durian dia. Ada jaring-jaring juga dipasang supaya buah durian tidak terhempas ke tanah. Kata hubby la sebab hubby yang pergi collect buah durian kat kebun. Wife dia sibuk suruh ambik gambar kebun. Hehe. 


Memang jaga elok kawasan kebun ni kata hubby. Bersih ajer. Seronok juga kalau ada kebun macam ni kan?. Area saya ada la kawasan tanah untuk dijual tapi harganya dah makin tinggi. Kalau nak tunggu pokok setinggi ni dan berbuah berapa lama pula eh?.


Hubby beli 2 biji ajer. Cukup la keluarga kecik saya nak makan. Dania memang tolak durian ni. Nampaknya ummi dan ayah je la yang makan. Beli sebiji IOI dan sebiji lagi musang king. 


Inilah isi durian tu. Ni tak silap IOI. 


Ni pulak Musang King. Warna dia punyalah terang.....


Banyak ulas juga boleh merasa. Lemak, berkrim......memang berbaloi beli kat kebun ni. Hubby siap promote lagi kat kawan dia kat Nilai. Akhirnya lepas hubby ambik dari kebun, panggil Lalamove suruh hantar sampai Nilai. Sekejapan tau tau kawan hubby dah terima buah durian dengan selamat. Cepatnya adik bawa motor tu....pecut ke dik?.  

Siapa lagi yang nak sokong business macam ni kalau bukan kita kan?. Ada seorang jemaah surau tu dapat 5 biji dari orang sini yang ada kebun durian. Dia makan 2 biji seorang dia ajer. Udah la pening kepala. Achik.....berpada-padalah makan durian tu....😅

Dulu kan kat belakang rumah kami ada tanam durian Manthong tapi tak menjadilah pokoknya. Jadi sedap ke rasa durian ni keseluruhan?. Fuhhhh silap la kalau kata tak sedap. Memang sedap la. Berbaloi beli. Durian fresh lagi jatuh kat kebun durian. Itu pun ada yang hampa tak boleh booking sebab ramai dah booking siap-siap durian tu. Ada yang tuan kebun simpan nak bagi adik beradiknya merasa jugak. Ok....kita tunggu musim akan datang la pulak. 



XOXO,
Ezna

 

BTS x Louis Vuitton fashion show 2021

$
0
0

Saya berpeluang menonton fashion show Louis Vuitton secara maya bersama kumpulan BTS. Louis Vuitton tampilkan kumpulan terkenal K-POP Korea dengan koleksi musim luruh dan sejuk 2021. Teruja betul saya menontonya dengan anak. Hehe...

Sabar menunggu fashion show Louis Vuitton streaming live dari Seoul, Korea pada 7 Julai 2021. Saya tengok ni bukan live pun. 

Credit : Louis Vuitton

Tema pentas peragaan ini Hope. Mungkin tercetusnya idea dari nama pentas salah seorang ahli kumpulan BTS, J-Hope. 

Credit : Louis Vuitton

Peragaan dimulakan dengan ahli kumpulan BTS iaitu Jimin. Bagi saya fashion Jimin ni sesuai diperagakan untuk Jimin. Dengan suit warna putih kelabu ada tompokan hitam dan cermin mata ni nampak bergaya betul. Sesuai dengan Jimin la bagi saya. 
 

Credit : Louis Vuitton

Kemudian datang pula ketua kumpulan K-POP ini iaitu RM. Bagi saya, tak berkenan pulak tengok RM pakai kot hitam dan dipadankan dengan topi hitam tu. Kalau tengok cerita Goblin mesti tahu macam apa 😅. Macam sesuai majlis berkabung tapi Louis Vuitton tetap nak nampakkan RM ni stylish, ada la butang berbentuk kapal terbang warna putih. Eh butang ke kerongsang?. 

Pentas peragaan ini memang unik di zaman pandemik. Tiada orang menonton kat stage dan model berjalan catwalk di atas stage dengan lensa dihalakan kepada model. Apa yang ditampilkan oleh Louis Vuitton pada kali ini memang unik dan menarik. Anggota kumpulan BTS ajer yang berjalan manakala yang lain tu bagai patung. Kalau jalan pun sikit je. Lepas tu jalan pun macam keras semacam. Konsep la kot. 

Credit : Louis Vuitton

Close up briefcase yang RM bawa. Warna silver metallic dengan embossed corak LV. Lain dari kebiasaan yang selalunya berwarna perang dan hitam. Siapa yang bawa ada kelasnya tersendiri. 

Credit : Louis Vuitton

Suga pula bagi saya fesyen kot agak biasa macam kot lain tu berwarna hitam tapi rasanya nak highlight kasut Suga dan beg yang dipakai oleh Suga. 

Credit : Louis Vuitton

Inilah kasut yang dipakai oleh Suga. Nampak macam kasut biasa je tapi yang buat mahal ialah embossed lambang Louis Vuitton pada kasut. Kalau jalan pakai kasut ni, pastikan bawak beg simpan kasut ye. Time nak solat tu haruslah letak dalam beg simpan kasut. 

