Quantcast
Channel: Eznakhalili.com
Viewing all 1853 articles
Browse latest View live

What you give you get back

$
0
0

Wallflower plug dari Bath & Body Works all the way dari Arab Saudi sebab saya ada menang kat facebook jualan barangan dari Arab. Orang Malaysia yang tinggal di Arab Saudi yang buat business jualan barangan terus dari sana di Arabian Souq Yanbu-Malazi (facebook). Saya dapat wallflower plug ni yang bentuk macam matahari ni dan wallflower refills (refills yang saya menang tu saya dah guna). Wallflower plug ni saya tak pernah pakai pun. Ok memang ada la dalam simpanan saya sehinggalah awal tahun ni saya tarik diri dari PIBG. Dalam ramai2 ni Puan ni yang paling awal telefon saya nak tanya kenapa....kemudian bersungguh nak jumpa saya. Suami pun cakap kalau yang telefon yang first tu la yang betul2 terasa kita dah tak jadi PIBG. Betul tak?. Yang paling concern pasal kita. 

Nak dijadikan cerita kami pun berjumpa di Bandar Baru Bangi ni di sebuah restoran. Saya menghadiahkan beliau wallflower refills A Thousand Wishes (sentiasa ada dalam stok saya refills dari BBW ni sebab kalau habis, gantikan ajer. Jadi tak terputus la bekalan) dan wallflower plug yang saya menang ni. Saya ajarkan beliau bagaimana nak menggunakannya. 


Baru-baru ni, beliau call saya nak order pulak wallflower refills ni. Cuak juga saya sebab beliau minta tolong kat saya belikan pewangi yang saya hadiahkan dulu. Kadang2 takde stok kat online BBW ni kalau nak spesifik yang 'A thousand wishes' ni. Beliau minta belikan 4 refills dan bauan tu beliau beri freedom untuk saya pilih. Beliau percaya pilihan saya tepat. Alehaiii lagi suspens tak?. Dup dap dup dap je.

Jadi, inilah pilihan saya tapi wangian yang saya suka la :


Credit : Bath and Body Works

Kebetulan ada promosi beli 3 percuma 2 (beliau kan nak 4 bulb refills) jadinya beliau hanya bayar RM126 + kos pos RM10 =  RM136. Refills ni berharga RM42/bulb. Saya uruskan semua jadinya beliau cuma tunggu barang je lah. The thing is paling cuak sebab BBW ambil masa 21 hari nak hantar barang zaman PKP ni. Udah berpeluh gak saya. Akhirnya semuanya selesai bila beliau menerima barangan BBW ni dengan selamat. Email saya letak email saya supaya saya boleh track delivery ni. Hahaha...adoii kalau adik beradik tak kisah la sangat ni sebab bukan adik beradik. Orang yang berharap untuk mendapatkan barangan dari kita. Phewww...

Mungkin juga disebabkan saya tolong belikan saya dihadiahkan dengan wallflower bulb ni all the way dari US. Masih menunggu wallflower refills saya ni. Dah lepas kastam malaysia dah pada 17 Julai 2021. 

Ada sekali tu saya ada buat post pasal Nuck Fruits kan?. Saya ada hadiahkan rambutan kat kawan saya yang tak berapa sihat....ini gambar yang kawan saya whatsapp. Rambutan budak sekolah yang kawan saya dapat. 


Esoknya, saya dapat whatsapp dari jiran saya kata dia sangkut plastik rambutan kat pagar. Saya dapat  rambutan kuning dan merah. Rasa macam magic pun ada sebab semalam saya happykan kawan saya. Hari ni ada jiran pulak bagi rambutan kat saya. 


Rambutan ada dua warna ni. Merah dan kuning. Alhamdulilah. 


Ni pulak rambutan budak sekolah dari pokok sendiri. Masih ada lagi kat pokok. Tak banyak la tapi boleh la nak makan 3 orang ni. Sedap....buahnya lekang dan manis. 


Rambutan ni pulak ada jemaah surau bagi. Hubby kata dia ambik segenggam je tapi kalau tengok ni macam bukan segenggam je...😅. Jemaah surau suruh ambik lagi tapi hubby tak bawa plastik. 


Baru-baru ni ada kawan Dania satu family kena Covid-19. Saya tanya kawan baik Dania tu nak makan apa?. Mana tahu saya boleh hantar. Kawan Dania kata makan pizza pun rasa masin. Deria rasa dah tak ada katanya. Hidung pun rasa sakit. Jadi, saya order online kat AzZain untuk hantar beberapa barang kat rumah keluarga kawan Dania ni. Diantaranya kawan Dania ada sebut boleh la masak ketupat yang aunty bagi. Kebetulan nak dekat raya haji pulak. 

Esoknya, saya tengok pinggan saya bukan hanya ada ketupat nasi tetapi sate, timun dan bawang. Hubby saya beli. Macam magic saya rasa allah cukupkan keperluan saya. Tak specific suruh pun hubby saya beli. Tau2 dah tersedia ajer. 


Moral of the story kat sini berilah walaupun sedikit. Insya allah kita tak akan miskin dengan memberi. Apa-apa pun yang kita boleh beri walaupun sebiji buah kurma. Kalau tak boleh beri barangan...senyuman pun boleh sebab senyuman juga satu sedekah. 😊. Saya beri pun bukan beri banyak pun. Ada orang beri lagi banyak. Nak nak zaman pandemik ni kan dengan orang tak boleh keluarnya....kalau ada yang memberi kita rasa bahagia kan?. Kadang rezeki bukan barangan ajer...mungkin juga datang dari segi kesihatan yang baik....etc....



XOXO,

Ezna


Bila kena berkhemah online | The 18th Girl Scout International E-camp Korea

$
0
0
Bila Dania bagitau yang dia akan join e-camp Korea ni, saya tak membantah pun malahan menggalakkan ajer. Selalunya memang saya tak kisah pun nak join apa-apa janji tak membelakangkan pelajaran. Nak nak bila ada peperiksaan besar tahun depan. Patutnya tahun ni tapi ditangguhkan ke tahun depan. 

Zaman kita dulu masa masuk pasukan beruniform, kalau join aktiviti perkhemahan tu diadakan di alam realiti kan?. Kali ni disebabkan pandemik telah melumpuhkan seluruh dunia, pihak penganjur mengadakan di alam maya. Nama event ni The 18th Girl Scout International E-camp Korea. Ia disertai oleh badan beruniform Tunas Puteri / Pandu Puteri satu dunia bermula 1 Ogos 2021 - 20 Ogos 2021. Temanya 'Apart and Together'. 

Ini adalah website dia. Canggih jugak la ada burung terbang, keretapi bergerak, dan ada aktiviti di setiap tempat. Peserta kena log in nak menyertai aktiviti dalam ni. 


Ni diantara negara yang mengambil bahagian. 
 

Kalau perasankan, tengok khemah Malaysia kemain banyak bunga berbanding khemah negara peserta yang lain. Mana taknya, Dania kata ada 8000 penyertaan seluruh dunia tapi 1/2 penyertaan diisi oleh peserta dari negara Malaysia. Maknanya ada 4000 orang peserta dari negara Malaysia. 👏. Padan la setiap aktiviti yang diadakan ni memang penyertaan dari negara Malaysia ni paling meriah. Terus rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Katanya Pandu Puteri Malaysia ni diantara yang aktif di arena antarabangsa. Tu pasal 50% penyertaan dari Malaysia. 💪💪💪.

Kat sini bunga pun tak banyak berbanding negara kita. Di bawah ini khemah maya setiap negara peserta. Peserta Korea ni mengikut daerah di Korea Selatan.

Salah satu aktiviti yang kena join ialah Girl Matter. Tulis pendapat kita secara ringkas tentang soalan yang ditanyakan. Ini hashtag yang pilihan dari soalan ini. Amboii dah pakai SKII tu....


Ni aktiviti kena upload apps ni kat phone. Phone saya la jadi mangsa. Phone Dania dah tak cukup memori. 😄. Dah masuk uni nanti baru la beli yang ok sikit. Ni phone yang bagi ada je la time emergency. 


Ada reward juga yang disediakan tapi Dania buat bagi ada je lah aktiviti ni. Aktiviti ni pasal recycle.  Idak la beriya sangat sebab busy kan tapi busy-busy pun sampai Platinum jugak level Dania. 


Setiap peserta kena mencantikkan page dia. Inilah page Dania. Dia letak gambar dengan cikgu Pandu Puteri sekolah dan kawan-kawan. Masa ni program kat sekolah lain. Dania dan kawan-kawan dapat No. 3 untuk persembahan ini.


Bila dah buat semua aktiviti atau mission dapat la badge online. Hari ni dah naik dah markah Dania tu.


Ni diantara mission yang dijalankan. Banyak lagi la sampai selesai e-camp ini. Ada nampak kena menari jugak. Hmmm siap la tu mungkin Dania suruh bear dia ajer yang menari. 😂. Tak koser. Janji upload ajer mission tu. Kira selesai la. Ada dua benda kena selesaikan. Mission Participation dan Activity Participation.  Hari ni Activity participation ni nak kena kait menggunakan jari untuk buat gelang tangan. Bukan kena kait macam kait biasa tu tapi nak kena buat gelang tangan. Jenuh juga la saya kena mencari benang kait. Mana ada kedai jahit bukak....nasib baik ada satu kedai jahit tu boleh pick up dari kedai. Gigih juga saya mencari benang kait ni....


Inilah hasil gelang dari benang kait. 


Ada peluang macam ni grab ajer sebab susah juga nak dapatkan markah kokurikulum zaman pandemik ni. Moga dipermudahkan sehingga selesai e-camp ni. E-camp Dania ni mission dan aktiviti kena selesaikan sehingga 12.01 am sebab esoknya ada mission dan aktiviti yang baru. Pandai2 kena bahagi masa untuk semua. Pulak tu 16 Ogos - 26 Ogos 2021 ada exam sekolah online pertengahan tahun. Clash dengan e-camp ni tapi boleh ajer bahagikan masa. 


XOXO,
Ezna




Selesai sudah The 18th Girl Scout International e-Camp Korea

$
0
0

Selesai sudah berkhemah online. Diam tak diam dah habis pun 20 hari. Ikutkan lama betul berkhemah online ni. Lebih kurang 3 minggu lamanya. Ingatkan lama masa yang diperuntukkan sehari suntuk kan. Rupanya ambil masa sikit ajer untuk siapkan mission atau aktiviti. Ramai juga kawan Dania tak join sebab takut tak dapat bagi komitmen. Takut kena skip PDPR (online kelas sekolah). Cikgu kata kalau wakil sekolah ada excuse tak masuk PDPR tapi nasib baik timing baik. Takde la skip pun. Boleh je join sebab start tengok live tu pukul 3 petang. Mission tu jam 11 malam dah keluar mission untuk keesokannya jadi kena bersedia la apa nak buat dan bahan2 apa yang perlu dibeli. Kebanyakkannya bahan2 dah ada pun. Dalam kelas Dania, Dania seorang ajer yang join. 

Nak tengok jadual jangan tersilap waktu pulak sebab masa Korea sejam awal daripada kita. Kalau kata live tu start jam 4 petang maksudnya jam 3 petang la waktu Malaysia. Rasanya kalau tak masuk live ni setiap hari ok je sebab markah dikira untuk mission atau aktiviti sahaja. 


Saya kongsikan aktiviti yang dilakukan oleh Dania sedikit sebanyak sepanjang e-camp Korea ni. Ni aktiviti 'Trash Friends'. Kena recycle plastik ke apa2 ke dan kemudian dijadikan satu benda. Macam Dania ni dia buat bekas kosong sabun tangan Bath & Body Works tu sebagai pasu. Dalam tu letak la decoration ball dan bunga kering. Haa jadilah pasu hiasan. 

Ini mission 'Girl The Builder' kena buat makanan atau kononnya nak hias khemah seakan nak pergi berkhemah. Kena imagine la kan. Ada girl scout yang buat khemah letak kat bawah kerusi. Atas tu dia letak selimut. Macam ala ala saya main rumah2 je masa kecik dulu....😆 Kena kreatif la kan. Dania pulak letak biskut dalam lada benggala yang dijadikan pinggan. 

Ini pula aktiviti 'Flower Art'. Buat la apa pun. Dania buat budak perempuan ni konon pegang payung la sebab atas tu ha panas ada matahari tegak atas kepala...hehehe...