Credit : Louis Vuitton

Ni pulak beg hijau yang dipakai oleh Suga. Sling dia kemain lebar ya. Ada tulisan "At the same place at the same time". Konsep sling lebar ni saya rasa macam trend jugak sebab beg jenama Balenciaga, Aigner, Marc Jacob pun ada beg yang ber'sling' lebar. Lelaki yang berani boleh la pakai sling bag berwarna hijau pucuk pisang ni haa....eh jap yang kapal terbang tu macam bukan butang.....macam kerongsang pun ada. Kot la kat Korea ada kerongsang trend terkini pulak....haaa siapa tu pakai kerongsang Korea....say I? ✌

Credit : Louis Vuitton

Baju J-Hope ni sekali tengok macam baju batik. Dua kali tengok ada lambang Louis Vuitton. J-Hope bawak beg kecil warna silver metallic Louis Vuitton macam ala ala kita bawak beg kecil nak pergi dinner. Saya rasa kalau beg ni lelaki yang pakai maybe sesuai juga untuk lelaki walaupun saya berpendapat lebih sesuai kalau perempuan yang menggayakannya. Baju tu pun bagi saya dah extravagant dah. Tak perlu aksesori yang berlebihan. 

Credit : Louis Vuitton

Sesuai sangat fesyen ni untuk Taehyung. Nampak smart sangat. Kot hitam labuh dipadankan seluar bercorak kotak-kotak yang tak terang coraknya. Bawak pulak bekas air Louis Vuitton. Agak-agak berapalah harga bekas air tu ya?. Suitcase yang Taehyung bawak pun nampak smart warna dia warna sesuai lelaki. Idaklah yang berwarna metallic. 

Credit : Louis Vuitton

Inilah close up bekas air yang saya maksudkan. Nampak banyak juga air boleh isi tu. 

Credit : Louis Vuitton

Jungkook pula hanya naik lif ini sahaja dengan kamera hala pada satu arah. Mungkin nak cover tempat Jungkook tindik kat atas kening. Jadinya ada rambut dilepaskan di bahagian tindik itu dan shot pula hanya senget macam ni. Saya rasa sebab konsep Louis Vuitton ni macam clean jadi tindik2 takde la ditonjolkan. Apa yang saya perasan ahli kumpulan BTS ni yang pakai subang, hanya 1 je mereka pakai atau tak pakai langsung. Selalunya mereka pakai banyak subang juga satu telinga tu. 

Bila time Jungkook ni naik lif hanya focus kat setiap tingkat tu model2 dengan peragaan baju dan aksesori masing-masing. 

Credit : Louis Vuitton

Baju yang dipakai Jin ni dengan corak berkotak. Macam fesyen Korea juga bagi saya. Dipadankan dengan beg Louis Vuitton warna hijau pucuk pisang. Kalau warna beg tu gelap sikit ok la kot bagi saya. Mungkin konsep ni color block kot. 

Credit : Louis Vuitton

Close up kot Jin. Nice juga bagi saya. Sesuai dengan Jin. 

Credit : Louis Vuitton

Belon tema peragaan ini "Hope" berlegar-legar dalam video ni. 

Credit : Louis Vuitton

Ni dia pentas peragaan zaman pandemik, tinggi sangat. Macam ala-ala bangunan yang baru nak bina yang ada pekerja-pekerja kontrak tetapi kali ini hanya ada model-model. Kalau gayat memang tak la kan. 😅

Nampak unik je pentas peragaan kali ini dengan prop macam ni dan diiringi oleh lagu futuristik. Teruja juga dengan hasilnya. Superb I would say. 

Credit : Louis Vuitton

Nak menonton? Boleh ke SINI Nanti bagitau suka ke tak dengan video ni...



XOXO,

Ezna



Kokurikulum sekolah online zaman pandemik

$
0
0

Pada 9 Julai baru ni, sekolah Dania ada mengadakan aktiviti kokurikulum online untuk pelajar sekolah Dania. Kita ambil maklum yang aktiviti kokurikulum pun terbatas kan sekarang ni. Masih PDPR kat rumah. Sekolah pun tak buka lagi. Bila la sekolah nak buka?. 😰.

Ni aktiviti pelajar Islam, pelajar bukan Islam Dr Thomas yang handle pada waktu siang. Waktu malam ni pula diisi dengan Takirah oleh Dai'e Hifdzi Zaim iaitu Program Al Mulk di Hati. Dai'e Hifdzi Zaim ni anak kepada ustazah yang mengajar Dania Pendidikan Islam masa Form 4 dan Form 5 ni. Hifdzi Zaim juga bekas pelajar sekolah Dania. Kira senior Dania la ni. 

Bila chat box buka alehai bebudak ni chat pulak kat situ. 😂. Ibu dan ayah boleh juga join dan nanti link akan diberikan untuk mendaftar kehadiran. Cikgu kata kehadiran aktiviti kokurikulum pada tahun ini hanya akan dikira sebanyak 5 kali sahaja. Jadi, penyelaras kokurikulum kena merangka aktiviti online untuk penglibatan para pelajar. Sekolah anak you alls buat aktiviti apa?. Dania saya tengok ada aktiviti perjumpaan online dengan Persatuan Pandu Puteri Ranjer jugak. Ketua dan Penolong Pandu Puteri keduanya kelas Dania. Hehe. Kelab Sejarah pun ada buat jugak tapi Kelab sukan petanque, ada sekali la kot perjumpaan. Nak main dah tak boleh. Pengawas aktif la juga beberapa kali nampaknya mengadakan perjumpaan online. 

Ok berbalik pada aktiviti takirah Surah Al Mulk oleh Dai'e Hifdzi Zaim ni, tak lama pun masanya. Kurang dari sejam la kot. Bacaan Surah Al Mulk oleh saudara Jalil ni alehai sedapnya. Anak siapalah la ni ye?. Handsome pulak tu. Kemudian Dai'e Hifdzi Zaim akan menerangkan ayat tersebut. 

Ni saya la ni, sesambil snap gambar Dai'e Hifdzi Zaim (gambar besar) dan saudara Jalil (atas kanan). Cikgu Yazid yang gambar kecik bawah tu jadi moderator. 


Amboii syok dia landing kat bahu ummi ye?. Selesai je program ni, sibuk kata nak join online tuition yang tengah on. Komited sungguh!. Sebelum tu isi la form kehadiran. Nak dapatkan markah kokurikulum. Ingat....5 je kehadiran dikira tahun ni jadi kalau dapat 5 kira markah penuh dah tu. Tak macam kalau bukan zaman pandemik kena menghadiri banyak juga perjumpaan tu. Ye lah time tu sekolah buka kan...

Moga boleh la Dania bersemuka dengan cikgu-cikgu dengan kawan-kawan nanti. Dah la tahun terakhir kat bangku sekolah menengah....nak juga ada majlis graduasi, ada jamuan perpisahan......😥



XOXO,

Ezna


Lalamove penyelamat

$
0
0
Sekarang ni PKPD kat area saya dan kebanyakkan tempat kat Selangor. Nak bagi la kegembiraan kat adik-adik saya.  Mereka pun macam-macam bagi kat saya....bersyukur alhamdulilah. Dah berumur ni macam ni la...dulu-dulu masa muda sikit bergaduh tu biasa....gaduh-gaduh lepas tu baik. Air yang dicincang tak akan putus. 😅

Saya minta tolong hubby panggilkan Lalamove sebab sebelum ni hubby panggil Lalamove nak hantar durian kat kawan. Tunggu la Lalamove ni tak kunjung tiba sekali, yeah tiba depan rumah. Hmmm patut la. Adik Lalamove ni tinggal berdekatan rumah saya je. Ayah saudara dia memang hubby saya kenal. Jemaah surau sini je. Packed siap2 barang untuk adik saya then saya minta hubby ambikkan gambar. Haha....sporting dia ye?.


Barang yang siap packed dalam plastik untuk adik saya. 
 

Ni nak update yang ada salah seorang adik saya belanja adik beradik semua Menate Steak House. Hari yang dia nak belanja tu memang kami ikutkan nak makan je nasi goreng yang tak habis pagi tu. Banyak portion nasi goreng tu. Tup tup seorang adik whatsapp kata nak belanja Menate harga RMxxx. Apa lagi delivery semua ditanggung ye. Macam saya hubby pick up je kat Menate berdekatan rumah. 

Ya allah terasa macam ada orang tepuk kat bahu kata hari ni nikmatilah hidangan ni jangan fikir masalah lain. Alhamdulilah.....

Macaroni and Cheese dengan streaky beef. 


Wagyu Striploin.


Lamb Rack. Ini memang sedap ni. Dania yang kurang makan kambing pun suka. 


Ni pizza ayam ni.


Lamb Burger.


Seafood Aglio Olio Pasta. 


Ni adik saya bagi hadiah belated birthday. Ada cake stand Portmeirion. Memang corak bunga sama macam pinggan dan tray hidang saya. Adik beli kat UK masa tu. Lepas tu bila ada yang ternampak saya pakai pinggan tu kata saya beli mahal2 padehal kalau beli direct sana memang harga tak sampai macam kat malaysia (Harga kat sini macam tinggi sangat). Nak nak masa tu adik saya pegi kat tempat portmeirion tu. Mau saya rambang mata kalau pergi sana ye...Eh nasib baik tak pergi. Pulak tu kirim kat adik. Kos harga je dia charge. Ada syiling dan charm untuk pandora juga termasuk sabun tangan Baylis and Harding. Comel sangat Unicorn Candy ni. Dania tengok ummi dapat hadiah ni jadi saya pun bagi sabun tangan ni kat Dania. Begitulah ibu2 ye. Walaupun hadiah dia dapat mesti nak bagi juga kat anak dia. Anak dia tetap di hati. Macam tu la agaknya mama saya dulu. Ada juga perfume kereta. Entah bila la kereta saya tu nak jalan. Kesian dok kat rumah ajer. 


Close up charm huruf 'E' untuk saya. Boleh la melengkapkan pandora saya. Kat tengah pandora saya memang nak letak yang huruf 'E' ni. Adik saya main kutu sebab nak beli 2 huruf E untuk hadiah birthday kakak2 dia yang kebetulan bulan Mei. Saya 17 Mei, adik saya lagi seorang 20 Mei. Ini membuatkan saya rasa terharu la juga. Terselit juga syiling 2.125g. Alhamdulilah. Adik saya yang lagi seorang tu kemain happy dapatnya. Adik saya sediakan hadiah kat kakak2 dia X 2. Sebijik dia bagi kat adik saya lagi satu @ kakak dia. Itu tak campur kakak ipar dan adik ipar yang lahir bulan Mei juga....jeng jeng suspens bagi hadiah apa...