Hari ahad, kena buat mission 'Plogging vlog'. Jogging sambil kutip sampah. Saya la nak shoot video ni sesambil Dania kutip sampah dan jogging. Alaa berlakon la sikit. Hehe. Plogging ni memang dalam kawasan rumah saya. Nasib ada taman kecik. Hehe. Sampah tu bawak sendiri dari rumah jadi kita tahu sampah bersih. Bekas plastik makanan ikan tu...kawasan ni terjaga jadi mana ada sampah?. 

Ini pula mission 'Girl Scout Knot'. Samada nak balut kotak atau nak buat ikatan dengan scarf Pandu Puteri. Ni Dania balut kotak hadiah dengan menggunakan tudung saya. Cantik juga la balut dengan fabrik ni. Tak payah guna pembalut hadiah. 

Ini mission 'Girl Scout Emoticon'. Buat la apa pun asalkan bahagia. 😍. Dania buat girl scout happy sambil tutup mata. 

Ini pulak aktiviti 'Free Table'. Nak kena reka meja untuk camping dari bahan kitar semula yang ada kat rumah. Jadi ambik ajer kotak kosong. Atas tu letak la plastik keras. Haaa dah jadi meja. Hidang la air dan kacang atas tu 😁. Cawan tu eksen ajer takde air pun. 

Ni aktiviti 'Create My Page' untuk page depan jadi letak ajer la gambar apa-apa pun. 

Aktiviti 'Patch Designer'. Kena reka patch untuk camp. Apa2 pun boleh ikut kreativiti masing2. Ini buat pun dari canva. 


Bila kena buat terrarium ni, 'Bottle Garden'. Kena lari kejap cari bunga kaktus dan pokok kecik2 ni. Nasib la ada nursery bunga yang buka. Beli sekali tanah dan batu kecik2 tu. Ini kali kedua Dania buat terrarium. Kali pertama tahun 2014 dengan Kak Yuna dan Malaysia Airlines. Best sangat...boleh baca kat sini


Apa pun selesai dah 20 hari....yayyyy

Hari terakhir live...


Presiden Girl Scout Korea menyampai sijil secara maya kepada negara yang menghantar wakil.


Ku Malaysia....Malaysia.....


Negara yang terlibat...


Terima kasih Girl Scout Korea kerana menganjurkan ecamp yang sangat menarik ini. Di kala pandemik ini ada juga aktiviti yang dapat menghubungkan negara kita dengan negara lain...
Gamsa Hamnida....


Ini pula score keseluruhan Dania untuk kenang-kenangan sebanyak 3180.

Selain sijil dari Korea, akan ada pula sijil dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Selangor buat mereka yang menyertai ecamp Korea ni. 

Sijil pencapaian peringkat cawangan dikategorikan seperti berikut :

Tempat Pertama : 2500 ke atas poin
Tempat Kedua : 2000 - 2490 poin
Tempat Ketiga : 1500 - 1990 poin

sebagai penghargaan PPPM cawangan Selangor kepada peserta e-camp Korea. 
Kalau tengok poin Dania, alhamdulilah di tempat pertama....


Ini pula sijil yang paling ditunggu tunggu, sijil penyertaan dari Girl Scout of Korea. 😍


Ok Dania dah boleh slow down dengan aktiviti kokurikulum. Boleh tumpukan pada pelajaran lepas ni....eh belum lagi ni 2nd last. Last ada International Science Olympiad. Ni last la saya rasa. Lepas tu fokus pembelajaran...insya allah. Nak tambah kat aktiviti kokurikulum Dania. Kena seiring juga dengan keputusan peperiksaan. Moga Allah permudahkan....😌


***memori bila Dania dah dewasa nanti...

XOXO,
Ezna


Bagaimana nak memindahkan wang dari Paypal ke akaun kita

$
0
0
Ini saya belajar sendiri ni bagaimana nak memindahkan duit dari akaun paypal ke akaun kita (Maybank ke etc...) melalui pengalaman sendiri. Jenuh godek2 ok 😁. Kalau idak saya pun tak reti nak buat macamana. 

1. Caranya log in akaun Paypal kita. Kadang ada yang masukkan duit melalui Paypal kan macam pembayaran survey Triaba, saya masukkan ke dalam akaun Paypal saya. Link kan akaun bank kita kat Paypal. 


2. Ketik transfer fund ke akaun bank. 


3. Pilih akaun bank yang kita nak masukkan duit Paypal. 


4. Pilih amaun yang kita nak pindahkan ke bank kita. Ada minima amaun yang boleh transfer ye. Kalau amaun yang kita nak pindahkan di bawah minima, akan keluar di situ kita tak boleh pindahkan amaun tu ke bank kita. Bila terjadi tu, kena stop la kat Step 4. Ni saya transfer semua amaun AUD (Australian Dollar) dalam Paypal saya. 


5. Jadi bila kita ketik lagi akan disiarkan bayaran yang terlibat. Akan terpapar kat situ. Kemudian kita ketik transfer. 


6. Kalau dah ke page yang ni maknanya kita dah berjaya pindahkan duit ke akaun kita. Tunggulah 2-3 hari duit masuk akaun.


 Haaa macam tu lah kalau nak pindahkan duit dari Paypal ke akaun bank kita...dengan adanya step by step ni harap boleh la membantu. 


XOXO,
Ezna


Pasar segar online di Ommafoody | Pasti berpuas hati

$
0
0

Zaman pandemik ni ada beberapa industri terkesan. Ini termasuklah industri pelancongan. Ye tak?. Ada syarikat penerbangan yang terpaksa buang pekerjanya, ada syarikat penerbangan yang terpaksa ditutup. Ye lah industri pelancongan terkesan la sebab kita tak boleh merentas daerah, negeri, apatah lagi negara. 

Pasar online basah Ommafoody ini lahir dari tekanan inilah. Syarikat ini adalah syarikat yang sama mengendalikan pelancongan iaitu Muslim Travel Bug. Saya pernah mengikut pakej Muslim Travel Bug ni ke Korea dan pernah beberapa kali pergi ke pejabatnya di Seri Kembangan. Dekat sangat pejabatnya dengan Pasar Borong Seri Kembangan tu haa....Omma itu bermaksud emak dalam Bahasa Korea. 

Ok bercakap mengenai Ommafoody ni memang saya ada kenal seorang ni yang pernah jadi tour leader masa saya melancong ke Korea. Jadi nak check apa2 terus saya contact beliau. Hehe. Ni homepage Ommafoody. Kalau tengok kat sini ia ada banyak kategori seperti sayur, buah, daging, sejuk beku dan banyak lagi....nampak sangat kemas macam ni kan? Boleh ajer click mana-mana yang kita nak beli tu. 

Ada promo ayam pula ni...fresh fresh...kenapa saya kata fresh? sebabnya ia diambil setiap hari di Pasar Borong Seri Kembangan. Siap cuci, siang dan akan dipek kemas-kemas. Jangan risau kalau beli ayam ke daging ke sebab syarikat ini adalah syarikat muslim. 

Kalau order hari ini, insya allah esok boleh la tiba. Kalau barang yang anda beli tu takde kan...mereka akan refund duit kita melalui e-wallet Ommafoody atau terus ke akaun anda. Best kan? Duit kita takde la burn macam tu je. 

Buat masa sekarang, Ommafoody cuma membuat penghantaran di Lembah Klang sahaja. Boleh check poskod kediaman masing-masing di sini. 

Geram-geram tengok barang yang dijual. Ada scallop ni. Nak beli...tak tau nak masak apa...filet ikan dori ni pun geram je saya nak beli. Haha...semuanya nak beli kata 'bank bergerak' saya 😄

Kalau beli baby ketam tu pun tak tau pulak nak masak apa. Haha...Haa ikan salmon tu kalau kat Evo (Maxvalu) harga dalam RM9+. Hat ni harga RM5.90 kira ok la kan...


Ni lah barang yang saya order, ketam, siput buluh, ikan salmon dan ikan siakap. Hubby dah suruh buat siakap 3 rasa. Siput buluh tu boleh buat masak cili. Huiiii teringat dah rasanya....Haha....dapat pulak tolak e-wallet Ommafoody sebab ada sekali tu barang tak cukup masa saya order penghantaran kat kawan saya yang kuarantin sebab Covid. So dapat la refund jadinya saya tolak je la e-wallet saya ni haa....Penghantaran melalui Grab pula cajnya sebanyak RM15. 

Jadi sesiapa yang nak order untuk diri sendiri, nak surprisekan adik beradik, ibu ayah atau kawan-kawan dengan barangan basah ni boleh la beli kat Ommafoody. Kalau pakai link saya ni you alls semua akan dapat potongan RM5 ye.....

Senang sangat kita tak payah dah nak keluar rumah. Tunggu barang sampai ajer la. 💁

Jom pasar basah online di Ommafoody!!

***Screenshot semua credit Ommafoody.



XOXO,
Ezna

Eid Authentic Korean Cuisine Bangi | Mudahnya nak buat pesanan

$
0
0
Senangnya nak pick up food dekat Eid ni. Whatsapp ajer Eid kemudian dia akan bagi senarai menu. Alang2 hubby nak stock up groceries dekat Maxvalu Evo ni, boleh la singgah tapau kat Eid tapi kalau boleh tak nak la tunggu lama jadinya order melalui whatsapp ni. Memang dah tau nak makan apa dan budget nak pick up pukul berapa. 

Last sekali saya pun letak Gamsa Hamnida. Hehe...maksudnya terima kasih dalam bahasa korea. 

 
Lepas Maxvalu, sempat lagi hubby dengan Dania singgah Pustaka Rakyat. Dania nak beli buku. Lepas tu baru pick up dekat Eid.


Ni lah makanan korea yang kami order ni. Korean Ramyeon with dumpling ni Dania yang nak makan, hubby pilih bulgogi daging tu dan saya makan Tokpokki. 


Close up Tokpokki saya ni. Ada fish cake juga. Rice cake tu liat2. Entah kenapa suka saya liat2 ni tapi bila kunyah lama-lama lenguh pulak mulut ni. Hehe. 


Saya makan Tokpokki ni dengan nasi. Tak reti saya makan saje je. Mesti ada nasi jugak. Nasi korea ni pun macam nasi jepun eh....berkanji. 


Bulgogi ni didatangkan dengan set. Sedap rasanya manis. Saya rasa ada honey juga ni. 


Ada kimchi. Kimchi ni saya makan sikit ajer. Tak berkenan sangat tapi masa saya pergi Korea tu banyak pulak saya makan kimchi ni. Tauge ni Dania punya. Dania makan dengan Ramyeon tu


Ini pun dalam set bulgogi. Sausage ni diletak sos tapi saya rasa ada gak ingredients lain. 


Mee Dania ni ala maggi tapi rasanya tak sama sangat dengan maggi. Ada dumpling juga. Saya rasa juga sikit Dania punya mee ni. 


Honey chicken ni sedap. 


Kat bawah harga yang saya order tu.






Ni kalau nak order delivery ye...


Ni total yang saya order. Kalau lebih RM70++ boleh dapat cheesy corn sausage kalau beli lagi selepas ni dengan total RM70++.


Sekali-sekala boleh la nak makan masakan korea ni. Kalau selalu jenuh juga sebab harganya tak murah. 
Siapa suka masakan Korea? Say I....






Roti jala warna unicorn | Alisha Mom's

$
0
0
Mulanya hubby kata ada kawan nak hantar makanan tapi hari tersebut makanan tak tiba pula. Ok pada hari lain pulak hari yang kami tak tunggu apa-apa delivery, tetiba lalamove call kata nak hantar. Pelik la dapat apa pulak kan?. Akhirnya.....

Taraaa.......

Roti jala dengan warna manis ni rezeki kami. Sayang betul nak makan sebab cantik sangat. Ada bunga ros pulak tu penambah seri. Roti jala pun dah tak macam roti jala yang selalunya berwarna kuning. Kali ni berwarna-warni pula. Saya kata seakan warna unicorn. 


Didatangkan dengan kari yang banyak isi ayam. Sedap pulak tu. Memang tak tipu. Dania siap ulang-ulang cakap kata pernah makan kari ni macam rasa ummi masak. Aik? Ni nak ambik hati ummi ke apa ni Dania? 😄


Roti jala ni team leader kat office yang bagi bila nama perempuan yang tertera saya tanya la. Hehe. Team leader ni bagi semua anak buah dalam team. Moga murah rezeki beliau ye?. Dulu kalau bekerja di office, roti jala Alisha Mom's ni yang selalu officemate order. Kiranya ada makan2 ada roti jala Alisha Mom's. Roti jala Alisha Mom's je makan2. Gitu.....dah famous la roti jala ni di kalangan officemate hubby. Alisha Mom's ni berpengkalan di Putrajaya jadi senang la nak delivery ke office area Putrajaya ni ha....