Shawl Tudung People yang cantik manis ni cantik sangat sebab dimasukkan dalam uncang bereben yang sama corak. Ada pula lipstick Silkygirl yang berkolaborasi dengan Tudung People. Jenguk juga website Tudung People ni tapi macam dah takde pulak item ni. Ni hadiah harijadi yang saya dapat dari adik yang belanja Menate tu. Aleena tu telekung yang kawan saya hadiahkan untuk harijadi juga. Ikutkan ada juga hadiah kawan yang lain yang menghadiahkan telekung juga. 


Haa ni lagi satu telekung yang saya dapat untuk hadiah harijadi. Kawan saya pos awal dari tarikh harijadi sebab takut lupa katanya. Ini surprise tapi saya dapat rasa dia yang bagi. 😀

Sebenarnya tak kira la kawan bagi hadiah ke tak bagi hadiah ke, nasihat yang baik, perlakuan yang baik semua saya hargai sangat. 


Rezeki tu datang berbagai-bagai cara. Adik-adik yang baik, anak yang baik, kawan yang baik, kesihatan yang baik, rumah yang baik, jiran yang baik, kereta yang baik semuanya rezeki. Eh jangan lupa sebut hubby yang baik menolong kerja kat rumah...alhamdulilah. Sebarkan aura positif di sekelilingmu. Insya allah dapat la aura yang baik juga kat kita. 

***Masa tulis blog ni hubby update Lalamove dah ada depan rumah adik saya. Adik saya yang satu lagi....kekna bagi masa datang ambik kekna pegi vaksin ye?. Nak buat macamana hubby saya tarikh yang sama macam saya....time pun dekat-dekat. Tu yang minta tolong adik drive kan. Sian anak ummi tinggal kejap ye....kalau terer drive, dah lama minta anak ummi je drive. Hehe.


Langkah demi langkah menggunakan Amazon Gift Card

$
0
0

Saya ada mendapat gift card dari Amazon kerana ikut serta dalam survey yang dijalankan oleh Triaba Panel Malaysia. Memang kena betul survey yang saya join tu tajuk vitamin. Saya memang makan vitamin C setiap hari. Selesai survey vitamin tu kena tunggu beberapa minggu sebelum dapat gift card amazon berharga USD24.06 = RM100.82. Hari ni taraaa.....dapat email dari Amazon.

Survey punya survey nak beli apa kat Amazon.com sekali saya teringat kat Bath and Body Works sebab saya kerap dapat email Bath and Body Works kalau ada promosi. 

1. Pilih barang apa nak beli. 

Saya type wallflower refills dekat atas tu. Boleh je type apa-apa kalau nak survey apa-apa barang. 

Credit : Amazon

2. Survey harga setiap barang supaya ngam dengan Gift Card kita. (Harga barang + Harga pos ke Malaysia)

Survey harga wallflower refills ni satu persatu. Haaa jangan lupa pilih option deliver ke alamat kita. Dalam erti kata lain, boleh dipos ke Malaysia.

Ini pun harga sangat menarik. Bila saya google wangian Tis the Season ni adalah wangian cranberry + rempah + kulit kayu manis. Pek ni ada 2 wallflower bulb. 

Credit : Amazon

Ini pun menarik perhatian saya. Total harga + pos = USD29.29. Slightly kena tambah nanti dari Gift Card yang saya dapat USD24.06. 


Credit : Amazon

Wangian ni pun best ni kalau pasang kat bilik. Mesti orang ingat kita sedang masak kek. 
Credit : Amazon

Ada juga wangian bau cupcake. Haa baru je cakap pasal kek dah ada wangian cupcake pulak. Ini pun menarik perhatian saya. Sedangkan bau pancake saya pasang kat bilik pun ya ampun......wangi....inikan pula cupcake?. 

Credit : Amazon

Bau balsam ni pun ada tapi takut pula bau dia macam minyak sapu kat perut tu je...😁

Credit : Amazon

Akhirnya.....yang mana pilihan saya???....
tentulah Vanilla Bean Noel. Harga keseluruhanUSD23.64.
Gift card yang saya dapat pula USD24.06. Ngam la harga tu sebab saya tak payah bayar apa-apa.
Vanilla Bean Noel ini terdiri dari wangian top notes : vanilla dan whipped cream, middle notes : caramel dan coklat manakala base notes : sugar cookie dan soft musk. Wahhhh terujanya dengar. Rasa nak makan ye?.

3. Klik 'buy now' jika telah jumpa apa yang anda ingin beli. 

Credit : Amazon

4. Buat pembayaran dengan masukkan kod Amazon Gift Card anda pada yang bertanda ✅ dan klik 'apply'.

Credit : Amazon

5. Pastikan tertera nilai Amazon Gift Card di 'Your available balance'. 

Credit : Amazon

6. Nilai keseluruhan setelah ditolak Amazon Gift Card ada ditunjukkan. Sila semak. (Kalau gift card anda lebih rendah dari harga barang, perbezaan itu perlu dibayar). Jangan lupa klik 'place your order'. 