Saya suruh la hubby check nama pembuat roti jala ni sebab nak order pulak untuk kami ni. So yeah dapat la nama pembuat roti jala ni dan kami pun order la. Actually saya order yang takde bunga ros pun tapi Alisha Mom's ni sudi buatkan kami yang ada bunga ros. Warna dalam gambar ni macam kebiru-biruan tapi sebenarnya realitinya warna ungu lembut. My favourite color!. Saya order sekali dengan kari. Kalau tak nak order sekali dengan kari pun boleh. Kari tu kita masak la sendiri tapi saya nak terus makan je. 😋 


Macam muka orang la pulak. 

Memang tangan berseni ni elok cantik je creation kan?. Haa tengok yang ni. Roti jala bunga ros berbentuk hati.  

Credit : IG Roti jala Alisha Mom's

Ada customer yang request bendera Malaysia juga. 

Credit : IG Roti jala Alisha Mom's

Ni unik sikit. Kalau tak nak kek yang biasa tu boleh tempah kek roti jala. Kek ni special sebab makan dengan kari. 

Credit : IG Roti jala Alisha Mom's

Kalau tak nak berwarna-warni macam ni nak yang warna biasa roti jala kuning klasik tu boleh ajer request. Pastinya, tak menyesal order. Kari dia best oh....👍

Nak order ke?

https://www.instagram.com/rotijala_alishamom/


XOXO,

Ezna


Wowshop ni memang racun berbisa

$
0
0
Bila tengok rancangan TV ni yang ada Jimmy Shanley. Haaa rancangan apa tu?. Ada pengacara wanita juga dalam rancangan tu. Tak lain tak bukan Wow Shop!.

Ha bagi sesiapa yang tak kenal Jimmy Shanley...inilah Jimmy Shanley. Gambar lama ni masa ni kat Karangkraf Shah Alam. Dania baru balik sekolah dengan pakaian T-Shirt sukan. Actually ni bukan yang latest jumpa Jimmy. Latest kami jumpa Jimmy masa kat Colombia Asia Hospital, Puchong. Masa tu sehari sebelum nak pergi umrah iaitu pada 10 Disember 2014, hubby kemalangan motor masa nak pergi kerja. Terlanggar batu-bata kat Bukit Jalil. Masa tu Bukit Jalil ada banyak construction. Ada lori terjatuhkan batu bata tu la. Hubby saya patah tangan sehari sebelum nak bertolak buat umrah. Dr simenkan elok2 dan lepas umrah baru buat operation masukkan besi. Ok anyway....Jimmy dan isterinya nak pergi buat routine check up mengandung jadi berjumpa la kami kali kedua kat sini. Jimmy ni my junior masa kat UITM Shah Alam. Kami ambik course yang sama masa degree. Masa buat masters, lecturer Jimmy kat UITM Shah Alam tu kenalkan dengan anaknya...haa dah jadi isteri dah pun. Mak mertua masa tu lecturer UITM Shah Alam le...(Jimmy cerita kat saya ye 😃).

Ok dah dah cerita pasal si Jimmy Shanley ni. Abaikan tudung Dania yang senget benget ni. 😆


Nak cerita barang yang Jimmy promote dalam Wow Shop ni. Alahaiiii cannot tahan tengok ni. Apa ni?. Ok saya explain kat bawah eh?. 


Inilah Gintell G-Flexi. Alat mengurut flexi dan kecil. Boleh dibawa ke mana-mana sebab sizenya tu. Kalau beli Gintell G-Flexi ni dapat sekali dengan facial cleanser dan eye mask. Ok best tak ada free gift pulak. 


Macam Jimmy cakap la boleh sambung ke plug kereta kalau nak urut dalam kereta masa travel jauh tapi kena pastikan kereta tak bergerak la untuk langkah keselamatan. Ia juga boleh laraskan nak panaskan atau sejuk bebola yang mengurut kita tu. Kiranya ada 12 bebola mengurut ni bagaikan 6 pasang tangan yang mengurut kita bak kata Jimmy. 

Boleh la kalau nak urut tangan sahaja ke, kaki ke, perut ke, belakang badan ke....hmmm kalau balik kampung pun boleh bawak juga soh urut-urut belakang tu. Tak payah dah guna mesin urut kat R&R tu ha...nak nak zaman sekarang kan. Bila la boleh merentas negeri la pulak?.

Hanya ada 350 set sahaja yang ditawarkan untuk penonton Wow Shop. Wahhh marketing baik Gintell ni sebab dia buat limited ajer untuk penonton Wow Shop. Kalau habis kuota tu, habis la. 


Ni pulak harga yang ditawarkan khas untuk penonton Wow Shop. Huhuhu....menarik sangat-sangat. Dania menggelakkan ummi dia sebab katanya terpengaruh. Ok nanti jangan sibuk nak mengurut ok? 👌. Hubby pun gelakkan jugak. 😝


Akhirnya selepas screenshot segala bagai page Wow Shop ni ke hubby agak2 dia beli ke? 😅. Berbaloi ke tak penat2 saya screenshot tu?....






Tau tau je 'Ready to Ship'. 😆. Hip Hip Hooray!!!. Hubby whatsapp saya...padehal boleh je cakap sebab dia work from home ajer....😅


Thank you Abang!. Tu la Ena tahu berbaloi beli untuk keluarga kita ni nanti....😄



PS : Bukan selalu meminta minta pun tapi errr 9.9.2021 sale pun minta juga 😅. Eh...sesekali katanya...



XOXO,
Ezna

6 sebab saya memilih The Body Shop

$
0
0
Saya dah gunakan produk ni lama dah. Masa saya belajar di UITM Terengganu kat Dungun sekitar tahun 1994. Masa tu saya menggunakan perfume oil macam vanilla, fuzzy peach, strawberry dan mandian pun saya menggunakan jenama body shop. Selalu saya suka mandian wangian vanilla tu. Kalau mandi terdengar la orang cakap 'Eh macam bau kek la'. Saya senyum je la....haha sebab saya tahu saya yang bau kek tu. Jangan pula pergi tandas waktu malam, tetiba terbau kek walaupun takde orang. Jeng jeng....biasalah kan asrama kan macam-macam cerita....

Ok....nak tahu kenapa saya suka produk Body Shop ni? 

1. Ada member benefit.

Ada member benefit ni sangat la best sebab contohnya kalau birthday saya bulan 5 tu ada promo Birthday Treat sampai 25% off. Jadi time ni lah saya akan beli lebih sikit sebab nak dapatkan penjimatan ni. Birthday treat ni tak silap saya bermula dari tarikh birthday kita sehingga 1 bulan. Masa tu borong la apa-apa yang patut ye. Selain daripada tu boleh la tengok kat bawah tu ye...

Member benefit ni boleh digunapakai kat kedai Body Shop dan melalui website. Nak jadi ahli LYB kena buat pembelian RM80 ke atas...

Credit : The Body Shop

Bila capai certain point tu, dia akan tukar kepada voucher. Contoh kan bila kita beli RM200+ dapat la voucher dalam apps LYB (Love Your Body). Kalau nak gunakan terus pun boleh. Bila beli, dia akan tolak terus voucher (refer rebate voucher RM15) tu. Kalau ada kena tambah pun sikit ajer. Jangan timbul pulak voucher baru ye...kang tambah lagi pembelian...haha....tak nak guna pun takpe tapi ada expiry date. 


2. Boleh katakan kebanyakkan barangan Body Shop ni vegan. 

Memang banyak sangat barangan dalam Body Shop ni vegan atau plant based. Takde la unsur haiwan kan....macam tea tree oil dari pokok tea tree, British Rose terdiri daripada bunga ros yang dipetik masa summer, Japanese Cherry Blossom pula terdiri daripada ekstrak japanese cherry blossoms, buah strawberi, dan bunga peony. Banyak lagi la kalau nak sebut. 

Credit : The Body Shop

Ni saya ada beli sabun British Rose. Bau dia sangat la best. Macam nak top up lagi kalau dapat voucher. Hehe. 
 

3. Selalu ada online sale.

Haa tengok ni ada beberapa sale untuk pengguna Mobile App The Body Shop. 

Credit : The Body Shop

Kat reward kita dalam apps akan tertera la reward apa yang kita dapat.  


Ada juga vaccination reward. Nak kena redeem la sebelum 30 September 2021 ni. Setakat 1 dose je ok la sebab saya belum 2 dose. 


4. Banyak barangan yang ditawarkan dalam satu platform online. 

Kalau pergi ke website dia memang banyak sungguh tawaran barangan dia. Kalau nak guna apps pun boleh, dalam website pun boleh tengok. Range face tu pun kalau buka banyak jenis, kulit kombinasi ke, berminyak ke, kulit kering ke. Jadi ada banyak pilihan untuk setiap pengguna. Tunjuk kat page yang ni sebab saya ada beli sabun strawberry ni. Tak tiba lagi order saya. 😉. Bila kita buat pembelian, automatik point akan bertambah dan bila point kita cukup....akan auto renew keahlian kita untuk tahun berikutnya. 

Credit : The Body Shop

Seleksi sikat rambut pun ada. Ada yang diperbuat daripada buluh dan ada kelebihan juga sikat daripada buluh ni. Sikat plastik ni pun dari plastik yang dikitarsemula. Boleh kata sedia duit ajer....anda nak beli apa?. 

Credit : The Body Shop

5. Ada juga e-Gift Voucher

Kalau tak tahu nak bagi hadiah apa kat yang tersayang atau kenalan ke boleh hadiahkan e-gift voucher ni ha....mesti mereka happy sebab mereka sendiri boleh pilih barangan yang mereka suka instead of kita yang pilihkan. Tersenyum lebar la penerima e-gift voucher ni ye.  Siapalah nak hadiahkan kat saya ni ye?. 😆

Credit : The Body Shop

6. Tidak mengadakan ujikaji kepada haiwan.

The Body Shop ni memang menolak 'animal testing' dalam produk dia which is good kan. Ada organisasi kosmetik yang menggunakan haiwan untuk test produk mereka. Saya ada google animal testing for cosmetics. Tak sanggup pulak nak letak gambar kat sini. Tengok arnab tu berdarah-darah badan dia, ada arnab yang mata dia bengkak. Ohhh kesiannya....mesti sakit kan? 😭. Kalau kita support produk yang menggunakan animal testing ni, akan ada la nanti haiwan2 comel ni yang didera untuk produk baru mereka. 😭.

The Body Shop "Forever Against Animal Testing".

Credit : The Body Shop

Dah lama dah pun jenama The Body Shop ni rupanya...since 1976 di Brighton, England. Foundernya bernama Dame Anita Roddick. Saya ada kawan sekolah rendah kat Brighton, England tu. Dia mix la. Ayahnya orang England dan ibunya orang Malaysia. Selalu saya takut dengan ayahnya sebab ayahnya kalau cakap tak berapa nak faham. Slang England kan lain sikit. 😆Degree pun kat University of York dan dapat jodoh dengan mat salleh England dan sampai sekarang menetap kat sana. 

Credit : The Body Shop


XOXO,
Ezna


Seminar Nak Pandai Marketing | Memang berbaloi

$
0
0
Saya berkesempatan untuk join seminar Nak Pandai Marketing pada 11 dan 12 September 2021 baru-baru ni. Sebenarnya saya join seminar ni sebab di 'push' oleh owner produk yang saya jual iaitu Harrogate Sulphur Soap, Puan Tema Omar. Hahaha ramai yang tak tahu saya dropshipper Harrogate Sulphur Soap ni. Ada yang membeli daripada saya tapi saya yang tak tonjolkan diri. Malu menguasai diri. Saya dah start last year sebenarnya. 😊

Ok bila dah kena push, saya pun join yang dapat rakaman. Ada 3 jenis seminar yang kita boleh pilih.

1. Workbook sahaja : RM39
2. Workbook  + Rakaman : RM49
3. Workbook + Rakaman (5 pax) : RM180 

Inilah tajuk2 seminar yang saya join tu. 2 hari 1 malam beb. 

 

Ini pula barisan coach yang akan mengajar masa seminar nanti. Ia terdiri daripada Coach Syahril, Coach Najib, Youmeden, Coach Zul, Coach Shamel dan Sir Dharma. Semuanya mahir dalam lapangan masing-masing. 6 Coach ni ada sijil Master Trainer you alls. Hebat sungguh! Penampilan istimewa Tok Abah iaitu Dato' Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK). DMFK bahasakan dirinya Tok Abah. 

Saya akan sharekan nanti sedikit input seminar ini. 

Marketing Road Map - Coach Syahril 

Nak buat business kena ada 'Magic Number'. Berapa yang you nak target untuk business you?. 

Legasi Bisnes - Coach Najib

Kita kena ada cash reserve. Cash reserve tu kena simpan di tempat yang berbeza contohnya :

a. Akaun simpanan (Hanya untuk simpanan sahaja)
b. Akaun belanja habis (Akaun untuk komitmen kita macam bayar kereta, rumah, kad kredit etc)
c. Akaun investment (Simpanan emas, beli saham etc...)

Tik Tok kini bermula - Youmeden

Menurut Youmeden tu kalau # di Tik Tok cukup setakat 5 # sahaja dan tak payah letak # fyp. Itu hanya mitos. Jika content you bagus, pasti Tik Tok akan captured you. 

Kat bawah ni la Youmeden ni. Memang mahir dalam Tik Tok. Chat belah kanan tu saya peserta yang first type I am pro....hehe kira pro la dapat type sebagai peserta yang first sekali.😜. Refer Me to Everyone. 


Magnet marketing  - Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah aka Tok Abah

Perkongsian DMFK ni memang terkesan di hati dan sangat positif. Fuhhh salinan perkongsian DMFK ni memang banyak yang saya catat. Kata DMFK You are what your friends are. Faham ke maksud tu?. Kalau kawan kita jual minyak wangi...sedikit sebanyak minyak wangi tu akan terpalit kat kita. Ingat...join group2 yang boleh membawa kita kepada kebaikan. Jadi mata lebah : suka kepada benda yang baik, benda yang boleh beri manfaat, benda yang positif. Jangan jadi mata lalat : nampak yang buruk, nampak sampah, tahi, benda yang negatif. Hahaha bab kelakar bila DMFK cerita pasal tahi. Kenapa nak kata hangat2 tahi ayam?. Semua tahi keluar panas. Aku semua tahi pernah pegang sebab beliau pernah ambik course Sains Pertanian. Hehe...tak kelakar tak sah la sebab seminar waktu malam ni takut orang mengantuk. Eh betul juga kan?...kenapa cakap hangat2 tahi ayam je....padehal semua tahi panas. 😆.

Kat bawah ni gambar besar ni emcee yang manis leting. DMFK gambar kecil belah kanan tu baju hijau. 


Berani Live - Coach Zul

Kenapa kita nak buat live?. Haa ni memang saya pun tak berani buat lagi. Buat mereka yang ada business ini adalah sangat penting ye...live ni orang nak faham pun senang. Prospek boleh terus tengok dan dapat berkomunikasi secara terus dengan kita. 

Haa nampakkan kepentingan buat live ni geng?. 

Kingdom of Google - Coach Shamel

Algoritm Google dan Youtube ni selari. Selalunya kalau buat youtube ni....dia akan tunjuk kat Page 1 dalam google. Ini disebabkan Youtube ni di bawah Google. Wahhhh kena ada akaun youtube la you alls...saya ada tapi tak aktif pun. 

Ni lah dia Coach Shamel yang menyampaikan tajuk Kingdom of Google...


Rahsia 1K sehari : Sir Dharma

Satu je saya ingat pesan Sir Dharma ni. Buat content yang baik-baik untuk Tik Tok. Kalau tak joget pun, content you boleh masuk fyp (For you page) juga. Tak semestinya kita kena tergelek-gelek kan. Kena ingat la kita ni isteri orang. Kena sentiasa sedar diri.  

Di akhir seminar ni ada pengumuman 20 peserta yang layak terima hadiah dan 5 peserta yang akan dapat seat kelas Tik Tok K.O.L. bersama Youmeden. 


Bila nama saya diumumkan diantara 20 pemenang tu macam....terkejut la jugak sebab saya ada kongsi seminar ni kat Instagram saya. Like tak banyak pun tapi dah namanya rezeki kan?. Alhamdulilah. 


Inilah sedikit sebanyak tentang Seminar Nak Pandai Marketing ni. Jadi berbaloi ke bayar RM49 untuk seminar ni?.....berbaloi sangat sebab input terlalu banyak. Saya share tu sikit ajer. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh follow rapat Seminar Nak Pandai Marketing atau direct ke Coach Syahril.....

Selagi kita hidup, selagi tu jangan berhenti menambah ilmu. Kita ingat kita dah banyak tahu tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu....



XOXO,
Ezna





Astrazeneca dos kedua | Pengalaman di PPV UKM dan PPV IDCC, Shah Alam

$
0
0
Pagi lagi dah prepare untuk masak siap-siap untuk lunch dan untuk adik saya yang nak ambik saya kejap lagi. Plan saya pagi ni nak masak kuetiaw goreng. Bahan-bahan dah prepare awal-awal la ye. Kali ni saya dan hubby saya plan nak tiba awal kat PPV masing-masing. Hubby di UKM dan saya di IDCC. 

Ok...hubby nak pergi UKM dah ni....ambik photo jap. 


Ni bila si wife suruh ambik gambar tapi frame vaksin dah takde. Belasah je hubby ambik kat sini dengan kerusi pun tunggang langgang kat belakang....pun boleh. 😄. Patut jam 11.30 vaksin tapi sebab pergi awal...11.30 dah siap dah vaksin dan hubby kata sangat pantas dan orang pun tak ramai macam first dose dulu. 


Hubby tiba rumah, saya pulak dah pergi. 

Ni bila adik cakap jam ETA 11.40, kakak dah siap tunggu kat luar dengan beg bagai ni haa...tapau siap-siap lunch adik. Sesambil dia tunggu boleh lunch dulu. Ada juga 2 bekas untuk anak-anak saudara saya juga. Guess what? Saya tak lalu nak makan kuetiaw pun cuma saya makan roti ajer dengan milo. Suspens punya pasal.


Selfie dulu. Masa ni adik dah tiba pun....


Saya pakai ni ke PPV IDCC. Baju putih dalam tu lengan pendek dipadankan dengan kemeja lengan panjang hitam. Idak nak pakai tudung warna hitam tapi fikir balik dah banyak nau hitam yang saya pakai....jadi...tu yang tudung kelabu pulak...


Bergambar la kakak dan adik. 


Jeng jeng jeng...makin dekat dah ni. Adik guna suara 'meow' untuk waze. 


Sebelum tiba ni kat bawah ada staff suruh saya ditemani sebab nampak saya ni risau. Haha. Biasa la tu asal nak cucuk je panik. Memikirkan adik nak lunch tu tak payah la teman ni kan. Saya pun ok je naik sendiri. 


Siap face mask 2 lapis dan luar tu face shield. 


Kali ni dah ada lapik keras ni. Dos 1 dulu pandai-pandai la jadikan beg kita tu lapik nak tulis details. 


Kena jumpa adik ni dulu. Kalau ok, kita proceed station seterusnya. Kalau tak ok masa Dos 1...ada alahan, kita kena jumpa Dr dulu.


Station berikutnya....Station 4. Just before kena vaksin. Masa Dos 1 banyak betul station. Kali ni tak banyak dan apa yang saya perhatikan...sukarelawan pun tak ramai. 


Tak sempat nak duduk lama pun kat sini dah kena beratur sebelum ke bilik vaksinasi. 


Berdebar tunggu sini.....


Jumpa Amira ni ajak wefie....nak hilangkan darah gemuruh ni....alehaiii....


Botol ditunjukkan kepada saya dan disebutkan nama vaksin. Hmmm....sayup2 je dengar sebab kita seram kan....😂. Siap tanya vaksin hari ni dari Sweden ke?. Haha...Yayyyy dari Sweden. Kalau nak tahu kan....Astrazeneca di Malaysia ni datangnya dari pelbagai negara. Dos 1 saya dapat dari Thailand. Dos 2 dari Sweden. Nak tahu dari negara mana....kenalpasti kod di hadapan vaksin kita tu. 

CTMAV - Korea
D - Jepun
PV / ABX - Sweden
A - Thailand


Kali ni berani dalam takut saya ambik video kena vaksin. Masa Dos 1 sipi je saya fokus kat jarum tu. Tepat 1.10 petang, saya dah selesai Dos 2. Alhamdulilah. Proses ni cepat je. 


Nak tunggu nama kena panggil sebab nak ambik kad sementara staff key in status vaksinasi kita dalam sistem. 


5329 ni bila nak naik nombor ni?. 


Sneakers yang selesa menemani saya hari ini. 


Sementara menunggu, saya buat senaman ringan untuk tangan. Sangat membantu ok sebab selepas tu takde rasa lenguh-lenguh kat tangan. Orang tengok2 pun takpe la buat tak tau je la...


Lepas dapat kad tu boleh terus balik. Tak payah lagi tunggu kat pemerhatian macam Dos 1 dulu. Sebelum turun eskalator, placard ni menunggu untuk kita pose kat sini. Ada kakak seorang tu buat macam ni jugak. Maknanya dia tak nak suruh kita ambik gambar la. In return kena ambik gambar kita jugak....

Elok je selesai, ada seorang muda ni suruh ambikkan gambar dia. Dia akan ambikkan gambar saya pulak. 1-2 gambar dah siap!!!. Tiba rumah dalam 2.30 petang. Patut 2.30 petang baru nak vaksin. Boleh je pergi awal tapi dengan syarat tarikh tu kena sama la. 


Sekarang ni dalam proses nak tunggu Partially Vaccinated warna putih...bertukar jadi Fully Vaccinated warna kuning. Haaa bila dah tukar kuning, takde hal la nak masuk Uniqlo tu. 

Baru-baru ni saya dihalang masuk Uniqlo disebabkan tak cukup  2 Dos ya...err memang saya tak tahu. Kalau saya tahu memang tak masuk pun Uniqlo tu. Banyak halangan bila kita hanya ada Dos 1. 

Moga semua baik-baik ajer hubby dan saya....



XOXO,
Ezna


Bagaimana untuk menamatkan langganan di Google

$
0
0

Haaa...pernah tak you alls langgan apa-apa aplikasi di google?. Macam saya kan bulan Ogos baru-baru ni sebab nak kena buat video dan nak hantar ke youtube, saya melanggan aplikasi Viva Video (Video Editor and Maker). Ni sebab Dania nak buat video untuk The 18th International Girl Scout e-camp tu. Gigih la saya melanggan Viva Video ni. Eh eh senang juga la aplikasi Viva Video ni. Kononnya nak bagi cantik la takde watermark kat situ. Ok saya langgan tu RM21.99 untuk 1 bulan. Bila dah tak buat video rasa rugi pulak nak teruskan langganan. Dia automatik akan potong dari akaun yang kita daftar tu. Tengok2 dah potong dah untuk bulan September ni. 

Ok...cara-caranya ialah :

1. Pergi ke https://pay.google.com

2. Klik Subscription & Services 

Akan tertera apa yang kita langgan tu. Kalau banyak melanggan tu banyak la list dia. Saya cuma satu ajer. 
 

3.
 Kalau dah tamatkan akan tertera Inactive. Kemudian klik ke manage subscription. 

4.Jika anda tamatkan langganan, pastikan ada perkataan cancel dan tarikh cancel

Jangan risau jika anda rasa nak sambung balik langganan ni sebab ada je butang resubscribe tu. Nak sambung cuma klik la resubscribe. Senang ajer...


Haa senang je kan nak tamatkan langganan ni kan?. Kalau tidak rugi je kalau kita langgan tapi tak guna. Walaupun RM21.99 je pun tapi kalau tak guna baik la tamatkan. 

Ni saya nak share youtube video hasil dari edit kat Viva Video. Ni nak memperkenalkan tempat menarik di Malaysia. Jadi Dania buat Pintasan Saloma atau Saloma Link Bridge. Senang apa yang ada kat dalam phone ummi je la senang. Boleh klik shorturl.at/cepK7untuk tengok.

Best juga sebenarnya aplikasi Viva Video ni. User friendly sangat. Nak mengendalikannya pun senang. Baru-baru tu agak payah la tapi bila lama2 ok pulak. 

Apa yang anda langgan di google?. Saya ingat macam nak melanggan Canva Pro sebab macam-macam boleh buat nanti. 