Credit : Amazon

7. Tahniah! pesanan anda telah berjaya.

Credit : Amazon

8. Semak notifikasi di email anda. 

Credit : Amazon

Selesai. Tunggu je la barang sampai...👌

Sebenarnya ini pertama kali saya dapat gift card dari Amazon jadi happy la kan bila saya tak payah bayar apa-apa untuk pembelian wallflower refills ini. Alhamdulilah rezeki PKPD. 


XOXO,

Ezna 


Menjana duit dengan online survey | Triaba Malaysia

$
0
0

Tajuk tu menarik tak?. Ok bagaimana caranya?. Sertailah online survey oleh Triaba Malaysia. Sebelum nak sertainya meh la saya tunjukkan caranya. 

1. Buka website https://www.triaba.com/my kemudian register la details anda. 

Credit : Triaba Malaysia

2. Survey yang anda jalankan adalah mengikut kesesuaian dan berbeza diantara setiap individu. Jikalau survey ini sesuai untuk saya, tidak semestinya ia sesuai untuk anda (umur, tempat tinggal, pendapatan, minat....etc memainkan peranan). Pihak Triaba yang akan tentukan samada kita sesuai atau tidak. Kalau tak sesuai awal lagi kita dipindahkan ke page samada survey itu telah mencapai responden yang cukup atau survey itu tidak sesuai untuk kita. 

Credit : Triaba Malaysia

3. Setelah selesai menjawab survey, duit pun akan dikreditkan ke dalam akaun Triaba kita. Duit yang dibayar adalah dalam USD (US Dollar). Menarik kan?. Kalau tukar dengan duit kita memang syok. 😁


Credit : Triaba Malaysia

4. Inilah hasil survey online yang saya buat. Tak la banyak. Kalau ada yang sesuai dapatlah kita income tepi. Nilai USD tu bergantung kepada survey yang dijalankan. Kalau ambil masa yang lama, tinggi la sikit yang ditawarkan sebab banyak ambil masa kita. Kalau sekejap dan simple ajer surveynya, nilai USD pun simple ajer. Faham kan?. Survey latest tu saya jawab hari ni. 


Credit : Triaba Malaysia

5. Setelah mencapai minima duit USD kita, kita boleh transfer duit USD kita ni ke akaun Codes, Paypal atau Visa. Saya transfer ke Paypal saya. Pernah 2 kali transfer ke Paypal. Kalau dah mencapai minima, akan ditunjukkan kat sini. Ia akan bertukar warna terang. Tidak la lagi kelabu macam ni.

Credit : Triaba Malaysia

6. Anda akan menerima notifikasi jemputan online survey Triaba Malaysia melalui email. Tips dia dapat je email jemputan tu cepat-cepat la buka link tu. Kalau lambat nanti melepas. 💪


Credit : Triaba Malaysia

Ada banyak cara untuk menjana duit melalui online. Kita kena tahu caranya sahaja. Kalau dah ada platform online ni senang la kita. Selain daripada itu kita online ni bukan sesaje. Dapat juga menjana duit orang kata kan?. 💪. Dulu saya pernah juga join survey bersemuka. Seingat saya, saya pernah join tajuk syampu, susu bayi, lampin pakai buang bayi dan tak ingat apa lagi. Dulu boleh la kan bersemuka....sekarang....semuanya online. 

Ada saya buat blogpost sini yang saya dapat Amazon Gift Card tu melalui survey di Triaba Malaysia la. Survey ni special sikit sebab online survey ni dijalankan secara live selama 1 jam pada 29 Jun 2021 yang lepas. Kita kena type pendapat kita dalam masa yang diberikan. Setiap satu soalan kejap je masa diperuntukkan. Setahu saya ada satu soalan je saya terlepas nak menjawab sebab tengok-tengok dah habis masa. Kena fikir on the spot. Survey saya tu berkisar tentang vitamin dan suplemen. Ada beberapa orang lain juga turut serta dalam survey tu. Ada juga jawapan kelakar masa survey tu. 😂. 

Ok kalau nak tahu survey apa yang pernah saya buat kat Triaba Malaysia ni diantaranya ialah seperti pelancongan, serbuk pencuci baju, keju/mentega, perkakas elektrik kat rumah, insurans, tuala wanita dan of course vitamin dan suplemen dan macam-macam lagi. Jadi senang je kan sebab kita menggunakan atau ada pengalaman tentang subjek-subjek yang diutarakan. 

Jom la Triaba Malaysia! Selamat menjawab soalan!


XOXO,
Ezna


Shopping buah online | Nuck Fruits

$
0
0
Bila kawan saje-saje dm di IG. Nak ada teman bercakap je sebenarnya. Kawan saya tu tak sihat dah beberapa hari. Saya tanya teringin nak makan apa?. Kalau teringin minta suami dia belikan sebab kalau makan benda yang kita teringin sekurang-kurangnya ada juga selera nak makan walaupun masa sakit ni kita memang tak ada selera nak makan tu. Nikmat makan tu dah kurang. 

Terceritalah dia kat saya yang dia suka makan rambutan. Kupas kulit letak dalam peti ais. Saya kata saya pun suka makan rambutan. Ikutkan pokok rambutan budak sekolah belakang rumah saya ni tengah berbuah tapi masaknya tak banyak, hijau yang paling banyak.