Nasi lemak kekal misteri

$
0
0
Alkisahnya pada pagi Sabtu, masa hubby nak pergi beli breakfast....ada plastik yang berisi 3 bungkus nasi lemak yang disangkut kat pagar. Siap saya bukak plastik tu nak bau nasi lemak tu. Ya allah wangi ya amat. Perut berkeroncong pulak minta diisi tapi hubby tetap pergi beli juga breakfast. 

Kalau ikutkan memang kawasan saya ni rajin orang sangkut-sangkut kat pagar ni. Ada yang dia bagitahu sendiri dia bagi atau kita dapat tahu dari jiran yang lain. Kali ni kan senyap....sepi....pernah juga sebelum ni ada orang sangkut rumpai laut atau kerabu sarang (kerabu sare ore kelate panggil). Pun senyap tapi ada jiran lain bagitahu pemberi jadi saya berterima kasih la kepadanya. Barulah saya makan kerabu sarang tu dengan nasi. Ok sedap kat tekak saya. Suami saya tak berkenan. Dania apatah lagi. Benda pelik jangan la nak bagi dia rasa. 


Ok....saya ada letak la kat IG pasal kerabu sarang yang disangkut kat pagar saya tu. Sebenarnya saya pun tak tahu apa benda tu....hubby saya pun sama....siap cakap ada bau la (Ye sebab rumpai laut ni jadi ada bau hanyir la macam ala ala kerang kerangan tu) Nasib baik la ramai yang komen kat IG saya tu resipi, cara makan dan nama makanan tu. Idak....saya tak pernah tengok dan tak pernah makan. 😄 Ada seorang kawan saya kat IG, bagitahu saya kalau tak tahu siapa yang beri jangan makan. Kena berhati-hati. Terasa macam ada yang sayang pulak kan?...ok nak tahu apa jadi?. Ni kisahnya di bawah...(Kes 1)

Kes 1 : Dulu bila beliau baru lepas melahirkan anak baya Dania, masa tu dalam pantang dan ada orang bagi makan...dia makan dan akhirnya 6 bulan tak boleh nak bangun. Kena penyakit misteri. Sepanjang tu suami yang menjaganya...masak, suap makan....kesian sangat. Akhirnya bila berubat beliau sembuh. Memang masa berubat tu kata ada orang tak puas hati letak benda tak elok dalam makanan. 

Kes 2 : Pelajar pandai dalam sekolah, ada kawan iri hati kemudian meletakkan sesuatu dalam makanan. Sakit la anak saudara kawan saya ni. Nak dijadikan cerita anak saudara kawan saya ni lulus cemerlang PT3 dan pernah ditawarkan Kolej Permata Pintar. 

Kes   : Masa kecik2 suami beliau pernah diberikan makanan oleh jiran dan bila suami beliau makan, suami beliau yang masa tu masih kecil tiba-tiba pandai cakap bahasa Thailand dan katanya tak boleh nak kawal jasadnya. Jirannya ada perasaan dengki kat keluarga suami beliau....

Disebabkan kes-kes yang pernah diceritakan oleh mereka yang terdekat membuatkan saya lebih berhati-hati. Nak berprasangka baik pun tak boleh dah ni. Kata orang husnuzon. Dah kenapa tak bagitahu?. Kalau derma surau ke, anak yatim ke nak rahsiakan pun takpe lah. Ni nak bagi orang makan kot. Tak tergamak saya nak makan. Maaf cakap saya ada pendirian sendiri. Kalau tak tahu siapa yang bagi....saya tak akan makan. Paling misteri....dah kenapa tak bagitahu ada letak kat pagar?. Kenapa nak berahsia?. Kat plastik tu cantik ada tulis....'Enjoy your meal' ishhh tak enjoy dah aihhh kalau tak tahu siapa yang bagi. Elok pulak 3 bungkus seakan tahu kami ni 3 beranak kat rumah. 

Saya letak kat group adik-beradik....ternyata mereka pun tak akan makan. Kalau saya pun bagi kat orang ke adik-beradik ke nak surprise pun saya akan bagitahu la saya yang bagi. Ye lah kena proper la kan....nak masuk rumah orang pun kena ketuk.

Sampai ke malam nasi lemak ini kekal misteri.....dan silalah imagine apa saya buat.....kalau anda?? Makan ke nasi lemak ni?.


XOXO,
Ezna






PICK Remaja Selangor di PPV | Pengalaman di PPV Bangi Avenue Convention Center

$
0
0
Hari ni, awal pagi lagi hubby dah keluar beli breakfast dan rutinnya setiap pagi Isnin mesti nak mencari suratkhabar Berita Harian sebab setiap Isnin BH ni ada sisipan Pendidikan soalan SPM. Tanya hubby ada ke keluar berita Dania tulis?. Boleh hubby kata tak ada. Sekali bila balik, Dania bukak paper kata adalah gambar Dania. Boleh hubby tak perasan ada nama dia situ haaa....ok Dania tulis pasal Perkhemahan Online Pandu Puteri Korea tu haa....

 
Ok...ayah Dania dah sound dah suruh makan cepat-cepat sikit sebab kalau boleh nak pergi PPV secepat mungkin sebabnya hari ahad kami dah survey PPV Bangi Avenue Convention Center tu haa....aiyoooo jam dengan orang parking kiri kanan kat bahu jalan dan line beratur fuhhh sampai keluar. Sekolah Dania dah deal dengan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat untuk pukalkan sekolah Dania pada 27 September 2021. Dania kan sekolah harian jadi kena ikut jadual yang ditetapkan sekolah. Tapinya bagi saya la kan kata je walk in untuk remaja tapinya 'walk in' ni walk in bersyarat. Tak boleh walk in saje-saje macam tu. Ok tak mahu komen lebih2. Ada la sebab tu kan....maybe tak nak bersesak-sesak kat PPV ni. Kang kluster lain pulak kan...

Ikutkan saya prefer PPV kat MMU Cyberjaya lagi sebab jalan sana luas. Kalau jalan dalam ke PPV Bangi Avenue ni kecik sikit dan sesak. Satu lane je. Memang pun masa kami survey hari ahad tu sesak.....adehhhh ahad pun sesak.....isnin nanti camne?

Tarikh Mysejahtera Dania dapat notification kat phone ummi dulu pada 26 September 2021 then baru ummi suruh Dania check kat MySejahtera dia. Better untuk anak2 17 tahun ni ada akaun MySejahtera mereka sendiri dan tidak diletakkan di bawah dependent kita. Siap2 accept temujanji. Kang terlepas pulak. Even cikgu dah kata kalau tak dapat kat MySejahtera pun boleh je terus ke PPV sebab nama dah ada. 


Bergambar dulu sebelum Dania ke PPV sebab ummi tak ikut. Tak fit....ayah dia je la yang handle. Haha. Peluk Dania dulu sebelum dia pergi. 


Saya dah siap sediakan requirement video dan photo yang saya nak kat hubby. Haha....sekejap-sekejap video atau photo masuk whatsapp. Hubby yang hantar. Requirement saya tu siap-siap kategorikan  keadaan kat sana, masa cucuk dan selepas cucuk then ada 1...2...3....haha. Video ke photo apa ke saya nak. Haha. Dah sound Dania jugak senyum sikit ye...Ummi nak buat reels. Kenangan sangat ni. 

Ok ni diantara gambar terawal masa beratur. Alhamdulilah dalam bangunan. Topi pun dah siap sedia kalau kena beratur tengah panas. Tiba PPV ni dalam 9 pagi macam tu. Tak sia-sia datang awal sebab idak la ramai sangat orang masa ni. Temujanji Dania jam 11.30 pagi. Ayah dia kerja pagi ni tu yang awal sikit. Bukan sengaja pun....Dania sebenarnya look forward untuk vaksinasi ni. Dia lagi berani pada ummi. 


Keadaan sekeliling semasa Dania beratur....


Sebelum dewan ni ada penerangan dari Dr. juga untuk ibu bapa dan tentang vaksin yang anak2 akan terima. Bebudak bawah 18 tahun ni vaksin Pfizer yang akan diberikan. Dania pun sebenarnya tak masuk 17 tahun lagi. Dia baru 16 tahun 10 bulan. 

Ni hubby yang ambik gambar tapi bila tanya mana Dania? Dia kata ada la kat belakang-belakang tu. Saya zoom satu-satu nampak dah. Ada Dania lambai dalam gambar ni tapi blur la sikit. Mak mak ni walau gambar blur pun boleh cam anak dia....😂


Makin dekat dah ni. Suspense....since ayah (semua ibubapa pun tak dibenarkan berada di sini) tidak dibenarkan berada dalam dewan vaksinasi, ummi siap call Dania suruh ambik gambar dengan orang vaksin Dania ye?. 


Mendengar kata nampaknya. Haha...suruh dia selfie banyak2...


One step closer....


Kita letak gambar ni banyak2. Dania kata dia kata boleh tak selfie?. Kakak ni kata awak ni Tik Tok Famous ke?. Haha.....Dania kata tak. Lepas tu offer awak nak ambik gambar masa cucuk tak?. Dania kata saya takut. Lepas ajer cucuk....kakak vaksin ni tolong wefie kan. Baik.....Dania kata kakak vaksin ni. Tq ye.....aunty nak ucapkan terima kasih. Ok...9.47 pagi...Dania selamat divaksinasi....




Ok ni requirement bergambar seorang kat luar kat placard. 


Bergambar dengan ayah pulak....


Belakang ni air pancut. Suka betul saya dengan pokok willow ni. Nampak magikal. Dania digalakkan pakai baju T Shirt sukan sekolah tapi hujung T Shirt Dania tu ada grip jadi bila nak tarik atas tu susah sikit la kan. Jadi....inilah pilihan pakaian yang sesuai. Dalam tu T shirt lengan pendek dipadankan dengan shirt lengan panjang kain corduroy besar. Jadi cuma turunkan sikit shirt luar tu. Handbag tu diisi purse (IC jangan lupa ya), handphone ada data, pen, resit PIBG, surat tawaran sekolah, borang persetujuan vaksin yang siap print 2 helai dari rumah dan topi kot kena beratur kat luar. Saya dapat tahu ada sekolah kawan saya kena beratur panjang kat luar masa cuaca panas. Tu yang siap2 suruh Dania bawak topi. Oh ya botol air pun Dania bawak. 


Cantiknya hiasan atas tu. Memang kat PPV ni banyak nau port instagrammable. Lokasi ini juga diadakan perkahwinan di dalam taman. Wahhhhh......


Pfizer Dania dari negara Jerman. 


Kad vaksinasi Dania....saya suruh siap-siap simpan dalam purse. Dah ada dah tarikh untuk Dos kedua. 


Kita ikhtiar kan?. Lagi pun tak vaksin, macamana nak masuk sekolah?. Nak sambung ke Universiti?..nak study luar negara?....nak ikut ummi dan ayah berjalan jauh dan dekat?. Dah tentu ini salah satu requirement kalau nak travel ke luar.....nak buat haji pun nak kena vaksinasi. Fikir....fikirkanlah....tapi sebelum nak vaksinasi tu kena prepare juga beri anak vitamin c ke apa2 supplement ke supaya badan mereka bertambah kuat. Dania ikut sekali ummi dan ayah makan supplement sebulan sebelum ummi dan ayah vaksinasi. Maknanya dalam bulan Jun tahun ni dah start. 

Kol 12.30 saya terima whatsapp dari kawan ajak jumpa kat PPV BACC. Beliau baru selesai vaksinasi anaknya baya Dania jam 12.30 tengahari tapi saya kata saya tak sihat jadi ayah Dania yang handle. Jam 9.47 pagi dah settle. Terkejut la dia sebab kata cepatnya....😄.

Masa Dania balik, saya sediakan Milo dan Dania cicah 2 keping roti butterscotch tu dan tidur....bagi rehat yang cukup. Bangun je Dania kata ada kelas tuition la ummi. Hmmm....kalau ummi mau 'Pon' dah tu. Dania bersemangat jadi ummi ok je lah. 

So far, Dania kata sakit kat lengan. Tempat kena cucuk tu je rasa sengal. Selain daripada tu she's ok. Alhamdulilah.