Terfikir la nak beri kegembiraan sikit kat dia. Mana nak cari rambutan dalam kita berPKPD kat Selangor ni ha??...saya memang tak keluar rumah dah lama dah ni....fikir punya fikir.....teringat Datin Norhafizah Saad selalu buat review beli buah dari Nuck Fruits ni. Ok saya pun pergilah IG Nuck Fruits

Whatsapp kat nombor nak tanya pasal buah rambutan. Ye lah buah rambutan ni berbuah ikut musim jugak kan?. 

Inilah gambar dalam whatsapp yang saya dapat dari Nuck Fruits. Punya banyak buah yang mereka jual. Nampaknya macam rambutan pun masuk dalam list ni.....


Buah manggis pun ada. Buah manggis ni saya makan tapi tak la suka sangat. Tengok kat bawah buah ni ada berapa bunga dia. Kalau ada 4 bunga, maka ada 4 ulas manggis. 


Anggur ni kalau yang seedless ok. Kalau yang ada biji ni saya tak berkenan sangat tapi makan juga. 


Longan. 


Strawberry ni kalau makan kat negara empat musim selalunya sedap dan manis. 


Kalau katanya ceri dari Turki, ya saya pernah rasa. Manis. 


Buah peach ni saya tak pernah rasa lagi. 


Buah laici ni buang kulit kemudian simpan dalam peti ais. Best betul makan sejuk-sejuk. 


Haaa anggur ni pasti saya suka....tanpa biji. 


Jambu batu ni seingat saya kalau balik Ipoh masa kecik2, pasti papa saya singgah beli kat Bidor jambu batu ni tapi tak sure jambu batu Lohan ke apa....zaman kecik2 saya memang kerap la makan jambu batu ni. 


Blueberry ni kalau makan pun dalam kek ajer. Tak pernah beli saje-saje. 


Buah Lai ni saya makan tapi kurang suka. 


Buah plum ni papa pun suka beli. Saya suka makan. Haha...


Buah ni kalau kena yang manis memang makan tak berhenti ni. 


Buah kiwi ni papa saya amalkan makan tapi saya tak berkenan. 


Buah epal pun sedap ye?. Dapat cicah kicap gula cili api pun saya suka. 


Buah limau ni bagus ni banyak Vitamin C. Dania suka la makan buah limau ni.


Kalau buah ni teringat Restoran ayah kawan kat Kedah tu Restoran Bunga Naga. Ada resipi masakan restoran ini menggunakan buah naga ni. 


Lai lai lai buah lai....tadi pun ada buah lai kan tapi jenis yang lain. 


Pisang ni pun sedap. 


Kuah rojak pun ada kot la nak buat rojak, cicah ajer dengan Kuah Rojak Mak Bee. 


Nangka madu pun ada tapi setahu saya Nangka madu ni pun ikut musim. 


Buah salak ni kalau kat sini jarang jumpa kan?...


Kecur airliur tengok serbuk asam ni haa....


So macamana semua, ada yang berkenan di hati tak?. Bila tengok gambar-gambar yang Nuck Fruits forward....ya allah geram tengok gambar buah-buahan ni ha.....Kalau nak makan sendiri pun boleh...nak surprise adik beradik atau kawan-kawan pun boleh. 

Orang delivery kata rambutan dia dah deliver tapi orang takde jadi dia sangkut je kat palang. Terus la saya call kawan suruh ambik kebetulan dia memasak tu yang tak dengar delivery man tu. Bila dia kata saya ke yang hantar?....saya kata entah la siapa yang hantar 😆. Nampak sangat kita yang hantar sebab sah sah saya tahu ada barang kat luar. Alhamdulilah kawan saya yang tak sihat tu dah terima dah buah rambutan dia....

Moga makan buah rambutan ni cepatlah sembuhnya. 


Geramnya tengok merah-merah warnanya. Pokok rambutan belakang rumah saya pun dah ada yang merah juga....alhamdulilah. Nak bagi kat orang sikit pulak yang masaknya sebab tak masak serentak....Dania....tunggu ayah beli kait la. Kita kait buah rambutan nanti. 💪

Oh ya teringin nak makan buah boleh hello hello kat Nuck Fruits. Penghantaran sekitar KL dan Selangor sahaja ye. Puas hati, semalam whatsapp hari ni dah deliver buah. 

Jom Nuck Fruits!


XOXO,
Ezna

Saya team AstraZeneca | Pengalaman di PPV UKM dan PPV IDCC, Shah Alam

$
0
0

Akhirnya pada 17 Julai 2021, saya dan hubby dijadualkan untuk vaksinasi. Hubby dijadualkan vaksinasi di UKM pada jam 11 pagi. 10.30 pagi dah bertolak keluar. Saya memberikan pelukan sebelum hubby keluar. Nak bagi semangat. Nanti saya takde kat situ nak bagi semangat. 

Gambar ni hubby whatsapp sebab biasalah isteri dia yang tengah cuak ni nak tahu cerita. Semua yang datang temujanji akan diberikan borang persetujuan untuk suntikan vaksin. Boleh tengok kat sini ni lah yang berjaya mendapatkan slot AstraZeneca bila dibuka untuk mendaftar vaksin. 

Ni dalam dewan Gemilang UKM. Hubby kata kejap ajer perjalanan vaksin ini. Tak payah tunggu lama-lama. Nurse yang suntik hubby kata Pakcik....saya nak suntik vaksin ni ye?. Pakcik tarik nafas...lepas...tarik nafas lepas....😆. Tergelak besar saya....stylo macam ni pun nurse panggil pakcik ke?. 