Boleh pulak terjumpa gambar Dania masa ummi tengah google beberapa hari sebelum tarikh Dania vaksinasi Tingkatan 5. Eh how lah ummi tak tahu kewujudan gambar Dania dalam blog ni?. Bayangkan berapa tahun dah gambar Dania ni?. Ada cikgu dia masa sekolah rendah post kat blog gambar Dania masa vaksinasi Darjah 1. Tengok ada persamaan style tak dengan Tingkatan 5?. 😀. Anak ummi dah besar. 💗💗💗

Tak takut ke anak nak ambik jab Pfizer ni?. Takut.....siapa kata saya tak takut? Tapi tu lah....pagi tu seperti sebelum saya dan hubby ke PPV, sedekah la dulu. Sedekah ni luas....apa2 pun boleh.....macam ni juga sebelum Dania ke PPV. Insya allah dilindungi apa2 yang mudarat untuk hari tersebut. Semua kita dah buat......lain2 kita serah kepadaNYA. 

Gambar 7 tahun credit blog Asherin. 

Moga semuanya dipermudahkan.....si kecik baju biru ni ada impian dia sendiri.....




XOXO,
Ezna

Rumah baru dan pokok

$
0
0
Alkisahnya kawan saya beli rumah baru Semi D dan ada tanah tepi rumah tu. Dalam pada nak masuk rumah tu nak tanam la beberapa jenis pokok-pokok. Pokok pilihan dah tentunya yang banyak digunakan dalam masakan jadi tanam la kunyit, serai, bunga kantan dan apa lagi kawan saya tanam. Tak ingat. Memandangkan kebetulan beliau satu family mengikut suami meeting kat area Putrajaya ni dan rumah saya pun tak jauh dari Putrajaya....saya offer la pokok bunga kantan. Suami la yang kena korek nanti tu. Hehe....kawan saya exchange dengan polibeg untuk pokok2. Ya allah banyak saya dapat. Katanya lebih tu simpan untuk kegunaan saya.  

Akhirnya dalam hantaran IG story nampak pokok bunga kantan saya selamat ditanam dengan pokok bunga kantan yang sedia ada. Saya punya pokok ni unik pulak sebab daunnya sehelai ajer. Hehe. Lepas tu tinggi lampai haaa....


Ni la bunga kantan kat rumah saya ni. Memang sihat-sihat. Nak bagi kawan saya at least 2 pokok bunga kantan tapi suami kata semua besar2. Tinggi sangat dan pokok yang kami bagi tu lah satu-satunya yang bersize sederhana besar. Lepas tu bila korek agak keras juga akarnya tu dan bersambung pokoknya dengan yang lain. Ye la pokok bunga kantan ni kan beranak-pinak. Tanam pada mulanya 3 pokok kot tapi ni lah hasilnya sekarang. Bunga dia pun tak berhenti berbunga. Alhamdulilah boleh la masak asam pedas. Bila kawan saya nak pick up pokok bunga kantan bila tengok pokok2 bunga kantan kat rumah saya terkejut la beliau sebab katanya tingginya....


Inilah warna bunga kantan saya. Warna merah jambu cair. Ada juga bunga kantan warna merah kan?. Tapi....bila masuk dalam asam pedas tu ya allah sedap ya amat aromanya tu. Wangi...


Deretan tepi rumah saya ni memang redup sikit sebab pepohon tinggi2. Ada pokok kantan, kemboja dan pokok palma kat sini. Boleh lindung la dari rumah jiran sebelah saya kan. Privacy sikit. Hehe. 


Kawan saya ni berkenan dengan pokok heliconia jadi saya bagitau saya ada pokok ni jenis Heliconia Parrot's Beak warna merah/kuning dan Parrot's Beak warna merah/jingga jadi suami pi korek 2 pokok merah/kuning dan 2 pokok merah jingga. Elok pulak tu ruang kosong belah kanan ditanam dengan pokok-pokok yang saya beri.  Mulanya katanya nak jadi cerita dia tanam tak balance pokok2 tu. Belah kanan sekali kosong. Itu sebelum saya beritahu saya nak hadiahkan 4 pokok heliconia. Walaupun kawan saya tanam pokok heliconia jenis Parrot's Beak tapi daunnya ada corak hijau gelap dan hijau muda manakala pokok saya satu warna hijau ajer daunnya. Ada variasi la pokok heliconia kat sini. Saya kata at least pokok2 saya ada la geng dia kat sini. Hehe. Satu lagi...pokok Heliconia ni jenis beranak jadi rajin2 la kemaskan pokok-pokok ni. Cepat je nanti dia membiak. 


Pokok Heliconia ni asalnya dari pokok kat rumah mama papa saya di Damansara Jaya. Saya bawak tanam beberapa pokok kat rumah lama kemudian korek2 tanam pula kat rumah sekarang. Pokok heliconia mengelilingi pokok palma. Pokok palma ni suami korek2 kat rumah lama sebelum pindah rumah sini sebab sayang punya pasal.  Palma ni rendah sikit daripada ni suami bawak naik kereta letak kat seat depan tapi katanya berat sangat. Haha.... nak beli sebesar ni mahal ni. Masa beli kecik tu harganya belas ringgit tak silap....Pokok ni jenis batang gemuk tu. Tu yang berat tu...


Kat rumah lama, hubby saya ada makan buah kurma lalu dia campak biji kat luar rumah. Nak jadi cerita tumbuh satu pokok kurma. Sebelum saya pindah rumah sekarang, pokok kurma tinggi macam saya ni....hubby suruh kariah surau ambik buat tanam kat surau. Ramai2 pakat korek pokok kurma ni. Huihhh dalam juga akarnya tu. Pokoknya pun boleh tahan gemuk. 

Ni saya ambik gambar dari Surau Nurul Iman, Puncak Jalil. Saya beritahu hubby yang pokok kurma rumah kami ni mereka buat tambat lembu. Haha. Hubby kata ada gunanya jugak pokok kita tu. Sihat nampaknya pokok kurma yang kami hadiahkan tu. Dari sekecil-kecil biji jadi pokok sebesar-besar ini. Kuasa yang esa. 


Hehe....cerita pasal pokok pun kemain panjang lebar. Esok hari Sabtu...selamat berhujung minggu. Tak sabar habis pantang 14 hari ni.....jeng jeng....



XOXO,
Ezna

Bila Dania dapat anugerah perak untuk Malaysia | The Queen's Commonwealth Essay Competition

$
0
0

Mulanya terjumpa pertandingan esei ni masa google. Sekarang ni dah la kurang ko-kurikulum kan?. Jadinya saya encourage Dania masuk. Mulanya dia bising juga sebab ni esei kedua dia masuk selepas International Essay Contest for Young People oleh Goi Peace Foundation, Jepun. Tajuk untuk Esei yang ni What is Life?. Saya nampak apa yang Dania tulis untuk ni menggambarkan diri dia masa pandemik ni. Ok barulah tahu isi hatinya. Lebih kurang macam a bit stress tapi kena sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Ada lagi la yang Dania tulis sebab sekurang-kurangnya 700 patah perkataan untuk youth 15-25 tahun. Ayat Dania ummi pun sangka. Bagi saya sangat catchy dan menggambarkan dirinya secara jujur. Dari sini yang saya rasa kena gilap lagi esei Dania ni. Tapi ummi dah cakap ni last dah ni. 😆

Lepas tu bila ternampak esei yang The Queen's Commonwealth Essay Competition ni ummi rasa rugi pulak Dania tak join. Bising gak kan kena join tapi Dania buat juga. Dengan takde idea untuk esei kali ni. Dania mempertaruhkan esei bertajuk 'The afterglow' Senior Category No. 3 tu. Lebih kurang bagaimana dunia ni setelah Covid-19 berakhir 30 tahun yang lalu. Nak tak nak kena berfikiran luar kotak la kan. Kategori Dania kena tulis tak melebihi 1500 patah perkataan tapi Dania tulis 1012 patah perkataan. Tepat pada 27 Jun 2021, Dania hantar karya Dania setelah berapa kali baca berulang kali dengan nak dekat tarikh akhir hantar online iaitu pada 30 Jun 2021. 

Pemenang No 1 dan No 2 kategori Senior dan Junior akan dipanggil ke UK untuk menerima anugerah. Paling menarik akan diadakan di Buckingham Palace dengan kehadiran Ratu Elizabeth atau Camilla Parker Bowles, Duchess of Cornwall. Teruja kan?. 

Credit : Royal Commonwealth Society

Saya dapat email ni petang 30 September 2021. Bila baca tajuk eh ada perkataan Silver Award. Ok rupanya Dania dapat silver award untuk esei The Queen's Commonwealth Essay Competition 2021. Sangat-sangat tak sangka sebab masa buat esei ni Dania ambil masa 2 hari. Kena buat 1500 patah perkataan untuk senior category dan Dania takde idea....ummi terus mendapatkan Dania yang sibuk online tuition dan bagi tahu result sesambil ummi menangis sebab tak sangka. Pastu dia carry on dengan kelas. Ummi melayan hati dan perasaan. Haha. Sebenarnya ada cikgu Dania sampai telefon ummi nak bagi tahu perkembangan Dania dalam pelajaran kat sekolah. Cikgu tu kata Dania ni senyap kat kelas. Cikgu tu kata akan tengok2 kan Dania sebab katanya Dania ni ada potensi. Bagi ummi, bila tengok macam ni Dania ni dia akan luahkan pada penulisan. Dia tak reti nak luahkan depan2 tapi dulu masa interview in english Dania nak masuk MRSM Igcse boleh je Dania menjawab soalan interviewer tu macam siapa yang mendorong Dania masuk MRSM....ada bela haiwan peliharaan tak?....Dania kata tak ada tapi ada beri makan kat kucing yang selalu datang kat rumah. Dia suka kucing tapi ummi tak galakkan bela kucing sebab takut kucing. Haha nampak sangat jujur kan?. Bila jawapan in english Dania boleh buat ayat panjang2. Jadi saya rasa Dania minat subjek English ni. 

Bila Dania umur 3-6 Dania saya masukkan ke kelas Speech and Drama di Julia Gabriel, Bangsar (Psstttt time ni la saya kenal Aaron Aziz dan isterinya yang anak2 bersekolah tadika di sini). Kelas pertama Dania....Dania menangis2 cakap nak ummi....nak ummi....habis kacau kelas tu. Ummi memang tunggu kat luar kelas je. Kelas mengambil masa 1 jam. Bila macam tu, saya nampak teacher Elizabeth Lee peluk Dania dalam kelas sehinggalah Dania seronok nak masuk kelas Speech and Drama ni minggu selepas itu. Teacher Elizabeth (Lizzie) ada bagi tahu bila Teacher tunjuk model replika airplane....Dania respons cakap Kapal Terbang 😅. Ok... itu la perkataan Dania yang mula2. Selepas itu....Teacher Lizzie kata Dania dah mula jadi small teacher pulak dalam kelas. Dania cakap Please Keep Quiet bila kawan2 bising. 😆 dan paling tak tahan Teacher Lizzie cakap Dania converse in english ada slang british. Tak tahu mana datangnya slang tu. Ummi rasa pengaruh siaran Astro Playhouse Disney. Siaran favourite Dania. Bila masuk pertandingan kanak-kanak, Dania ada menang CD pertamanya kartun Strawberry Shortcake. Since lepas tu ummi beli beberapa CD kartun Strawberry Shortcake. Kartun ni takde violence ya...takde benda mengarut macam kata-kata yang tidak sesuai sebab kanak-kanak baya ni cepat terpengaruh. Inilah permulaan pengenalan Dania dengan Bahasa Inggeris. Tidak mudah pada mulanya....

Ok...selain daripada pemenang No. 1 dan No. 2, esei akan diberikan award samada Gold, Silver atau Bronze juga Certificate of Participation untuk penyertaan yang layak. Kalau ada esei plagiat memang awal-awal kena reject. 


Nak kena print nanti sijil Dania ni. 


Sebelum ni saya takde la tahu sangat pasal sejarah The Queen's Commonwealth Essay Competition ni. Masuk pun sebab nak menambahkan sijil at least sijil penyertaan. Rupanya salah satu pertandingan esei berprestij juga sebab telah diadakan semenjak tahun 1883. Hah berapa lama dah tu?. Lebih 100 tahun kan?. Malaysia pernah memenangi pada tahun 1989 melalui Mei Fong. Ayah beliau merupakan seorang yang sangat tradisional. Tidak bersetuju anak perempuannya belajar tinggi sehinggalah Mei Fong memenangi pertandingan ini pada tahun 1989. Dia membawa bapanya menemaninya ke UK untuk bertemu dengan Ratu Elizabeth. Inspiring kan?. Akhirnya bapanya boleh berubah persepsi tentang pendidikan tinggi untuk anak perempuannya. Itulah power penulisan ini. Boleh mengubah seseorang!. 

Penyertaan kali ini telah menarik sebanyak 25,468 penyertaan dari negara Komanwel. Komanwel ni negara2 yang pernah dijajah oleh British la kan?. 

Pemenang Utama Kategori Senior : Kayla Bosire dari Kenya
Pemenang Kedua Kategori Senior : Aditi Nair dari India

Pemenang Utama Kategori Junior : Ethan Mufuma dari Uganda
Pemenang Kedua Kategori Junior : Raisa Gulati dari India

Pada hari yang sama jugak Dania dapat result Kangaroo Math Malaysia Competition. Dania dapat Certificate of Participation ajer. Jadilah dapat sijil kebangsaan. Keputusan ajer ni. Sijil online boleh downdload bermula 7 Oktober 2021 nanti.


Tunggu untuk Dania ambil exam Genius Cerebrum untuk Science Olympiad bulan Oktober 2021 ni. Sijil penyertaan dari Genius Cerebrum, Amerika. Last dah ni.....ummi promise....😀 tengah tunggu juga keputusan esei daripada Goi Peace Foundation, Jepun yang kata akan diumumkan akhir bulan ini dan ada live dari Jepun juga esei Hari Pengguna yang entah bila nak tahu keputusannya sebab esei ni mulanya tahun lepas. Dania dah hantar esei dari tahun lepas tapi tarikh tutup pada tahun lepas tu dibawa pada tahun ni sehingga 30 September 2021. Bila pulak nak umumkan pemenang pulak kan?. Baru je tutup. 😅

Kalau kita nampak potensi anak, kita gilap. Kadang kita tak tahu cabang mana yang anak kita tu ada potensi sehingga pada mulanya kena paksa sikit. 

Apa pun saya cuma nak tambah dalam resume Dania ajer. Moga perjalanan Dania ke menara gading selepas ini dipermudahkan...


XOXO,
Ezna



Outing bersama keluarga yang dinantikan

$
0
0

Malam sebelum tu dalam 12.01 tengah malam tu sesambil tengok ending part Netflix movie Korea Take Off....kita pun take off dulu tengok kita punya MySejahtera dah tukar warna putih ke kuning ke belum?. Ada butang refresh kat situ, bila tekan refresh automatik bertukar warna la ke kuning. Alhamdulilah. Hubby pun sibuk la refresh MySejahtera dan sama juga bertukar warna kuning. Alhamdulilah. Dania masa ni dah tidur la kan. Tunggu sampai movie Take Off habis baru saya zzz. Esok kan ada plan...

Kami memang dah plan, kalau bertukar warna kuning baru la nak masuk mall sebab kebanyakkan shopping mall kena fully vaccinated baru boleh masuk dan nak dine in juga. Last saya keluar masa ambik vaksin dos kedua pada 18 Oktober 2021. Fuhhh 2 minggu saya terperap kat rumah rupanya....

Pagi2 breakfast dulu. Simple je roti bakar je dan milo panas. Jam 11 lebih baru gerak ke Taman Tun Dr. Ismail. Sepanjang perjalanan eh eh ada pulak gambar mereka ni ye?. Ummi snap la dulu. Jadi duta Coway. Ada je iklan kat TV.


Happy muka kami bertiga ye?. Setelah agak lama terkurung now tibalah masanya yang dinanti-nantikan. Haha. 


Nampak lagi billboard besar tepi jalan sebelah Phileo Damansara. Snap lagi. Orang belakang tu memang seronok la kan....


Lamanya tak makan nasi beriyani Ismail ni. Order nasi beriyani 3 dan 2 ayam masak madu. Sedap betul ayam masak madu dia. Ada juga acar timun dan papadom. Kalau nak dine in, anak 17 tahun dan ke bawah kena ikut ibu/ayah yang dah fully vaccinated. Umur 18 tahun ke atas kena fully vaccinated baru boleh dine in. 17 tahun ke bawah tu dikira kanak-kanak lagi eh?. 


Lepas makan, solat Zohor dulu kat Masjid Taman Tun tu. Lamanya dah tak pergi area sini. Dah settle kewajipan baru tenang nak jalan ke mana-mana kan?. Lepas ni terus ke Midvalley. Kat bawah lagi dah check Mysejahtera kuning je boleh masuk ye....First stop kat Habib Jewels sebab nak tukar gelang Dania yang tiba2 longgar. Boleh melurut keluar. Bahaya la pulak kan. Hubby pulak gi beratur depan Levi's. Levi's ni betul2 depan Habib je. Panjang betul line tu sebab Levi's ada 70% off tu. 

Masa ni dah pilih dah gelangnya, ambil yang ringan je sebab Dania mana mau tebal2. Dia kata macam makcik2. Hehehe. 


Muka boring sebab sales girl masuk bilik, keluar bilik, masuk bilik sampai beberapa kali tapi tak settle lagi kami punya resit. 😭. Dania dah tak sabar dah tu nak pergi cari seluar panjang dia sebab banyak yang dah singkat. Sesekali ummi cakap dengan Dania bahasa rahsia....Hahaha ummi dan Dania je faham. Senang sikit nak gossip. Pilih yang mana berkenan sikit punya cepat daa....


Masa ni kotak dah ada, paper bag dah ada....resit pembelian tak ada lagi. Adehhhh lama betul tunggu. Rasanya ada 30 minit la kot. Dari orang lengang kat dalam ni sampai orang pun bertambah tapi masih ada penjarakan sosial sebab ada limit dalam 15 orang kot. Kalau boleh tidur, saya tidur kot dalam kedai ni....😂. Akhirnya seutas rantai tangan warna emas kuning, emas putih dan emas ros untuk Dania. Tambah sikit ajer sebab tukar yang lama. 


Dania nak cari seluar panjangnya kat Uniqlo tapi line dia punyalah panjang. Tak jadi la beratur situ' Kami berjalan sampai The Gardens ni haaa....JLo ni duta Coach pulak....


Singgah minum dululah kat Starbucks ni. 


Sementara ayah ambil order, ummi dan Dania pose for the camera dulu ok?. 


Makan donut ni dengan air masing-masing. Saya minum jus oren tu tapi macam pahit sikit la. 


Ambik gambar dulu baru makan ye?. 😁


Donut ni memang gebu dan lembut. Hubby beli 3 la pulak alehnya donut ketiga dah saya dan Dania give up nak makan. Siapa la tukang habiskan? 😄


Lepas Starbucks, terus pilih Padini pulak sebab Padini takde la kena beratur panjang macam Uniqlo. Bila Dania dah dapat pakaian yang berkenan, dia ke fitting room. Ummi suruh Dania mirror selfie senang nak tengok pakaian tu sesuai ke tak. 


Tengok apa tu?. Saya ada belikan Dania jaket denim online tapi bukan kat sini. Hubby pulak berkenan jaket denim kat Padini ni. Ke saya kena beli juga sebab nanti kami semua boleh pakai sekali. Hehe. 


Saya duduk dulu la kat Vincci ni sementara hubby beratur dengan Dania nak bayar. Dapat la seorang 2 item. Alhamdulilah. 


Kat Padini ni macam best harga yang ditawarkan tu. 


Ada pulak yang tolong snapkan gambar. Dania punya kerja. Keluar dari Watson dulu sementara hubby bayar barang2 yang dibeli. 


Kemudian kami semua balik rumah, rehat, membersihkan diri. Lepas hubby berjemaah maghrib kat surau. Ni juga diantara benda yang hubby miss nak buat sebelum cukup 14 hari dari 2 dos. Sampai ada jemaah yang tanya kenapa lama tak nampak kat surau. Balik kg ke?. Bukan balik kg....tak cukup 14 hari dos kedua. 

Malamnya hubby ajak ke Alamanda pulak. Dinner terus kat sana. Huiii saya gantung periuk hari ni. Hehe. Sesekali.....saya banyak masak je sekarang ni. Makan kat food court Alamanda. Saya order kat kedai steamboat. Dania kat kedai noodles. Ini yang saya ambik ni. Saya makan dengan sup. Sayur ni memang wajib ambik. Tak nampak dalam gambar ni telur burung puyuh. 


Nikmatnya alhamdulilah. Kalau makan bihun saya suka makan dengan chopstick. Berasap lagi haaa...saya suka betul clear soup ni. Tak suka sangat sup  yang banyak rempah tu. 


Letak cili api kicap, bijan dan good to go....Sedap...


Hubby punya order punya lama baru siap. Nasi goreng udang ni sedap juga. 


Kemudian saya ke Maxis Center kat Alamanda ni. Saya nak tanya2 promo bayar RM1 + new share line. Terjadilah....hehe....Betul ke RM1?. Ye....saya cuma bayar RM1 ajer nak dapatkan phone Samsung Z Flip3 5G tapi kena ambik juga line baru di mana setiap bulan line baru tu dah fixed at RM48/bulan. Bayar RM1 dulu, nanti bila 1 bulan baru yang RM48 tu. Ada juga 30gb internet. Saya pula pakej 188 dengan internet 130gb. New share line ni saya bagi kat Dania. No Dania 012345 XXXX. Cantik betul la bagi saya. Kontrak saya ni selama 2 tahun. Memang saya ni lama dah setia dengan Maxis ni ha...

Inilah phone yang saya berkenan sangat tu.....Samsung Z Flip3 5G. Ring tone saya?...Over the Horizon by SUGA of BTS 😁. Over the Horizon ni lagu phone Samsung dan Samsung minta Suga compose lagu Over the Horizon versi baharu. Saya ambik warna cream. Alhamdulilah. 2 tahun la pakai dia ni pulak. Sebelum ni Samsung Galaxy A50. Saya suka sebab comel ajer. Boleh lipat. 


Iklan BTS pakai phone yang sama. Saya amik phone ni  bukan sebab mereka eh?. Saya suka sebab comel. Dania....ummi punya phone sama macam Jungkook dan Jimin ye....Dania dia tak heran pun sebab dia berkenan phone brand lain. 😅


Balik rumah penat kemain tapi bila outing yang dinantikan ni memang sangat bersyukur la. Lama dah tak buat macam ni disebabkan kekangan PKP ni...



XOXO,
Ezna

BTS Pop Up Store kini di 1 Utama

$
0
0
Mulanya hubby ajak cari sarung luar untuk phone saya. Nak kena pakai sarung sebab phone tu takde baju. Bila pegang agak licin dan takde protection. Kemudian hubby mencadangkan ke 1 Utama. Tersenyum la ada orang tu kan?. 

Kami parking kat 1 Utama new wing. Tak tahu tempatnya kat old wing ke new wing ke sebab kalau tersilap, kena la menapak jauh sikit. Parking pun senang je tak payah pusing 2-3 kali. Tempat pertama yang dituju ialah di Ground Floor Highstreet setelah tengok kat mall directory. Sebelum masuk ke BTS Pop Up Store : Map of the Soul kena beratur dulu kat sini. Line tak panjang pun. 

Tiba sini bila ada staff nampak saya boleh dia cakap You Again?. Haishh bila pulak saya pernah ke sini?. Saya cakap la This is my first time here. Hehe. Kena isi borang online jugak untuk setiap orang jadi kena ada phone la kot setiap orang.  



Selesai isi borang boleh terus masuk. Line tak panjang kan. 


Teruja tengok Tiny Tan ni. Ambik gambar dulu ok?. 


Ayah Dania tengah scan harga la tu....hehehe.....rata2 baju ni harga RM200++ ke atas. 😅


Hi Jimin!. 


Jungkook la pulak. Ni memang peminat dia ni. Hehe.


Ummi Dania pun nak join sekaki jugak....Ini bukan sebarang Jin....ini Kim Seok Jin. 


Ada dijual 3D poster Tiny Tan. 


Cute la pulak budak kecik berdua ni. 


Kalau peminat BTS memang tahu ni memang lambang BTS ni. 


Pencil case pun ada. 


Masuk je ada screen LCD BTS. Ummi nak ambik gambar Jungkook terambik gambar Suga...pun boleh. 


Mini pouch ni tak silap masa ni tinggal RM dan J-Hope ajer. Lain2 dah kena ambik la kot. 


Buku nota ni takde la murah sangat....Tengok la harga yang dipaparkan tu. 


Kalau boleh setiap inci BTS Pop Up Store ni nak ambik gambar. 


Ambik gambar kat Disco ni pulak. 


Dania bersama beg pasar. Walaupun beg pasar je pun tapi harganya bagi saya bukan harga beg pasar. 😆


Dania kata ni lirik lagu 'On'. Siap tunjuk bukti kat youtube lagu BTS On. Hehe. Manalah ummi tahu. 