Alhamdulilah selesai dos 1 AstraZeneca. 


Selepas tu hubby kata nak beli kopi pulak. Saya tak minum kopi tapi minta belikan 2 jus oren. 1 nak bagi kat adik saya yang akan bawakan saya ke tempat vaksin. Kenapa adik?. Hubby kan baru lepas vaksin. Takut ada apa2 simptom selepas vaksin. Tempat saya pulak nun kat Shah Alam. 


Saya masak simple je hari ni. Nasi goreng daging masuk sayur sawi dan telur je. Ni tapau untuk adik saya. Siapkan sudu dan kertas tisu dan tak lupa 3 biji kurma dan buah2 rambutan. Complete semua ada termasuk air oren atas ni. Rupanya last adik makan breakfast. Ni kira lunch la kan....rezeki adik...kakak dia teringat nak sediakan. Adik tak minta pun. 


Cuak dah ni adik dah datang. Saya suruh solat Zohor dulu sebelum datang senang. Lewat sikit pun takpe sebab saya dah dapat tarikh. Pelukan buat suami lagi....kali ni turn saya kan....berdebar lain macam ok?. Saya pakai baju vaksin. Ada zip kat bahu. Saya padankan dengan cardigan tidak berlengan. Kasut pun pakai sneakers. Facemask 2 lapis. Dalam tu facemask biasa. Luar tu fabrik (fabrik tu pun ada lapisan filter juga saya pakai) dan luar sekali face shield. Tudia.....vision dan pernafasan jadi terganggu sikit la. 


Driver saya yang baik hati ni nama Erma adik saya. Patutnya dia bawa kereta kecik ajer tapi dia bawa juga kereta MPV ni baru ajer tukar bateri pagi tu. Dah test dululah. Terharu juga saya...mungkin nak keselesaan kakaknya tak?. Saya tak kisah pun kereta apa janji 1. Bawak jangan laju2. 2. Aircond kena berfungsi. Ok cun sepanjang perjalanan dipermudahkan. Tak banyak kereta kat jalan pun. Kitaorang pun pot pet pot pet tak berhenti. Haha. 


Adik saya dropkan kat parking dalam bangunan level 6. Parking adalah FREE ye. Nak masuk bangunan ni kena check MySejahtera. Pastikan phone kita bateri full. Eta kat parking IDCC dalam 2.57 petang. Temujanji saya jam 2.30 petang. Boleh ajer terlambat sebab yang penting temujanji kat MySejahtera dah ada. Lagi pun nak buat macamana saya tinggal jauh sikit dari tempat PPV. 


Naik je escalator 1 level lagi dah tiba sini. Kena duduk kat kerusi yang disediakan. Saya pilih kerusi tepi sekali. Naik je escalator kat atas ada sukarelawan suruh saya update MySejahtera. Siap check profile bagai. Ada juga ditanya soalan. (Rasa dalam MySejahtera juga). Sukarelawan akan guide kita. Dah duduk, kami diberikan borang untuk diisi. Penerangan diberikan. Vaksin kena tulis AZ ajer (Ikut vaksin yang anda dapat). Kena check ye sebab IDCC juga ada beri vaksin Sinovac. Jangan tandatangan lagi. Hanya tandatangan di depan doktor. Lain2 boleh isi dulu. Haa jangan lupa bawa pen ye. 


Barisan saya kena bangun dulu. Alehaiiii....nyesal jap pilih barisan ni. Haha...


Ni borang saya cakap tu. Ada nombor juga disertakan. 


Ada beberapa station kena lalui. Ada yang kena check MySejahtera dan kena scan juga. Sehinggalah sebelum station vaksinasi kena jumpa Doktor. Saya dapat barisan untuk berjumpa Doktor Danial Hakim. Masa Doktor tengah tulis2 tu dia minta saya duduk tapi saya kata nak sembur dulu. Hahaha...sembur2 kerusi dengan all purpose sanitiser. Saya kata nak ambik gambar, Doktor kata bolehla. Doktor pun muda. Macam2 saya tanya tentang vaksin ni. Doktor sendiri kata beliau dapat Sinovac. Boleh ke ambil supplement sejurus selepas vaksin...saya minta doktor doakan saya untuk vaksin. Bukan Doktor ni je guard, sukarelawan termasuklah senior nurse yang vaksin saya. 


Station ni paling cuak lah dari station yang lain sebab ni one step closer untuk vaksin. Saya dapat bilik No. 1 yang sangat dekat tempat saya beratur. 1 bilik ada dua petugas untuk vaksin jadi ada 2 orang tunggu depan bilik. Saya doakan kakak sebelah saya. Dia doakan saya jugak. Alhamdulilah. Dia cakap dia pun takut jugak. 


Lembut la senior nurse Yap Sze Mei ni. Saya cakap saya takut. Pandai Nurse ni alihkan perhatian saya kata lepas ni boleh makan sedap-sedap. Saya cakap doakan saya...hehe ya saya doakan semua patients saya katanya. Sempat lagi pose untuk phone saya. 