Meh tengok apa yang ada kat sini....


Showcase ini diadakan sehingga 31 Januari 2022. Peminat BTS boleh la berkunjung ke sini sebelum tarikh tu ye. Pop up store ni kalau kat Korea nampak luas sikit tempatnya berbanding sini sebab kat Korea lebih dari 1 tingkat. Barang-barang pun banyak sikit. Oh ya barangan yang dijual di sini ada hologram 'Big Hit Entertainment' ya. 2 barangan yang Dania beli tu made in Korea. 


Sayap ni katanya Black Swan. Lepas kaunter pembayaran ada sayap ni. Ambil gambar la sekeluarga sebelum keluar. 


Dania nak terbang pergi mana tu?. 


Dah keluar ambik gambar kat sini pulak. 


Ni kat tempat masuk ni. Ambik gambar kat sini jugak. 


Seronok tak terkata peminat BTS seorang ni. Dapat la 2 barang. Ummi kata early birthday present untuk Dania. Walaupun ummi kata ni je hadiah birthday dia bulan 11 ni tapi ummi dah prepare 2 hadiah kat rumah. Hehe. Ingat tak saya kata nak cari sarung phone saya?. Takde stok la pulak. Frust betul la....

Apa pun moga Dania belajar rajin2 ye.....



XOXO,
Ezna

PICK Remaja Selangor di PPV | Pengalaman dos kedua di PPV Bangi Avenue Convention Center

$
0
0
Alkisahnya masa Dos 1, ayah Dania yang bawa Dania ke PPV tetapi untuk Dos 2 since ummi sihat jadi ummi pun kata nak hantar Dania ke PPV. Sehari sebelum siap buat lawatan ke PPV lagi sebab ayah Dania nak tunjuk jalan. Boleh je guna waze tapi entah la saya ni kadang waze pun saya tak percaya. Dia tunjuk jalan lain....saya ikut jalan yang saya tahu jugak. Haha....apa apa hal senang. Malam tu, ayah Dania kata boleh drive kan ke PPV. Hoorayyy ummi suka duk sebelah. 

Apa pun dalam 7.45 pagi dah keluar rumah dan makan pagi kat kedai berdekatan rumah. Makan kenyang2 dulu terutama budak nak vaksin tu. Alhamdulilah habis bihun yang Dania makan. Yang tak lalu makan saya. 😁


Dalam 8.53 pagi macam tu dah tiba PPV. Ayah Dania drop kan kami berdua kat sini. Line beratur dalam bangunan. Lega...takde la kena panas. Dania masa ni tengah melengkapkan soal jawab dalam MySejahtera dan dibantu oleh abang JPAM. Saya masa ni dah selesai dah jawab. 


Selesai je jawab dah boleh masuk ke dewan di tingkat atas. Kena periksa suhu dulu. Sebenarnya takde line beratur pun. Siapa yang dah selesai boleh jalan. Kat depan tu lengang la tak ramai sangat. Ni Dania kena isi borang pulak. 


Kena bagi borang tu kat sini dan ada tanya la ada tak apa2 simptom masa Dos 1?. Alhamdulilah Dania baik-baik ajer. Ummi pun tarik nafas lega.


Ok...ni nak ke tempat menunggu sebelum ke bilik vaksin. 


Tunggu kat barisan kedua. Baru je duduk, barisan pertama dah bangun. Kejap sangat. 


Ok, now tunggu depan bilik vaksinasi. Kalau yang vaksin tu sporting ok la kan. Klinik Uzma ni kat Kelana Jaya. Salah seorang Dr yang bertugas...familynya tinggal di kawasan saya. Beliau juga menantu kepada mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (Abang kepada Jalaluddin Hassan)


Kakak ni tanya Dania dapat vaksin apa untuk Dos 1....


Ada banyak gambar Dania dalam ni. Hehe. Tau je la ummi yang suka ambik gambar. Dapat pula vaksinis yang tak sporting. Tak nak ada dalam gambar saya. Tak friendly macam kakak vaksin yang Dania dapat masa Dos 1. Ada langsir yang membahagi cubicle ni. sebab tengok saya ni macam berani sangat kot. Takut report apa2 ke....kalau ok takkan la kita saje2 nak buat hal kan?. Tapi tugas saya pastikan ada 0.3ml. Ada cecair dalam tu bukan kosong. Masa ni Dania dah takde tengok2 lagi. Pejam mata terus. 😂. Lepas selesai tu bagi ucapan salam kat kakak vaksin. 


Sementara Dania dalam observation, saya diminta turun...


Muka kesian betul anak ummi ni. 


Standee ni betul2 kat tempat exit. 


Tengah tunggu Dania keluar ni. Duduk la kat kerusi batu. Pantas sungguh hari ni. 8.53 pagi tiba, 9.08 pagi dah selesai dalam masa 15 minit. Masa Dania ni patut 11.30 pagi tapi boleh je datang awal. Lagi selesa. Cuaca pun tak panas sangat. Masa ni baru saya call hubby kata Dania dah selesai. Terkejut dia sebab dia kata cepatnya. Kemain kat kedai lagi minum air panas. Konon nak habiskan masa tapi terpaksa perabihkan air cepat2. Haha. 


Saya duduk kat kawasan bola deko warna warni. 


Masa ni saya ternampak 1 mak tu ambik gambar anak. Pegang phone yang belakang tu ada lambang BTS. Saya kata wow BTS Army. Hehe. Saya tawarkan tolong ambik gambar dia dan anak dan dia tolong ambikkan gambar saya dan anak. Tolong menolong la kan....mau banyak keping gak saya snap. 


Kat sini port wajib ambik gambar. Cantik tapi ramai orang menunggu. 


Kalau macam ni...tak nampak la orang tapi Dania kata ada orang dok gelakkan ummi beriya ambik gambar. Alahhh tak kisah la. 


Ni saya approach seorang amoi muda yang tengah tunggu adik dia vaksin. Kita bergambar 1 family. 


Lagi.....actually banyak lagi gambarnya tapi letak ni ajer la. 


Selfie cahaya matahari pagi....


Ni dah on the way nak ke parking kereta ni. Saya suruh berhenti kejap. 


Kat bawah ni 3 gambar Dania kat port yang saya rasa cantik sangat kalau nak ambik gambar. Dania pun layankan ummi dia. Idak takde la kenangan kan....tempat sini memang cantik la bagi saya sebab dijadikan lokasi perkahwinan dalam taman. 


Dania pakai T Shirt lengan pendek dipadankan dengan cardigan warna beige. Tudung pleated warna ungu lembut. Seluar pula palazo hitam belang putih. Ada handbag tu senang nak taruh semua barang. Hehe...biasalah perempuan kan...kasut sneakers tu kat tapak tu ada gambar tangan pegang bunga. Yang tahu...tahulah.....😘


Selesai. Alhamdulilah. 


Balik tu Dania ada pening sikit jadi saya tak bagi tengok komputer ke apa. Komited sangat dengan kelas dia. Bab ni saya tak payah risau. Dania memang tahu dah jadual dia. Tapi....kali ni kelas tuition dia pun saya tak bagi tengok. Boleh pakai tiket replay pun jadi takpe....hari vaksinasi hari rehat sedunia. Kemain lagi...hehe...

Sebelum Dania pergi vaksinasi tu, Dania makan sikit dan minum air vitamin C dan makan 1 pil habbatus sauda jenama Baraka. Pastikan breakfast dulu. Makanan tambahan ni mulakan lebih awal ye sebab badan kita perlukan masa nak biasakan dengan makanan tambahan yang kita ambil tu. Mulakan 2-3 bulan sebelum vaksinasi bukan esok nak pergi vaksinasi...hari ni makan vitamin c. Ok...masa balik tu ummi suruh habiskan 1 botol air yang Dania bawak. Yes dia habiskan. Tiba rumah, saya suruh Dania tidur selepas membersihkan diri balik dari PPV. 2 hours later saya kejut sebab tak nak pulak nanti malam susah pulak nak tidur. 

Malam sebelum nak pergi vaksin tu saya suruh Dania tidur 9 malam. Ye memang Dania ikut. Alhamdulilah. Anak yang mendengar kata....

Insya allah bila semua dah kita buat...selebihnya kita berserah. Saya pun takut juga dengar pelik2 ni. Mulakan hari dengan aura positif....insya allah yang positif akan datang. Aura yang positif akan menarik yang positif juga!

Terima kasih para petugas PPV Bangi Avenue Convention Center!




XOXO,
Ezna


Hari pertama sekolah setelah lama berPDPR

$
0
0
Keluar rumah jam 6.38 pagi kemudian tiba di sekolah Dania sebelum pukul 7 pagi. Kumpulan A setiap kelas kena datang sekolah minggu ni. Dania dan kawan baik terpisah kumpulan untuk sementara waktu sebab Dania mula huruf D dan kawannya huruf N. Kelas Dania tak ramai pun macam kelas biasa tu....29 orang ajer. Ramai yang pindah ke sekolah asrama masa Form 4. 

Nak jadikan cerita pagi ni hubby yang drive ke sekolah sebab nanti nak breakfast sekali. Lepas drop kan Dania saya dah cakap nak turun dan ambik gambar. Saya ingat takde la cikgu2 ke penolong kanan ke tunggu depan gate. Selalu kat pondok tunggu bas berdekatan. Bila tak nampak cikgu2 saya pun ingat memang takde la cikgu2. Saya ternampak kawan saya turunkan anak dan saya siap ber Hai lagi dengan kawan tu...kuat ok saya ala ala jerit. Guard perempuan yang saya kenal pun saya Hai kan jugak....sekali maju je setapak nak sampai gate sekolah....terdengar satu suara....oh Puan Ezna rupanya....ya allah Datin Pengetua rupanya dan ada guru penolong kanan 2 orang beserta cikgu kaunseling. Ya allah malu betul saya. Haha....ber Hai tak ingat dunia....ye saya akui saya excited beno hari ni. Dah lama saya tunggu saat2 Dania nak ke sekolah. Boleh imagine ke tak macamana excitednya saya??. 😜

Nak cover malu punya pasal....saya ambik gambar la semua yang menunggu di gate sini. Datin Pengetua, Wan Nor Ashikin baju semua biru (Pengerusi Pandu Puteri Hulu Langat), Penolong kanan baju hijau dan baju putih/biru. Guru kaunseling Cikgu Yus tudung pink. Sebelum balik, Datin kata jaga diri baik2 Na. Manja pula panggilan Na. Hehe....cepat2 saya masuk kereta....aduiii kalau saya tahu ada mungkin saya cover la sikit. Haha 😅. Dania pun tak perasan cikgu2 termasuk Datin Pengetua depan pagar sekolah. Dania pakai tu uniform Pandu Puteri. 

Takpelah harap2 cikgu2 tahu saya happy anak kembali ke sekolah.....

 


Ni gambar first saya snap. Dari sini tak nampak ramai cikgu2 tu. 


Breakfast berdua. Dah lama tak breakfast berdua.....selalu ada Dania. 


Kalau teringin je nak makan roti canai baru makan. Selalunya saya breakfast roti bakar. Hari ni saya order roti tampal. Hubby roti telur. Alehnya yang saya tak lalu saya pass ke hubby....


Singgah sebetulnya nak tengok tasik ni. Baru je dirasmikan. Dekat sangat dengan rumah saya dan tepi highway ajer ni. Nak ke sini takde exit dari highway. Kena ikut jalan dalam. Masih banyak lagi perlu dibuat kat sini. Dalam perancangan akan ada sampan kecik kat sini.....boleh la nanti nak naik sampan pulak. 


Sepanjang tasik ni ada pokok Tecoma baru tanam. Alaaa....pokok yang macam pokok sakura tu. Tunggu la dia besar nanti dan berbunga lebat mesti cantik tempat ni. Kami jalan sekeliling tasik ni dapat la dalam 500 meter. Haha. Idak la jauh mana tapi at least saya cuba ok....berpeluh jugak la....


Tasik Baginda ni diapit oleh ILIM dan Amsa Driving Center. Di kejauhan bangunan kuning tu LHDN di Bandar Baru Bangi. Dari sini nak ke seberang sana dalam 6km. Tak la jauh mana. 

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak yang masuk sekolah. Lama sangat belajar kat rumah rasa macam tak efektif pulak. 




XOXO,
Ezna







Viewing all 1853 articles
Browse latest View live