Vaksin akan ditunjukkan kepada kita sebelum disuntik. Alhamdulilah tak sakit. Saya tak mengalir airmata sebelum tu tapi saya mengalir airmata selepas disuntik sebab saya kata tak sakit la...saya ingat sakit sampai saya minta nurse Yap ulang apa dia cakap. Selesai vaksin 3.33 petang (mereka yang vaksin kita akan catat nama dan masa kita selesai vaksin kat borang). Cantiknya nombor ye...Kena pergi ke kaunter seterusnya. Station untuk pemerhatian selama 15 minit. 


Adik ni bagi kata semangat. You did it! katanya. Bila nombor dipanggil kena ke kaunter dan dia akan tulis masa untuk kita di pemerhatian. Kalau tak silap saya kat sini petugas bahagian farmasi. Pemerhatian selama 15 minit sebelum kita boleh balik. Ada TV dibuka untuk penerangan. Nak balik pun ada orang check masa dah cukup ke tak. 


Sebelum balik singgah booth ni dan sangat la lengang sampai aikkk siapa nak suruh ambik gambar ni?. Jumpa la seorang adik perempuan ni. Dia ambikkan gambar saya dan saya ambikkan gambar dia. Jangan lupa sanitize tangan ye. Ramai dah pegang2 sini kan. 



Dalam pukul 4 petang kami bertolak balik. Adik pun dah kenyang tapi rambutan2 tu dia simpan untuk bagi kat anak2 saudara saya tu ha....Ibu macam tu la kan...walaupun hak dia, teringat kat anak2 kat rumah. 


Sebulan sebelum vaksinasi :
1. Ambil Vitamin C Flavettes. 1 biji setiap hari. 
2. Ambil pil Habbatussauda Baraka. 1 biji setiap hari.
3. Makan buah kurma dalam jumlah yang ganjil macam 1 biji, 3 biji dan seterusnya. 
4. Makan banyak sayur-sayuran.
5. Banyak berdoa semoga dipermudahkan. Doakan ramai orang. Insya allah orang lain akan mendoakan kita juga. Sentiasa berikan kata-kata yang positif. Minta orang lain doakan kita. 

Hari sebelum vaksinasi : 
1. Tidur awal. 

Hari vaksinasi :
1. Pastikan perut dah kenyang.
2. Bersedekah sebelum ke tempat vaksinasi dalam bentuk duit ke, bagi kucing makan ke...etc...
3. Bercakap depan cermin nak bagi semangat!. (Buat mereka yang takut macam saya). 
4. Pelukan semangat dari pasangan / keluarga sebelum ke tempat vaksin.
5. Ucapan assalamualaikum kepada pemandu (ucapan ni untuk doakan kesejahteraan kepada kita juga).
6. Doa menaiki kenderaan sebelum kenderaan bergerak. 
7. Selepas vaksinasi, cuba buat senaman ringan untuk tangan anda yang kena suntik tu. Saya angkat turun tangan secara perlahan dan tangan saya buat senaman genggaman kemudian lepaskan...beberapa kali. Alhamdulilah tak ada rasa kebas selepas itu kecuali tempat suntik tu ada rasa berat sikit. (Kat tempat pemerhatian dan dalam kereta saya buat). 

Barang-barang yang perlu dibawa : 
1. Pen.
2. Hand sanitiser jenis gel.
3. All purpose sanitiser jenis semburan. (Saya sembur setiap kerusi yang saya nak duduk). Bau sanitiser saya bau best..lavender jadi tak menusuk hidung orang sebelah kita. Bau dia lembut dan wangi. 
4. Kad pengenalan jangan lupa bawak, Ada saya nampak yang kena patah balik ambik kad pengenalan tertinggal dalam kereta. 
5. Telefon dengan aplikasi Mysejahtera.
6. Optional : Sabun gel kot nak pergi tandas. 
7. Optional : Power bank. 
8. Optional : Air mineral
9. Optional : Kudapan (saya bawa roti krim).

Malam selepas vaksinasi :
1. Tidur awal. 
2. Pakai stokin dan selimut. Simptom vaksin AstraZeneca diantaranya menggigil, sejuk. Jadi sebelum tidur, siap-siap saya pakai stokin. Memang ya...jam 5 pagi esoknya saya menggigil. Menggigil ni datang sekejap je dengan tangan saya pun sejuk. (Buat homework dulu tanya kawan2 dan adik yang dah suntik Dos 1 AZ). 

Simptom yang saya alami selepas vaksinasi (berbeza setiap individu) :
1. Lapar. Nasib baik yang ni sekejap je. Kalau lama....adeh payah la.💆
2. Badan rasa panas tapi tak demam. Perumpamaan macam makan durian banyak...badan rasa panas ha gitulah. 
3. Menggigil. 
4. Mengantuk awal malam selepas vaksinasi. 

Moga dapat dijadikan panduan ya. Ini pengalaman saya. Apa yang saya buat tidak semestinya ditiru. Kalau ada amalan-amalan yang lain yang baik-baik juga boleh. Sekadar panduan ajer...kalau kita positif, insya allah yang baik-baik akan datang kepada kita. 

18 Julai tup tup dah dapat tarikh untuk Dos 2 buat saya dan hubby kat MySejahtera. Gap dia 9 minggu. 

Niat saya untuk sama-sama membantu mencapai imuniti kelompok. 


XOXO,
Ezna











Viewing all 1852 articles
Browse latest View live